Tuesday, 31 March 2009

detik² penukaran status..

poyo abih tajuk atas tu..
haha..

haaaaaaaaa..?
tinggal 2 bulan lagi ke nak tukar status..
ayat macam nak tukar warganegara la plak..
hehehe..

kad tak siap lagi..
borang pon tak siap lagi..
tp seb baik natang lain suma dah 90% siap..

skrg aku rasa masih rilek² lg..
seperti tiada apa yang berlaku..
konon² bajet cool la ni..
hebat tak aku? <-- tgh lupa diri
peace..!!
hahahaha..

nmpk sedap tul kek ni.. tapi org punya.. huh..

>> makan kenyang.. tidoq lena.. krohhh..

Friday, 27 March 2009

hepi besday kt diri sendiri..

dengan tanpa rasa ragu dan segan-silu yang melampau, saya ingin menyatakan bahawa saya telah pon mencapai 16 taun (+ 10) pada hari ini.. diharapkan saya akan lebih maced, lebih gemuk , lebih ilmu, lebih amalan, lebih kebahagiaan dan apa-apa lagi yg lebih.. hehehe..

tima kasih kt sapa2 yang tolong peringat umor aku ni..
especially kt Mr.A dgn ucapan yg ringkas tp mendalam maksudnya..
ohhh.. very the touching..
sob..sob..sob.. (terharu)

May Allah bless me..
and You..

kad besday yg otometik akan dpt tiap-tiap taun dari kampeni..

>> berbunga riang.. <-- koya gile
>> yesterday.. unforgetable memories in my life.. :)

Wednesday, 25 March 2009

karangan dgn 1 gambar..

kt ofis saya ada deretan kedai makan. kt situ banyak pokok-pokok besar dan tinggi. mmg bagus la kalau nak parking kt situ. nak ambik gambar pon cantik gak. lebih2 lagi masa tgh ribut. ala² crita winter sonata kalau daun² berguguran.. eceh.. tapi kalau dahan yang gugur tu tak tau la apa yg jadi kan.. (apa aku cuba perjuangkan ni?)

tatkala aku nak pi makan kt gerai tu, ada hewan menge'miau' kt atas pokok. ya ampunnnn.. seekor kucing tgh menggigil kt atas pokok. tah camna dia naik atas tu. kalau mengikut keupayaan dan tenaga dalaman bagi seekor kucing normal, rasa mcm tak mampu dia nak panjat sampai dahan pertama tu. sbb takdak dahan lain in between. suspicious.. (ke ada org baling kucing tu kt dahan tu? ke antu bwk dia naik atas tu.. huhu..)

disebabkan aku yg 'tinggi² alang' ni tak dapat membantu, aku terus sahaja ke gerai tanpa rasa bersalah. (ya.. mmg aku tak bersalah) dok tgk² jugak kucing tu sambil menantikan mihun bandung dgn sabar (makan lagi selepas makan kfc <-- org belanja, aku tak beli.. boikot..) tapi mihun hailam yang tiba.. yaa.. org tu salah amek order.. *&#$@**

aku makan saja sbb kata orang, rezeki jangan ditolak.. lagipon kucing pon masih kt atas pokok.. tgh menggigil.. (mcm takdak kena-mengena je ayat ni)

sambil berkata "kesiannnn...", abih sepinggan mihun hailam tadi. dan sambung tgk kucing tu..

tiba², dengan gaya seorang hero, muncul seorang jejaka membawa tangga.. lantas menyelamatkan kucing itu yang tah berapa lama dah dok menggigil atas tu.. ni ada la sket bukti bro tu selamatkan kucing.. aku snap masa tgh makan..


hm.. tak clear sgt la..
sbb aku pakai hp yg guna bateri AA..
cap ayam..

tapi lupa nak tanya sapa nama..
boleh kenal atau pun tidak..
duduk kat mana..
dengan siapa..
ada handphone..
apa nombornya..
(sekadar petikan dari lagu adam.. tiada kena-mengena dgn penulis)

~sekian karangan saya pada kali ini..

>> nak pi main futsal jap.. dah lama tak main.. huhu..

Tuesday, 24 March 2009

note for a friend..

dude,
be strong..
no matter it is..
we want you to know..
that you are not alone..
cause we still here for you..

may Allah bless us..

>> chayok..!!

Monday, 23 March 2009

Erin's Wedding..

Jumaat lepas, aku dan rakan2 menghadiri majlis malam berinai Fafa Erina aka Erin, ex-smkaks 1996 - 1998, yang diadakan di rumahnya sekitar Andalas. Majlis ni jugak dihadiri oleh beberapa org kawan dari bec aku..

sila rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut.

erin n husband..

aksi separa formal..

aksi asal-boleh blah..

lina dan ibu mengandung, puan aimi..

sambung mengeteh plak lps makan kenduri..

sebahagian dari berpuluh² cucuk sate yang dibelanja oleh encek tajud..

semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. :)

>> saat genting.. huhuhuhu..