Wednesday, 28 January 2009

blog sayer..

sejak akhir² ni aku dah tak tau nak tulih apa kt blog aku ni.. mungkin sbb dah lama sgt ada blog. dari taun 2004. sedar tak sedar dah dkt 5 taun. macam suma benda dah kaver dlm blog ni.. kadang² rasa meluat plak tgk blog sendiri.. rasa nak delete pon ada.. meroyankah aku? hahaha..

bila tgk blog org cambest je.. rasa nak tukar blog aku ngan blog org lain tu jek.. tp apa kes aku nak buat camtu plak kan? macam takdak kena-mengena jek.. yaaaaa.. kelihatannya saya seperti sudah ilang arah tuju.. tunjukkanlah aku jalan yg lurus.. heh..

kadang² terasa juga ingin merepek tanpa motif, sekadar untuk mengapdet blog tp mesti ada yg kutuk aku satlg.. oleh kerana aku nak elakkan pembaca blog aku mendapat dosa secara tidak langsung itu, adalah lebih baik aku tidak menaip apa²..

tapi awat aku taip jgk harini?
oh.. ini bukan aku yg taip sebenarnya..
tapi jari aku..

(gilak.. hahaha..)

mak lijah berlatarbelakangkan gunung jerai dgn gaya senyuman terbarunya yang tak brapa aku nak paham sgt..

>> penulis tak berapa btoi sejak mendapat pakej percutian menarik 4 hari 4 malam di rumahnya sendiri..

Sunday, 25 January 2009

Mr and Mrs Hasni.. Thanks..

semalam aku dapat parcel.. aku ingat hadiah besday. tp lmbat lagi besday aku.. meh aku tunjuk.. tadaaaa...



haa.. jauh btol perjalanan parcel ni.. dari Jerman ke Jepon pahtu ke Mesia.. tak sangka plak bleh dapat parcel dari Jerman lagi.. heeeeeeeeee..

Thanks a lot to Puan Aza dan Encek Senin..!!
ingat lagi korang kt aku ek.. :)
err.. insan ketiga dah wujud ke blom?
jeng3..

>> aku sekadar di rumah sepanjang cuti.. <-- ish.. ish.. baiknya.. anak sapa ni?

Friday, 23 January 2009

cuti raya cina..

4 hari cuti..
bes kan?
bes..

tp bagi aku tak berapa nak bes..
teringin nak blk kg, tp tak beli tiket..
lgpon umah kt kg ada org sewa utk homestay..
kalau blk pon, aku kena menumpang kt umah makcik aku..

dah la gaji tak masuk lagi..

terpaksa aku jadi baik..
dok dendiam kt rumah..
sapa nak belanja aku makan, jangan memalu nak ajak k..
huhuhu..

>> sambung buat 'keras-tangan'..

Wednesday, 21 January 2009

adik dalam sotkabar.. (batakkah aku?)

aku telah terpanggil untuk membuat post kedua untuk harini setelah teruja melihat nama seorang rakan karib yang bekerja sebagai Pembantu Pendakwa Raya, buat pertama kalinya di dalam sotkabar..

"...........

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pembantu Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin membantah ikat jamin diberikan kepada Badrul Akmal kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.

Peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh bagaimanapun menyangkal dakwaan Aimi Syazwani dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis tidak pernah mengganggu mangsa.

Lazarus memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah munasabah dan mengenakan syarat-syarat tambahan kepada anak guamnya.

..........."
sumber: sotkabar, 21 Januari 2009

aku kaget jap terbaca nama dia.. kagum gile..
lebih-lebih lagi dalam kes ni..
soklan pe la yang adik tanya kt orang tu agaknya..
hahahahaha..

aku ckp kt adik, dia dah glamer skrg..
dia kata dia mmg nak carik glamer..
nak lebih glamer dari 'kawan dunia-akhirat korang'..
dia yg buat ayat tu ok..
aku tak tanye lebih² pon..
hahahaha..

>> chayok adik..!!

Congrats to Irminiza..


ala tomey²... hehehe..

ni la dia 1st baby girl of Irminiza, kawan aku masa skolah kt kuala selangor dulu. baby ni lahir kul 9.44 malam tadi..

baby girl iras² mak dia yang bakal bernama Aisyah Maisarah ni lahir kt hospital selayang dgn berat 2.50kg..

congrats Irm.. ;)

>> Adik plak bakal menyusul.. bln brape eh?