Thursday, 29 April 2010

2D1N @ Cameron - Day 2..

sambungan karangan bergambar utk cerita yg dah nak basi..
ehehe..
layannn...

ni la apartment yg kitorg dok tu.. villa dahlia namanya.. penthouse pon ada..

salah satu pasar yg jual sayur2.. aku borong brokoli kt sini.. kan baik utk ibu mengandung.. ewah... straight seminggu mkn brokoli tak abih2..

stroberi.. fresh dan nmpk sedap.. mkn time tu sedap la.. bwk blk shah alam, masam terus.. huhu..

sebahagian sayur2 yang dijual..

taman rose. suma taman kt sini nak masuk kena bayar.. RM5 kena byr semata-mata nak tgk bunga.. jadi, suma taman aku tak masuk. buang masa, buang duit. hahaha..

budak2 ni dirasuah makan askrem sbb mak bapak diorang takmo masuk dalam taman2 tu.. hahaha...

souvenir stroberi. dari ke magnet smpai la ke bantal besar..

ok.. ni la jalan pulang yg kluar ke simpang pulai.. lebar dan takdak kona2 baring.. suma selekoh dia panjang2.. komfem takdak yg muntah ijau kalau lalu jln ni. cuma jauh sket la sbb dari exit simpang pulai tu nk kena patah blk ke arah Tapah.

akhir kata, apa barang pi cameron tp tak beli bantal ni kan.. hehe..

ni ada sket tips perjalanan ketika di Cameron:

1. kalau nak beli sayur2, survey 2,3 kedai dulu di sekitar tu. kdg2 ada yg jual 5 paket RM10, ada gak yg jual 8 paket RM10.

2. sapa berminat nk beli madu lebah, beli kt pasar malam kt Brinchang tu. murah dan berkualiti. tp rasa dulu sebelum beli utk tau tahap keasliannya. pasar malam tu hanya bukak pada weekend sahaja.

3. stesen minyak cuma ada kt 2 tempat. 1 kt sblm Tanah Rata (kalau dtg dari Tapah). tp jarak dari Tanah Rata ke situ bleh tahan bas jauhnya.. dan 1 lg kt Brinchang. jadi, sila plan jadual pengisian minyak anda. isi minyak penuh2 kt atas sblm balik sbb ada beza isi minyak di tanah rendah dan tanah tinggi. kuantiti minyak lebih byk jika diisi kt tempat tinggi & sejuk. stesen minyak yg kt tanah tinggi cuma ada kt Cameron saje . (ni abg aku ckp)

ok. tamat.

>> cerita basi. hahaha..

Wednesday, 28 April 2010

saya beli laptop..

as requested by Pidot..
ni ha.. laptop aku..
org lain dah beli brapa biji, aku baru fes taim nk beli..
rasa macam pinjam org punya pon ada gak sbb tak biasa guna laptop.
hehehehe..

presenting...
laptop aku.
bukan mini punya..
saiz standard..


sblm: kaler itam legam..

selepas: dipakaikan skin corak gini.. RM10 saje. nak cantik lg, ada. tp rega RM29. workmanship aku pasang natang ni mmg out.. tgk bucu2 tu tak kemas langsung. hehe..

spec..

Spec:
- Brand: Compaq Presario CQ40
- 14.1" HD widescreen
- Processor: Intel Dual Core
- 320G HDD
- 1G RAM
- double layer DVD +/-R/RW
- ada built-in webcam & mic
- built-in Altec Lansing speaker
- wireless device
- card reader
- bla..bla..
- pahtu dia install suma.. (windows 7, office 2007, illustrator, photoshop, dan tah macam2 lg.. punya byk..)

Harga: RM 1620. (percuma 8 accessories, e.g mouse....)
beli kt lowyat, tingkat 3.

selesa guna laptop ni.
mungkin sbb baru.
yg susahnya cuma 1..
kalau bukak laptop ni atas katil, aku takleh bersantai berfesbuk smbil meniarap..
haihhh... sabar2..
2 bulan lagi..

itu saja.
sekian, mekasih..

>> PERHATIAN: sapa yg berminat nak order telekung bleh masuk BLOG ni.. InsyaAllah minggu depan dah bleh dapat sbb mak aku blk kg minggu ni..

Monday, 26 April 2010

pidot mengetag..

menjawab tag dari puan pidot..

1. Barang kahwin pertama yang dipakai?
- Barang hantaran: jam tangan
- Hadiah kawen: lampu tidor.. baru la romantika di tampoi. hahaha..

2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?
- mesin hampagas (baca: vacuum cleaner) sbb yg kt rumah ni punya dah rusak. zaman aku skolah rendah lg tuh.. mmg patut rosak pon..

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?
- duit hantaran suma guna utk persiapan kenduri dan beli brg hantaran..
- duit mas kawen (38% dr duit hantaran) beli gelang emas.. tu pon ada belen separuh lg. dah wat daftar haji. hoho..
(p/s: duit hantaran 1 amount. bila nk nikah, duit tu split kpd 2 portion dgn ikut suka pihak pengantin pompuan)

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?
- ntah.. mana la nk ingat..

5. Barang mahal pertama dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?
- vacation club <-- kira barang jugak ka apa ni? tp beli sblm kawen pon.. tp ni la yg plg mahal stakat ni.. nyesal pon ada. mujur berguna gak. hahaha..

saya nak tag: nad tokyeh, nad rayer, ella hafiz, minah gaban, fareh hadi.. dll..

>> ngantuk dah..

aku pasrah..

dah lama aku tak apdet blog..
dah byk aku taip tp tak publish..
dah melimpah idea utk aku curah kt sini tp masih tersimpan..
tp lepas dpt email ni harini, jadi aku nk publish yg ni dulu..

aku nk pi..
tp aku takleh nk pi..
sbb due dah dkt time tu..

ya.. sgt kecewa okeh..
tp akan menjadi lebih kecewa kalau aku terberanak kt sana..
camna aku nk balik?
ada sapa2 yg sudi ngusung?

sekian, mekasih..

>> kang anak aku jadi org pulau plak.. cukup2 la bapak dia jadi 'org laut'..

Thursday, 15 April 2010

mintak pendapat..

aku kena bagi talk psl QS..
tak kesah pasal apa..
talk ni part of my KPI utk tahun ni..
(walaupon dah tau tak buleh nk achieve sbb aku akan bercuti bersalin. cuti 2 bulan = tak dtg kerja = manhours tak cukup.. huhuhu.. tak adil ok..)

kalau buleh, talk ni bkn pasal procurement..
bkn pasal law..
takmo topik2 yang perlukan byk explaination.
sebab?
org yg nak dgr talk ni kebanyakkannya dah pangkat manager & bos² department aku.
dalam erti kata lain, aku yg paling muda & plg sikit experience.
kalau bg yg byk kena explain, nanti lain plak yg aku explain.
tersasar terus dari maksud sebenar. hahaha..
lagipon diorang dah byk experience.
mesti diorang dah tau apa benda suma tu nanti.

apa yg lain dari yg lain eh?

kalau cara-cara nak create database utk costing ke..
apa2 yg memudahkan cara preparation tender/contract document ke..

selewat2nya monday ni kena bg tajuk.
aaaaaaaaa... tolong bg idea...!!!

>> dah siap 1 ECA. lega.. tiba-tiba kena buat lagi 2 ECA. dah la nak cepat sbb dia nak bercuti. ingat aku ni kuli batak ke? *#%@&*@#&% betul laaaa.. ~emo~