Monday, 29 March 2010

sweet weekend.. :)

finally...


walaupon tak canggih mana, kira ok la..
janji ada..

tapi kan..
ada org tu beli blackberry..
walaupon blackberry cap ayam (yg sale 70% tepi jayen 13 tu) , tp ok gak dari hp aku yg takdak kemudahan wifi ni..

apa motip tunjuk kotak?

dah la beli hp, beli levi's lagi..
smpai dah xtau skrg ni sambut besday sapa sebenarnya..
haihhhhh..

tengkiu my husband.. ai lebiu too..
(dpt kad baru nk ailebiu² yer..) ;p

>> tunggu pc fair 16-18 April.. nk survey (baca: beli) laptop.. (lagi dkt nk beranak, lagi over belanja nmpk..)

Saturday, 27 March 2010

aku dah 27?

27..
hm.. nombor yang spesel kan..
tarikh 27 mac 2010 aku dah berumor 27 tawon..
(siap kira dgn kalkulator sbb tak percaya)
hehehehehe..

apa yang perbezaan kt aku tahun lepas dan masa umor 27 ni..?

1. status
- 26 tahun - masih bujang.. tp dah bertunang.
- 27 tahun - dah kawen, extra with a 6-months-old baby in my womb. alhamdulillah..

2. kerjaya
- 26 tahun - ok la, agak bizi tp gaji ttp sama..
- 27 tahun - kurang bizi, tp gaji naik sket. haha..

3. berat
- 26 tahun - 42kg..
- 27 tahun - 51kg (dgn bantuan sang bayi)..

4. rupa paras
- 26 tahun - masih tak cun..
- 27 tahun - makin tak cun. hahaha..

5. kesihatan
- 26 tahun - ok saje..
- 27 tahun - alhamdulillah.. sang bayi dan encek mohd hasben pon sehat.

6. hadiah besday utk diri sendiri
- 26 tahun - handbag yg plg mahal yg penah dibeli..
- 27 tahun - digital camera cap ayam. (nk tunggu bonus ujung bln ni.. lalala~)

itu saja yg nak di highlight..

"semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan, ditingkatkan iman, sentiasa disayangi, diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat and tak lupa.... semoga ditemui apa yang dicari, wahai che poonz..."


InsyaAllah.. :)

>> Allah selamatkan saya.. Allah selamatkan saya.. Allah selamatkan saya dan semua orang.. Allah selamatkan saya..
>> support Earth Hour.. :)

Tuesday, 23 March 2010

kejadian jenayah jam 6 pagi..

hm.. lama aku tak apdet.
bizi, malas suma ada. complete.
pembawakan.. <-- alasan kukuh. hehe..

ha.. saspen tak tajuk di atas?
mmg saspen.. aku saspen gak.
ni cerita betul. tak tipu punya..
ceritanya macam ni.

pada pagi sabtu lepas yg hening, kira-kira jam 6 pagi, dari tingkap bilik, aku dgr bunyi ala-ala bunga api 1,2 das.. terpikir gak, sapa main bunyi api besar tu pagi2 ni.. masuk das ke 3, bunyi kaca berderai, bunyi das ke 4, bunyi kaca berderai lagi.. bunyi macam kecoh2 sket..

1 je aku terpikir..

"bangun.. bangun!! ada ketuk cermin kereta..!!!!", kata aku kt encek mohd hasben.

punya la panik smpai aku dah lupa kereta aku parking kt mana. hohoho.. tengah kecoh2 nak turun bawah, mak aku dah menjerit2 panggil abg aku.. tiba-tiba terbunyi alarm keta abg aku.

semua org keluar umah tgk..

nah..
umah tok sami sebelah kena serang dgn geng cucu dia kot. pasu bunga dalam gate umah pecah berderai, moto cucu dia yg baru beli tak smpai 24 jam yg di park kt porch pon berderai gak.. tak lupa van tok sami yg berderai hampir semua cermin kereta dia kecuali cermin depan..

bukan itu saja..
selang sebuah rumah dari umah tok sami, adalah rumah sorang pulis mata-mata gelap. kereta wira dia kemek kt tepi, kelisa anak dia pecah cermin belakang..

ada lagi..
selang lagi 2 buah rumah dari rumah pulis tu adalah rumah yang sewa oleh bebudak politeknik. proton saga baru ber plate BKL kepunyaan salah sorg bebudak tu, retak cermin depan.

tgk kereta abg aku lak.
dia park kt luar.. nmpk ok saje..
tapi...
rupanya kt spoiler dia kena tetak dgn parang.
pahtu berlubang..
patut la kereta dia bunyi alarm tu.
sbb bunyi alarm tu penjenayah tu suma lari.
kereta dia mmg sensitif gegaran.
bunyi guruh kilat yg kuat pon kereta bleh bunyi..
huhuhu..

fuh... seb bek kereta aku park dalam pagar umah..
dah la kereta aku takdak alarm.. spoiler pon takdak.
kalau kena tetak, mau berderai cermin blkg tu..
alhamdulillah...
encek BuJaL terselamat.. <-- very the tacing..

dgr dari cerita adik pada cucu tok sami (tuan punya moto baru yg berderai tu), geng abg dia jeles sbb abg dia ada moto baru. pahtu ada bisness sendiri lak. aduyai.. kalau nak ketuk pon, ketuk yg berkaitan dah la.. jiran2 ni takdak kaitan ok..

lepas wat polis report, mak, adik, abg & akak ipar aku suma blk kg. cadangnya depa nak blk lepas subuh tu sbb nk mkn 2 kenduri kt Kulim. last2 gerak lewat sbb kejadian ni.

aku?
mujur laki ada tlg temankan..
hari kamis ni baru depa suma blk shah alam..
huhuhu..
takuit.. <-- takut dlm loghat perlis.

moral:
parking la kereta dlm pagar umah. pastikan pagar berkunci. dan lebih bagus lagi kalau pasang alarm kereta.. hoho.. (tp porch umah aku muat 1 kereta saje.. huhu..)

>> ahad shopping brg baby lg. dah tamat sesi shopping. almost complete cuma ada certain benda ja lg nk kena beli nanti mcm pampers & jamu2 tu.. hoho..

Friday, 19 March 2010

mak aku jual telekung - versi pembetulan-

* ini sticky post *

ok.. sila abaikan iklan yg kt last entry.
ni iklan yg betul2 punya..
sila fokus.. <-- poyo tul. hehehe..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Spesifikasi;

  • Jenis kain macam stretch² sket tu.

  • Kemasan di bahagian muka yang tak perlu pakai serkup kepala.

  • Dari paras dada ke atas di jahit 2 lapis supaya tak jarang.

  • Kain pakai mempunyai getah pada pinggang.

  • Mempunyai 3 jenis design. (Sila rujuk gambar di bawah)

  • Mempunyai size. S, M, L, XL.

  • Saiz yang biasa dibeli adalah M dan L.

  • Tiada sulam-sulaman.


  • para model memakai telekung bersaiz M..

    part bawah tu just renda saje..

    Harga = RM 60.
    Postage = RM 7 (below 500gm)
    Cara Pembayaran: Cash before delivery (kecuali rakan2 ;p)


    Buat masa sekarang, tiada stok dalam simpanan.
    Saya hanya menyediakan stok berdasarkan order sahaja memandangkan tailor berada di Kedah.
    Stok akan datang insyaAllah pada awal April hujung Mac ini (tarikh akhir order pd 26 19 March) dan seterusnya pada awal Jun (tarikh akhir order pd 23 Mei).

    Jika ada yg berminat, sila la order melalui email (ciPuding_7@yahoo.com) dan berikan butir-butir seperti berikut..

  • Nama

  • Alamat (utk penghantaran)

  • No Telefon (utk dihubungi)

  • Email

  • Pilihan Design

  • Size

  • Kuantiti


  • No akaun akan diberikan melalui sms/email setelah tempahan diterima. Pembayaran perlu dibuat sebelum telekung dihantar kepada anda, makluman akan dibuat melalui sms. Sila maklumkan butir-butir pembayaran kepada saya setelah berbuat demikian.

    Kepada yg nak buat penghantaran terus kepada mak @ mak mertua di kampung, wife di kejauhan, dan kekasih² gelap di sekitar Semenanjung Malaysia (Sabah/Sarawak - kena tgk rate postage dulu), boleh juga berbuat demikian.

    Nak mintak tuliskan surat cinta & attached dgn telekung pon bleh..
    (Jgn menyesal.. haha..)

    PROMOSI BUKAK KEDAI: utk 5 belian terawal, aku bagi diskaun. hanya RM 55/telekung (excluding postage). ewah..

    bleh juga order kt sini..

    p.s. war-war la kt rerakan yg lain.. tq.

    Terima kasih.

    Yang benar,
    Anak Saudagar Telekung.. haha..

    Tuesday, 16 March 2010

    keluhan..

    aku dengar2 tak lama lagi aku akan dapat warning letter dari HR sbb slalu datang lmbt ke opis. slalu? hmm.. masa awal pregnant mmg selalu. sbb nak melayan loya ape suma bagai tu.. tp skrg dah improve sket.

    lmbt aku tu merujuk kepada 5-10 minit melebihi dari waktu masuk kerja. maksudnya, masuk kerja pada jam 8.30. tp aku touch pada jam 8.36 - 8.40. ini melibatkan kes nak carik parking, berebut lif.. tu tak termasuk jem luar biasa.

    kekerapan?
    masa awal pregnancy, almost sebulan gak la. sbb pepagi sakit kepala sbb mlm tak bleh tidor.. bgn pagi otak weng2.. dah la kena drive sendiri. kereta manual plak. jauh plak lagi.. kentalnya aku.. takmo amek MC.. tetap pi ofis walaupon sedikit tak sehat & dah agak terlambat. skrg ni dlm sebulan ada la 2,3 kali.. lewat dlm 5 minit. tu pon aku berlari2 anak sambil membawa perut.. huuuuuuu..

    dan aku akui tu suma kesilapan diri sendiri.. walaupon dah keluar jam 7.30 pagi dan bersesak dgn org lain yg nak pi kerja + budak skolah.
    jadi, mmg patut aku dapat warning letter tu nanti.

    tapi, macam mana plak kira org yg dtg lewat tp tekan bell suh org bukak pintu (tak touch dgn kad sendiri sbb dah lewat)?
    dan aku la org yg kena buka pintu itu sbb aku pegang remote pintu tu..

    ataupon, kad mereka yg org lain tolong touch kan?
    bukan kadang-kadang, tp hari-hari..

    ataupon, staf HR yg selama ni sama lmbt dgn aku, tp tak penah dgr kena sound pon?

    aku lmbt dan kena tindakan, tp ada org lain yg hari-hari menipu utk mengelak dari kesilapan, langsung tak kena apa-apa..

    adilkah??

    >> bukan sengaja lambat. tp perkara luar biasa boleh berlaku pada bila-bila masa..