Thursday, 11 September 2008

posa, kerja dan ikan..

lama tak apdet blog..
tak dan..
atau dalam bahasa kl, tak sempat..
heh..

sejak posa ni, aku lupa nak bg ikan aku makan..
ingat nak train depa 2 ekoq tu posa..
tp depa dok menggedik plak dlm akuarium tu..
dah terpaksa bagi..
huhu..

harini bos aku dah balik dari umrah..
dan semenjak 2 menjak ni la aku jadik rajen buat kerja..
dalam erti kata lain, takot tak siap..
kuikuikui..
yang penting, balik kerja on time..
kul 4.30 ptg.. balik tidoq..
kehkeh..

sampai ke harini, aku masih lagi bukak posa kt sjid..
seb baik makanan dia sedap..
kakak aku siap tapau utk makan sahur..
kan dah terpaksa berlaku penjimatan..

oh ya..
tenet kt umah aku tetiba takleh pakai..
mebi sbb abg aku tak bayar bil kot.
terpaksa layan travian kt opis..
merosot produktiviti bandar metropolitan aku..
huh.. tensen..
hm.. susah2, aku suh la ketua kampung bawak anak buah dia pi lawatan sambil belajar sampai tenet umah aku elok balik.. suh depa belajar camner nak berperang dgn lebih gigih selain meningkatkan ekonomi bandar..
oppsss.. terlebey suda..!
hahaha..

>> ujung bulan ni.. raya.. kuikui..

Monday, 8 September 2008

al-kesah puasa aku..

  • mula berpuasa masa umor 5 tawon.. walaupon tak penuh sgt.

  • masa tadika beberapa hari saja posa sekerat hari. hari lain full. tp kena pastikan kena tido selepas blk tadika. bgn masa nak berbuka. heh..

  • penah ambik kesempatan minum air masa mandi.. taim tu skolah rendah kot..

  • masa darjah 3, aku kantoi sehari menjadikan posa aku taun tu 29 hari sbb tergoda tgk kawan baik aku yg seorang cina makan nasik ayam kt kantin, lantas aku join dia makan.

  • masa kecik2 dulu, masa time sahur aku wajib mkn tembikai, kalau tak rasa takleh nak posa.

  • bila blk kg, dapat duit 'ganjaran' sbb posa penuh dari tokwan.

  • sangat liat utk bangun sahur masa skolah rendah. siap buat2 lembik badan tu taim dikejutkan. haha..

  • masa skolah menengah, bleh kira dgn jari brapa kali aku turun makan sahur sepanjang 5 taun skolah asrama tu.

  • time bes adalah ketika bukak posa kt dewan makan sbb bukak posa suma makan kurma, dalam 20 sec, bunyi biji kurma cam ujan bila dibaling kt tray memasing.

  • sentiasa pastikan bawak paper lama turun kt dewan makan masa nak bukak posa utk tutup makanan. masa nak berbuka paper tu ilang, mebi sbb org curik ketas tu, atau kucing dah 'rasa' lauk aku.

  • pencapaian terbaik yang pernah dibuat adalah dgn berpuasa penuh ketika berumor 22-23 taun.. susah nak buat tu.. rasa nak bg anugerah utk diri sendiri.

  • expert memasak nasik goreng sardin dalam rice cooker masa kt itm.. dibantu oleh chef rafidah (kini telah sarat 6 bulan lebih) yg pernah mengaplikasikan pengalamannya itu terhadap hasbennya..

  • penah panaskan otak-otak guna dapur letrik yg dibawa secara haram oleh budak bilik..

  • masa kt itm jgk, merakam aksi tidor bebudak bilik (sebagai balasan mereka terhadap pelajar senior cam kami) dan memperkotak-katikkan hidup mereka dgn menaburkan bedak pada muka mereka dan aksi2 lain ketika kami (kami merujuk kepada puan rafidah dan cik nani) belum tidor dan membuat 1 video berlagu berserta ucapan hari raya.. kalau jual mesti laris tu. bunyi dengkur pon dirakamkan skali.. tu tak cerita psl aksi 'melampau' lg tuh.. hahaha..

  • dah menjadi tradisi family, mesti berbuka kt masjid sepanjang bulan posa. dan smpai hari ke-8 harini, aku masih blom merasa bukak posa kt umah.. huhu..

  • kami adik beradik dibenarkan pulang oleh mak setelah semayang terawikh smpai abih..

  • mak mewajibkan semua org khatam quran sepanjang bln posa. (owh.. ada byk lagi.. sapa nak tong2? hehe..)

  • semestinya makan nasik semasa sahur. aku siap tambah plak. ingatkan antu raya tu dah blk kg dia..

  • mesti sambung tidor setelah solat subuh walaupon tau mesti akan liat bgn nak pi kerja kang..

  • taun ni aku menggila mkn nasik dagang masa berbuka. walaupon bukak posa kt masjid, tp aku beli gak.

  • bleh tgk crita bersiri pasal posa contohnya cam katun kegemaran aku, Upin dan Ipin ni..

  • jadual kerja bln posa.. buat kerja kul 8.30 - 12. kul 12 - 2 main internet. 2 - 2.30 borak. 2.30 - 3 solat. 3 lebih, beli kueh.. 3.30 - 4.30 buat kerja memain.. 4.30 balik.. hohoho..


  • itu saja.. dah malas nak taip..
    renung-renungkan dan selamat beramal..
    hehehehe..

    >> hari isnin = hari malas sedunia..

    Friday, 5 September 2008

    teruja..

    baru je bukak sebuah restoren khas utk 100 jenis teh tarik kt sweeden haritu.. sbb takdak model untuk banner restoren baru yg bertemakan 'become a star' itu, maka aku selaku MD terpaksa jadi model.. ok la tu.. sep bajet..


    pahtu p buat potrait jap.. aku suh budak suruhan aku amekkan gambo ni.. untuk mengelakkan fitnah, lutut kt dalam gambar ni adalah semestinya bukan lutut aku..


    ni kira baru lukis sket-sket ni.. pandai gak pakcik ni lukeh..

    nak lebih glamer lagi restoren aku tu, aku cuba menawarkan pakej minum teh sambil mancing kt laut plak. biar mabuk laut bercampur ngan mabuk teh.. siap gantung kt bgnn yg tgh construct kt site aku tuh lg.. cuma 1 la tak bes, imej aku kena sabotaj plak.. tgk la tu..


    tp ada org lain yg lebih glamer tuu..
    macam nad ngan irmayanti..
    tak caya, korang tgk..
    kan aku dah mabuk ngan natang ni..
    hohohoho..

    >> dah hari ke-5 dah?

    Thursday, 4 September 2008

    Jodoh itu..

    Petikan dari email..
    Khas buat diri aku, SnAC members dan mereka-mereka yang single kt luar sana..

    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

    Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

    Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

    Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

    Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

    Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

    Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

    Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

    Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

    Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

    Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

    Seorang teman pernah berpesan..

    "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

    Wallahu'alam..

    >> mengantuk tahap gaban.. gaban pon tak mengantuk camni.. heh..

    Monday, 1 September 2008

    Allah knows..

    I love walking through the rain because no one knows i'm crying..

    Allah knows best..

    >> please..