Tuesday 23 August 2011

persiapan raya..

persiapan raya taun ni, nk kata meriah, tak jugak.. nak kata tak meriah, aaa tak jugak.. konsepnya adalah disebabkan begini..

1. Aufa mula dapat kaki dan sgt eksited bagi parents dia utk beraya sbb dah bleh pakai baju kurung..

2. encek mohd hasben masih di perairan Lumut dan until to-date masih belum ada kata putus untuk balik beraya kerana pegawainya adalah seorang ca-ya-nun-alip dan mengerahkan krew utk membuat kerja dari pagi sehingga larut malam dan tidak menjaga kebajikan krew langsung di mana mereka hanya disediakan megi untuk berbuka & sahur (sepatutnya makanan disediakan sbb kerja outstation kali ini tak dibenarkan utk claim. so, mereka kena kumpul duit "bonus raya" utk beli bahan mentah sendiri utk dimasak)

3. abang sulung tak balik beraya sbb kakak ipar sedang pregnant dan tak digalakkan untuk berjalan jauh kerana sering bleeding ketika pregnant.

4. abang yang sorg lagi x tau dapat balik beraya atau tak sbb anaknya yg baru berumor 2 bln itu masih di DEMC shah alam akibat jangkitan pada paru-parunya disebabkan berjangkit demam campak melalui ibunya. hrini dah genap seminggu dia kt spital tu..

5. kakak kena tunggu hasben dia mengimamkan sembahyang raya.. pahtu dia balik..

6. parents in-law menanti-nanti anak menantu cucu dia blk.. especially Aufa yang dah lama tak jumpa..

aku masih termanggu-manggu bila nak balik disebabkan perkara-perkara di atas. slalunya 2 minggu sblm raya dah tau bila nak balik. ni dah tinggal seminggu, masih tak ada keputusan lagi..

raya kt shah alam? oh.. tidak sesekali...
KOT!

>> encek hasben, sila cepat pulang.. atau kami jemput kt Lumut sana..

No comments: