Wednesday 30 March 2011

lima belas hari berlalu..

nah.. 15 hari aku tak apdet blog.
bukan malas nak apdet. tp terlampau sibuk..
fuyoh.. susah nk dgr perkataan 'sibuk' tu dlm kamus diari hatiku.
hehehe..

penceritaan bermula dari kenduri kawen bitun pada 12 mac. akad nikah pada 11 mac. time aku dgn aufa demam, batuk dan selsema ni la gigih nk p hari jumaat tu jgk. jumaat tu plak dapat MC. maka, lebih awal la gerak khas ke kosangor.. demam2 pon jadik. mujur ada zaim yg sudi teman (baca: kongsi virus dgn kami.. haha..)

Bitun with Husband.. :)
sabtu masa kenduri bitun, lepas mkn, badan aufa makin menjadik2 panasnya. tp dia ttp aktif cam biasa. smpai 1 tahap, kain baju dia suma kena bukak sbb panas sgt. dari berbaju kurung budak kecik tu, last2 pakai pamper shj kt umah kenduri. kehkeh..

Aufa yg demam.. tp masih bleh senyum..
lepas tu terus p klinik berhampiran. utk fes taim dia kena boh ubat ikut bontot. sejuk terus badan dia. maka, ibu dia meneruskan perjalanan p umah minah plak tgk baby ain madihah yg tomey tu.. geram tul tgk baby newborn ni.. hehe..

Aisy.. anak Ella yg dah sama berat dgn Aufa. walaupon beza 4 bulan muda dari Aufa.. gagah sungguh mak dia mendokongnya.. hoho..

Ain Madihah.. cahaya hati Minah dan Gaban.. (kemain nama samaran mak bapak..)
blk dari kosangor, tiada arah tuju. encek emak takdak lak. dia blk kg. tp kami dua org blk gak shah alam. tidor sana smpai isnin. ok, isnin aku MC lg sbb tak larat p kerja. dan 2 hari tu la ikan gapi kt rumah tak makan. ingatkan dah arwah suma ikan tu. blk umah taman desa, tgk sehat ja suma ikan tu. termasuk la anak ikan. cuma lutut masing2 dah menggigil kelaparan. hehehe..

masuk kerja selasa. mendapat perintah suh kena kerja kt opis klien. ingat seminggu, tp 2 minggu gak dok sana. kt bangsar sana. tak la jauh dgn rumah. lgpon kt situ kerja stat kul 9. tp biasa la.. aku kalau 8.30 jadi 8.35.. kalau kul 9, jadi 9.20.. alasan kukuh = jem. hehehehe.. btol la..

View dari bilik aku buat kerja tu.. rasa macam bkn kt mesia. hahaha..
then jumaat lepas baru encek mohd hasben blk dr PD. 3 minggu dia kt sana utk mabuk2 laut. naik darat mata dia asyik nk pejam lak. mabuk darat lak kot. haha..

sabtu lak ada birthday party kimi kt umah family lina kt kosangor. bak kata penganjur, "sila bawak pakaian mandi anda dan anak anda". umah lina ada swimming pool (promote.. haha..). bkn kolam plastik. ni macam pusat akuatik gak la ni. hahaha.. so, aku bawak la t-shirt, tracksuit dan sehelai tudung saje. konon2 nak berendam la kan..

nak smpai umah lina, encek hasben bg cadangan p Lumut lepas tu sbb dah alang2 sekerat jalan. sekerat la sgt. bleh tahan bas jauhnya.. plak tu, bleh lak handbag aku tertinggal kt umah lina. mujur baru smpai tanjung karang. tu la.. Allah sedarkan aku masa singgah sembahyang kt situ. mujur partner punya muka tara ketat.. ;p

smpai Lumut, masuk kem la. bak kata member encek hasben. "kalau korang byk duit, p la dok hotel..".. hahaha.. kena saun la pulok. maka, aku mula belajar dok kuarters yg 10 tingkat tu. ok, rumah dia kt tingkat 9. ada lif. angin punya la kuat. smpai bengkak mata anak tuan rumah sbb tombol pintu hentam kt mata dia. angin tolak pintu masa anak dia nk masuk rumah. huhu..


Kena berenti kt gad sbb aku tadak pas..
sbb umah tu tinggi, nak sidai baju kena tgk straight ke depan okek. kalau tgk bawah, mau aku muntah sbb gayat. hahaha.. apsal aku rajin sidai baju kt rumah org? ok, sbb aku bawak baju cantik selai je. iaitu baju yg pakai masa dtg tu. kata tak prepare apa2 kann... encek hasben pon siap singgah billion beli baju kolar sbb nak masuk gate kena pakai baju kolar. aufa saje yg steady kt car seat dia sbb brg dia lengkap.. hehe..

oh.. ya.. hari ahad baru ni.
apsal dgn ahad?
hm.. aku dah berumor 28..
rasa macam baru 18 lak.
tp bila teringat Aufa, terus rasa dah tua. hahaha..

terima kasih kt semua yg mendoakan kesejahteraan saya..
walaupon tiada sambutan yg gilang gemilang, tp saya ttp happy..
tp ada org tu kul 5.30 petang, masa tgh drive blk dari Lumut, dalam jem di Tanjung Karang, baru nk wish birthday.. sgt tak patut ok.. sbb dah berkati2 wish birthday aku dpt baru dia nak wish..
tecik ati ai.. (poyo)
awww.. :D

dan bermula minggu ni, aku dah kembali bertugas di tempat biasa seperti biasa..
dan dah boleh mula blogging seperti dulu..
zassss.......

>> katanya surat bonus nk dpt harini.. tp masih tak smpai lg.. huhu..

5 comments:

nad said...

bile tah nak jumpe baby minah, ella ngan aufa kan?

apsal anak2 korang sume pempuan nih??

tahniah bitun

ciPuding_7 said...

nad: eh.. bukan sume anak pompuan. anak ella lelaki ler.. aku tak ingat nama penuh tp nama panggilan adalah Aisy..

aNnE 'S said...

nama anak saya aisy hafiy..heheheh

ciPuding_7 said...

ok..noted. hahaha..

sokmo lupe sbb terlampau fokus yg perkataan pertama.. hehe..

azlina zabha said...

ramai baby girl kan tahun ni :)