Saturday, 6 October 2007

Animasi Upin & Ipin @ TV9..

kezen aku si Jasmin (walaupon nama cam pompuan tp beliau adalah lelaki yer..) yg bagitau pasal crita animasi ni.. lawak plak cerita dia.. tp menarik.. cuba layan episod bawah ni.. komfem bes.. haha..


nak kumpul la suma episod.. bes la...

>> suara dan lenggok kanak2 2 orang (upin & ipin) tu bercakap sebijik cam anak menakan aku, Faiz A'aqil.. hahahaha..

Friday, 5 October 2007

ini henpon tau..


ya.. ini adalah sebuah henpon ya, puan-puan.. bermodel Nokia 5700... menarik jugak.. kamera 2.0 MP.. 3G.. dan lain2 function ada.. harga? seperti yg tercatat di kedai2 tepon seluruh mesia.. berminat? beli la sendiri.. ehehehe..

ya... dan aku tanpa sedar diri tadi, sudah membookingnya.. tp skrg aku rasa separuh gila sbb keputusan yg aku buat td tetiba rasa cam tak rela plak.. lantas mengontek org kedai tu suh hold dulu.. sok baru nak kensel.. setelah memikirkan ketidakmampuan aku menggunakan wang gaji sendiri walaupon mendapat bonus.. sbb keutamaannya nak buat cusion cover utk kereta dulu...

waaaaaaaa.... ampunilah diriku.. (cara mintak ampun kt diri sendiri..)

>> camna la aku bleh lupa diri td..? gila kah aku? hoho..

Thursday, 4 October 2007

Ramadhan : edisi Sahur..

anda bersahurkah? (cuba nak jadi pakar motivasi "renung2kan, dan selamat beramal..") kebanyakan org malas nak bangun sahur. kalau bangun pon, mkn roti dan air minuman berkhasiat seperti milo atau susu sbb tak lalu mkn nasik.. tapi tidak bagi kami sekeluarga.. kerana "kita mesti makan nasik"... hehehe..

kami mkn nasik kul 5 pagi.. agak aneh.. mungkin menyebabkan perut terkejut dan kekejangan otot perut dgn lauk pauk yg berjenis-jenis tu.. tp bulan2 posa, biasa la tu.. cam besa, aku mesti ada lauk paru itu. kalo tak tak lengkap plak rasanya. ibarat BuJaL tidak bertayar.. hehe.. ataupon menu lain seperti telur masin yg menjadi makanan yg paling pantang dilihat mak lijah.. (meratah telur kuning aje.. nak tambah kolestrol btol budak tu). huhu.. minuman utama plak disponsor oleh milo tp kena bayar kt pasaraya.. kuikuikui..

besides, menu akan menjadi lebih menarik kalo wujudnya makanan berkuah lg panas seperti tomyam kerana kuah itu akan menjadi pelincir kepada nasik2 yg dikunyah secara hidup segan mati tak mahu itu.. apa aku merapik ni..? huhu..

hm.. mood juga memainkan peranan.. kalo mood bes, aku tambah nasik lg.. tambah nasik masa sahur? dah mcm lunch plak.. over.. hahaha.. lepas sahur, berehat sebentar sementara azan subuh berkumandang.. biasanya kami akan pulun makan selagi tok bilal kt umah ni tak gerak2 khas ke masjid.. sambil berehat, sambil layan astro.. dah subuh, smyg...

dan kembali buat2 pejam mata..
pura2 pejam.. bkn pejam btol2 sgt..
sampai kul 8 pagi..
sbb kena siap2 pi kerja plak..
huhuhuhu...

>> nak masuk hari ke-23 dah..

Wednesday, 3 October 2007

Ramadhan : edisi Terawikh

hm.. solat terawikh.. solat yg hanya dilakukan pada bulan Ramadhan je.. sejak awal Ramadhan, aku sering ke masjid utk menunaikan terawikh.. 1st day mcm solat jumaat. ramai giles.. pendek kata, kalo sampai 10 minit SBLM azan Isyak, mmg dah dok kat atas lantai besimenkan render la.. hehehe.. penah beberapa kali aku terlmbt, pahtu kena bawak mak aku plak, kena la dgr dia berleter plak.. sbb dia kena dok kt lantai tu.. adesss.. tu menunjukkan betapa ramainya manusia di masjid itu pada AWAL Ramadhan..

menjelang hari ke 5, manusia semakin pupus.. 8 rakaat menjadi kebiasaan bagi mereka2 yg ada hal lain.. rakaat ke-9 itu dah tinggal 2,3 saf dari belas2 tadi.. perkara ini berlanjutan hingga ke malam 10. malam ke 11 ke 15 plak, saf 2,3 tadi tinggal 1 je.. huhu.. dan malam ke 16-20 tinggal 3/4 saf saja.. tak sampai 1 saf pon.. sbb apa? sbb aku pon balik lepas 8 rakaat.. huhuhu.. aku letih bekerja la. balik dkt2 maghrib baru sampai.. kerja luar lagi.. <-- alasan kukuh ni..

skrg aku tak tau brapa yg tinggal sb aku tak pi dah sjid tu atas masalah yg tak dpt dielakkan.. rasanya tinggal setengah saf je.. itulah manusia.. huhu..

lagi 1, bila ada terawikh, maka ada la moreh.. biasanya, kalo aku smyg 23 rakaat tu, komfem makanan dah takdak langsung sbb org yg blk pah 8 rakaat dah rembat suma.. sampai hati mereka.. huhuhu.. nak teguk air pon ada la beberapa titik..

lantas aku blk la ke rumah dgn rasa kecewa..
bukak peti ais...
dan kembali lega... sbb..
macam-macam ada.. hehe..

>> 10 malam terakhir...

Tuesday, 2 October 2007

Tentang Kita..

Oleh: Julian Cely [Ft Terry]



*lirik tak jumpa la..

>> penyanyi berbangsa Perancis yg nyanyi lagu Indon dgn fasih dimana lirik lagu ni ditulis oleh Anggun.