Sunday 5 March 2006

Banjir 1, bungkus ekk..

smlm blk umah sat. kena wakil family amek bantuan untuk mangsa banjir (aku la yg jd mangsa mak aku..) disbbkn mak aku dan suma2 pi N9 menghadiri kenduri kawan baiknya kat sana.. sampai kat entrance, ada sorg cina berbaju putih berlogo dacing biru senyum kat aku. bak kata apek dlm tv, senyum lah selalu, budaya kita.. aku pon buat2 la senyum sbb aku takdak mood nak senyum taim tu. suasana dewan yg kecik komet pada awalnya hanya didengari suara2 jiran2 yang rata2nya berumur 35tahun keatas. diorang yg dok sembang tentang bantuan yg diorang bakal dapat. taim tu jam menunjukkan tepat 3.10 ptg, padahal mak ckp majlis stat kul 3.

setelah isi borang apa tah, aku pon dok dlm dewan yg mcm oven tu. pahtu, ada sorg encik ni tanya,"ada org ke dok sblh awak ni?". aku geleng. dia pon dok la sblh aku. hampir sejam pertama, majlis dipenuhkan dgn ucapan yg panjang lebar sbb byk sgt org2 berjawatan (biasa la, sblm berucap, nak bg salam sejahtera kat YB2 la, itu la ini la..) kalo dah 10 org, mau tak panjang critanya.. rupanya, encik cina td, ahli parlimen kelana jaya. aku ingat penyambut tetamu. haha..

bila dia bg ucapan, tiba2 org sblh aku td dok pintas2 ucapan dia. "Hoi..jgn cakap saja. apa tindakan kerajaan utk menangani masalah dlm masa terdekat? boleh ke kerajaan bg jaminan yg umah kami takkan banjir kalau ujan mlm ni?".. antara sedutan kelezeran dia taim YB tu bg ucapan alu2an.. terkedu gak la ahli parlimen tu.. mmg la dia ptut suarakan ketakpuashatian tu, tp rasa taim tu cam xsesuai la.. sampai ada pakcik lain sound mamat tu, "oii.. jaga la protokol.." aku plak yg malu sbb suma org pandang dia, umpama pandang aku yg dok sblh dia.

setelah nama org2 yg terlibat dipanggil, aku masih lagi dok dlm dewan tu sbb nama mak tak dipanggil2 lagi. sampai 1 tahap, ada 4,5 org hindu dlm dewan tu, dan aku seorang melayu terakhir. punya la lama. rupanya nama mak yg ke 112. sabit ponnn... dgn duit bantuan tu, mak cadang nak tukar pintu umah yg dah kembang sbb banjir haritu. tu je la kerugian yg ditanggung oleh kami. org lain siap keta rosak, kabinet rosak, tv, petiais, mesin basuh, dll rosak.. kiranya, alhamdulilllahhh bg pihak kami...

hmm.. sekian laporan dr mangsa banjir yg dok kolej.. zasss..

>> tok nek, (moyang sblh abah) meninggal dunia pg td kerana sakit tua (umur dlm >90).. Al-Fatihah..

No comments: