Sunday 24 December 2006

kerja.. kerja.. kerja..

masuk je di hari pertama (Rabu) di Cybotic Corporation, iaitu pada hari diinterview, saya takleh jawab apa yg ditanya sbb selama ni saya di train untuk jadi consultant, tp saya lupa yg saya akan bekerja untuk kontraktor.. jadi, jawapan yg saya bagi mmg berlawanan ngan apa yg diorang harapkan.. huhu.. tp diorang amek gak saya ni ngan gaji yg bole la dikira munasabah.. hehe.. layannn..

pada hari Kamis pula, saya diminta untuk ikut Project Manager (PM) iaitu seorang laki org untuk ke Melaka memandangkan saya perlu berkolaborasi ngan PM tu untuk menjayakan projek disana dgn membina Kompleks Sukan, Fakulti Kejururawatan dgn Auditorium untuk Kolej Teknologi Islam Melaka. jadi, mulai January ni, saya perlu berulang alik bersaurangan ke Melaka memandangkan laki org itu akan pindah terus ke Melaka bersama keluarganya.. huhu..

Abg akan bagi kereta Kembara nya utk disambungkan pembayarannya oleh saya mulai Januari ini juga memandangkan saya perlu berulang alik ke Melaka itu. Wlaupon saya perlu mengeluarkan kira2 RM 650 sebulan utk bayar kereta itu, namun saya terpaksa. cewah!

Dia pon nak tukar kereta juga kepada yg lebih besar misalnya Storm atau seumpama dgnnya dan kalo buleh dia nak beli lori untuk mengangkut pokok2 dan alatan untuk membuat landskap bagi syarikat miliknya itu. ikut pandamu la.. hehehe..

Sehubungan itu, saya kena prepare workprogram utk projek tu guna microsoft project (sbb tu je yg aku tau berbanding nak guna software cam Primavera). PM nak test dulu ni.. so, kena la study2 sket..

>> ber'saya-saya'an plak.. tuih!

Gambar balik kg harituh...

aku dan sepupu di tepi laut, kira-kira 5 minit dari kg..
ni la sg yg jadi port kami setiap kali blk kg.. dlm 5 min perjalanan..
rumah emak di kampung dibawah jagaan tok seketika dulu..
view dari Menara Alor Setar.. masa join makcik n family ke sana..
hensem tak saya..? - Hamka, 9 thn (anak makcik) kat Muzium Padi..

No comments: