Friday 26 November 2004

CINTA LUAR BIASA

aku tgk citer ni minggu lepas..



antara sinopsisnye berbunyi bergini..

Filem komedi romantik ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah (nasha), Husin (apek), Adam (hans) dan Hamidah (syanie) telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik.

Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim (ako) yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’. Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah.

Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau Adam?



aaa..tgk sendiri la yer.. aku preview je.. kalo citer lebih2, kang tak surprise lak.. slmt menonton!!

*rating 6/10

No comments: