Friday, 7 September 2007

ain..

baru je tau kisah ain (mangsa yang telah di'lauk'kan oleh kami ketika bowling tournament baru2 ni) ni.. lepas abih conference kt YM tadi.. hoho..

ain @ bowling
the most adorable ain ni akan menjalani operation pada kaki kanannya.. cerita lanjut, sila lawati blog umminya.. operation on 10th Sept 2007 @ Hospital Klang..

ain chumel..grabbed from blog kak am

semoga ain selamat menjalani operation dan sehat kembali... marilah kita sama-sama mendoakan akan kesihatan beliau..

>> aminn..

Thursday, 6 September 2007

Wednesday, 5 September 2007

semangat kesukanan..

yeahhh.. sejak dua menjak ni, aku kembali ke court tennis bersama partner yg tidak asing lagi iaitu saudari masitahadie.. sungguh seronok dapat kembali bersukan setelah sibuk bekerja. biasanya aku akan terus mengambil masitah di rumah sewa nya setelah pulang bekerja dan menuju ke court yang terletak di dalam UiTM (baca: usaha jaya MARA).. hehe..

nak masuk uitm, cam biase la.. ada pak gad. tp sedikit berbeza akan ketegasan pakgad berbanding ketika belajar dahulu dimana pakgad kini lebih strict dan serious dalam menjalankan tugas, manakala pakgad yg dulu sibuk makan asam 'taik idung' (seperti yang dialami oleh cikpid suatu ketika dahulu).. kini, hampir setiap kereta ditahannya. lebih2 lagi kalo takdak sticker. memandangkan aku masih berbekalkan kad matrik pelajar dan tampak cun dgn awet muda seakan2 masih menjadi pelajar, dan juga menjadikan alasan "kereta ini kereta baru, so belom sempat beli sticker", maka aku dan masitah terlepas juga.. kehkeh..

tidak kira pulang kerja cepat atau lambat, agenda bermain tenis secara produktif merupakan perkara penting dalam kehidupan kami. pernah pada suatu ketika, kami menjejakkan court pada jam 7.00 malam.. main la sampai maghrib. yaa.. begitu hampeh skali.. hehe..

oleh kerana tempat bermain menjadi lokasi kegemaran kepada staf2 @ lecturer2 yang sangat hebat bermain, kami menjadi tumpuan apabila mereka sangat 'kesian' melihat bola yg kami gunakan utk bermain sedikit 'botak' dan mendermakan kira2 5,6 biji bola yang separa baru secara percuma.. (biasanya 3 biji bola berharga RM 15-25).. padahal bola2 baru kepunyaan kami, kami simpan dalam kereta.. hahaha.. org nak bagi, amek je la kann..

aha.. jikalau dahulu aku menjadi bahan ketawa rakan2 kerana mempunyai lengan sebesar pergelangan tangan kawan2, kini anda boleh la datang menyukatnya sendiri.. (terbuka kepada semua kawan2 aku yang WANITA sahaja..)

dan tadi, aku telah dipertemukan semula dengan abang sizzling di dataran chendekia setelah hampir 8 bulan terpisah. aku rindu dgn nasik ayam sizzling beliau yang menjadi makanan ruji aku dan pid ketika zaman rajin belajar dahulu. lantas, menapaunya utk di makan dirumah.. perkhabaran gembira ini aku khabarkan kepada pid secara direct untuk menunjukkan betapa gembira dan terharunya aku kepada penemuan itu.. huhuhuhu...

>> poyonye.. heeee....

Tuesday, 4 September 2007

flashback?

yesterday, my reminder alarm rang...
i was confused coz there was nobody's birthday or whatever...

3rd September 2006...

JUST a priceless memory of myself..

but i'm no longer being the happiest person on this day...
coz i'm choosing my way... ;)

may Allah bless me...

>> Fight onnnnnnnn..... Oh!


i love the spirit..

Sunday, 2 September 2007

bowling @ PAS..

harini aku dgn tiba2 'ter' jadik penganjur sukan bowling peringkat sebahagian ahli alumni smkaks.. kehkeh.. ia bermula apabila Iylia ajak aku main bowling, lantas aku nak war2 pada rakan terdekat. tah camna, dah war2 skali kat conference YM yg biasa dihadiri oleh kawan2 skolah dan juga para senior yang rajin ngelat ketika bekerja. hehe.. maka, satu agenda telah diatur secara tak semena2.. 3 lane di booked kt Plaza Alam Sentral pada hari ini jam 3 petang.

kejohanan tak rasmi ini dihadiri oleh angah, minah dan 2 orang adik beliau, kak am dan husband serta baby ain yg chumel, iylia, fiza, adik dan zaman, hezlin dan bob, golox, rayer dan adik beliau, jibam, cport dan juga aku... tak lupa juga kepada pemerhati bebas yg datang utk makan je, kacap..

sebahagian dari pencabar2 terdekat..
tima kasih kt angah yg bawak makanan yg banyak tu.. cam picnic plak.. kehkeh..

baby ainbaby kak am yg telah di'lauk'kan pada petang td..

kejohanan ini dimenangi oleh encik Golox yang sanggup sungguh turun dari Batu Pahat semata2 nak mencabar aku.. tempat kedua oleh aku dgn purata 113 pin. alaa.. brape pin sgt aa bezanye tuu.. hehehe.. dan tempat ketiga jatuh kepada Rayer yang beza pin kira2 dua saje.. (yang pasti, ko kalah gak Rayer.. hahahaha.. - gelak jahat)

apepon, semua org nmpknya gembira dengan prestasi masing2 dan diharapkan permainan seumpama ini dapat diteruskan pada masa2 akan datang.. ecehhh!

setelah itu, kami pon sambung mengeteh di Kedai Kopi tepi tasik shah alam tu.. masing2 m'order air dan mkn hamper pemberian cport (tiba2 dikeluarkan dari kereta beliau).. terkenang kisah ketika zaman kanak2 apabila pelbagai 'jajan' dipamerkan di atas meja.. sampai kenyang kami makan 'jajan' tu...

setelah azan mahgrib berkumandang, masing2 mula mengundurkan diri... tamat untuk hari ini..

"majulah bowling untuk pusat bowling".. hehe..

>> gua dah ada wireless internet kt umah.. jemput la datang bertandang.. ;P
>> tahniah to Laila (Ella) yang telah selamat melahirkan 1st baby girl seberat 3.1 kg di Shah Alam pada 28 Ogos 2007 jam 12.26 am.. skrg berpantang di rumah family beliau di Bukit Kuching..