Thursday 12 April 2007

al-kesah..

harini aku pegi miting di site aku kat Melaka. tujuan miting tiba2 ni diadakan utk menyelesaikan masalah antara pihak aku (kontraktor) dan klien di mana, pihak klien nak mintak buat running track mengunakan rubberize@synthetic.. ala, yg macam pemadam pensel yg kena cincang tuu.. sblm ni diorang setuju utk guna premix atau dlm bahasa pasar, tar mcm jalan tuh.. bkn saja dah setuju malah dlm drawing juga telah dinyatakan dgn jelasnya..

persoalannya skrg, aku bkn sgt nak crita psl running track ni. tp ada crita yg lagi mencabar. kisahnya begini..

aku bertolak pada jam 840pg dan sampai kira2 kul 10pg. miting kul 1030pg. sampai je, aku terus ke site sbb nak tgk progress piling works. aku tiba secara berduet ngan bomba. pelik gak. apohal bomba dtg berlumba2 ni.. aku ingat nak wat inspection apa kat site, atau pon ada apa yg terbakar kah di site? tp suma soklan tu takdak kaitan langsung ngan apa yg terjadi. rupanya, budak yg wat kerja piling, telah ditimpa ngan batang pile tu... erkkk... camna kisahnya? camni...

pile dari supplier diletakkan ditanah mempunyai 2 cangkuk yg dikonkrit bersamanya dan tali dari piling frame (machinery yg wat keja piling yg bunyi Tang! Tang! tu..) akan sangkut disitu utk tarik dan ditegakkan sblm dihentak masuk dlm tanah. tatkala pile tu diangkat naik, cangkuk tu tercabut dan jatuh kat kepala org tuh.. bahagian belakang kepala (part medula oblongata) cedera teruk sampai dia tak sedar diri dan darah dah kuar dgn banyaknya.. kata Project manager aku, condition dia 50-50.. teruk tuuu..

pahtu, diorang hantar ke klinik berdekatan utk bg rawatan segera memandangkan hospital agak jauh dr tempat ni. pahtu, kena transfer g hospital terendak. dan sblm aku blk ke shahlam td, project manager aku bgtau, mamat tu dah kena transfer ke hospital KL sbb tempurung kepala dia retak.. erkk..

tu satu cerita di waktu pagi.. ni cerita ptg td plak..

anak kepada sub-kontraktor buat kerja tanah suh pekerja dia tolak tanah longgok kat site. tp dia bermalas2an plak.. setelah dijerkah olehnya, pekerja tu main2 hayun jib (cam bucket) excavator tuh konon cam nak mengacukan ke budak tuh la.. budak tu naik angin lantas bersama abgnya nak blasah pekerja dia tuh.. pergelutan berlaku dan pekerja tu nak blah dgn melarikan diri naik pajero miliknya. budak ni ngan abg dia membaling cota ke kete, pahtu pecah cermin kete.. erkk..

pahtu diorang sume kena la g balai... pulakk..

natijahnya (btol ke ni?), stat isnin depan, aku nak kena ngadap org2 ini sbb aku dah kena dok sana... doakan la aku selamat.. hehe..

>> sok kena claim insurance utk mamat yg accident tuh.. tah2 RM50,000 lebih bleh dpt..

No comments: