Thursday 14 January 2010

selamat naik pangkat..


hmm.. kalau tgk saja logo2 tu mmg tak paham kan?
mula-mula dulu rasa tak amek kesah pon.. tp memandangkan dah wujud unit beruniform ni kt rumah (org terdekat plak tu) kena la amek tau.. nanti org tanya, nmpk tak amek tau psl laki sendiri lak.
hahaha..

mai nak cerita pasal tampalan sblh kiri gambar (lengan kanan)..

yang ni bukan mewakili pangkat. tp mewakili tempoh perkhidmatan. tp aku tak ingat sgt 2 bintang tu utk perkhidmatan brapa tahun. kalau tak salah la kan, sapa yg dah lepas 7 tahun perkhidmatan bleh pakai bendalah berbintang 2 tu kt baju. apa encek mohd hasben sebut tah nama benda ni haritu.. brass ke gapodio. macam salah je.. nk bgtau kt orang ramai tp tak ingat. tahapahapa pompuan ni. hahahaha..

itu pasal bintang. ni pasal logo atas dia lak.
nampak itu spanar jaya tak? ok. itu mean dia di unit kejuruteraan. kt kapal dia responsible utk selenggara kt bilik enjin yang ada macam2 lagi kt situ. termasuk air-cond suma la yg relates dgn engineering.

so, bidang setiap individu tu bleh tgk kt situ. lepas ni kalau jmpa navy pakai uniform bleh la belek kt lengan kanan dia tu. hahahaha..

ok.. sambung cerita psl tampalan sblh kanan gambar (lengan kiri) lak..

sebelum ni aku penah tunjuk gambar pangkat-pangkat dalam TLDM ni kt blog kawen aku ni. jika dirujuk pada gambar ni, skrg beliau telah berada pada pangkat ke 4. iaitu Laskar Kanan. kalau dari segi generalnya, tahap ini boleh disamakan dengan Koperal (if i'm not mistaken).

masuk tahun ni, tahun ke-9 dia berkhidmat. aku kadang2 terpikir gak, sblm dia pencen, sempat ke nak sampai kt pangkat teratas utk LLP (lain-lain pangkat) ni iaitu pegawai waran I. rasanya tak semua bleh achieve smpai pangkat tertinggi tu walapon ada tempoh tertentu diorang kena pergi kursus utk kenaikan pangkat ni.
sebabnya? setiap kali kursus, akan ada exam. markah sapa yg tinggi, chances utk ke kursus seterusnya lebih cepat.
patut la ramai yg bawak toyol masa exam..
ehh.. terbukak rahsia pulak..
thihihi..

apepon, selamat naik pangkat, wahai encek mohd hasben..
bila naik pangkat, gaji pon naik..
bagus utk kehidupan kita yg makin hari makin byk belanja ni..
bila gaji naik, potongan gaji yg wajib utk bini tu pon naik gak..
ai laikkk..
hahahahaha..

p/s: mata duitan punya bini.. bila gaji sendiri abih, dia sental duit laki bg jgk.. naseb la.. sapa suh jadi tentera.. hahaha..

>> entry ni taip lama dah.. huhu..

No comments: