Wednesday 5 October 2011

surarumah di rumah..

aku bizi.. tak sempat nk apdet blog.. menjadi lebih bizi bila kena take-over buat keje org lain yang tak tau ujung pangkal.. ciskek btol.. haih..

al-kisah kali ni nak cerita pasal surarumah yang tgh cuti seminggu. kiranya ganti cuti yg pi belayar sebulan haritu. walaupon cuti seminggu, tetap tak kemana-mana sbb sang isteri dia kerja. makanya dia dok umah layan fb, main game saje..

apa yang menariknya, aku tak perlu bergegas2 blk umah untuk masak sbb makanan lazat sedia terhidang bila pulang kerja. oh.. menarik tertarik, kau mmg the bomb.. dah lama aku tak masak taugeh goreng dgn tahu, tetiba ada.. siap kerang rebus bagai.. menu smlm sambal sotong dgn bayam gorang dgn hati ayam + telur dadar.. bagus.. bagus.. pakaian juga dibasuh dan disidai.. pheww..

hari isnin, aufa dihantar kt umah pengasuh lewat sikit oleh surarumah.. ptg aku amek. smlm dia dok dgn surarumah.. harini hantar lewat lagi. ok jgk aufa tak dok kt rumah sbb byk kerja surarumah leh settlekan. setakat ni, nmpknya semua berjalan lancar. malah, kain baju segunung itu juga dilipatnya.. hm.. aku ada sindrom malas lipat baju sejak dulu. kalau la ada mesin lipat baju, aku la org 1st yg beli. huhuhu..

ni baru sorg anak. kalau 3,4 orang, tak tau la camna nak urus.. tp sblm ada anak, pemikiran aku gini gak. bila dah beranak, ok saje.. mungkin bila dah smpai masa, semuanya under control la kot..

aufa pon dah mula paham cakap orang. bila ckp "bak ibu buat, ibu pandai" (sokmo puji diri sendiri dpn anak.. hahaha..), dia akan dtg dan bg benda yg dia nak suh org bukak/amek utk dia.. kalau dia kutip tah apa sampah sarap dan mkn, aku ckp "bluekk.. bluekkk.. (sambil jelir lidah)", dia pon wekk sambil jelir lidah, dan tunjuk smpah tu dok atas lidah. hahahaha.. tak lupa, ketuk pale org dgn remote dan tarik rambut org yg tgh duduk smbil pusing2 keliling pon hobi dia gak. mujur tak gigit org.. huhu..

ok. sambung lenkali bila tak berapa nak bizi..
bai.

>> bln ni gaji awal. 19hb.. fuh..

No comments: