Wednesday, 31 October 2007

nasihat vs emosi..

pagi tadi, tatkala aku tiba di ofis dgn jeans separa lusuh, bos ajak aku pi meeting kt Morib..
"Farah, awak buat apa pagi ni? Jom ikut saya pi meeting", kata bos..
"haaa...? saya pakai tak proper la encik.. encik kata smlm, sy takyah ikut", aku menjawab..
"takpe.. ikut.. ikut.."
arrrrgggghh.... hampehhh!

ada kawan dia ikut.. seorang instructor ISO utk ofis aku.. dlm kenderaan, asyik mendengar celoteh kisah untuk berbini 2,3 & 4 oleh lelaki-lelaki berusia lewat 40-an itu.. sesekali aku menjadi mangsa cerita yg diorang reka tu plak.. hampeh kuasa dua!

sampai sana.. meeting. pahtu ada minum2.. client aku adalah seorang pengusaha kem motivasi yg alim, berusia kira2 lewat 60-an.. tiba2 beliau memberi sedikit panduan.. terpaksa la layan.. haha..
"lelaki nak cari pasangan guna la kaedah ini.. ini untuk menunjukkan kesesuaian pasangan dari segi umur.."
aku pasang telinga walaupon kurang berkaitan... hahahaha..

"umur lelaki itu dibahagi 2 dan ditambah 7.. maka itulah umur wanita yg sesuai dikahwininya.. kira tahap kemacetan (wording gapo aku guna ni?) la..",ujar encik yg sesuai dipanggil ustaz itu..

"misalnya, lelaki itu umor 38. jika dibahagi 2, maka bersamaan dgn 19. kemudian ditambah 7, menjadi 26.. jadi, wanita yg sesuai dikahwininya adalah berumur 26 tahun..", tambah beliau lagi..

"oooooooooooooo...", aku termenyampuk..
"kalau macam tu, Farah ni camner? meh kita sama-sama kira..", kawan bos aku yg folo tu cuba men'create' topik..
hampeh lagi....
"dia 24, tolak 7 jadi 17. kemudian dikali 2, sama dgn 34.. haaa.. ko kena kawen ngan umor 34..", ujar kawan bos aku yg over tu..
"cehhh...".. tak pasal2 aku plak yg kena..

"tu panduan saja.. biasanya utk lelaki.. anggap la ni sebagai nasihat pakar dari orang yg berusia macam saya ni.. hehe..", kata ustaz itu..
huhu.. bila plak dia buat formula ni? huhuhu..

>> hari emosi sedunia.. demi kerana Opus.. huhu..

Tuesday, 30 October 2007

aku dah beli henpon..

akhirnya aku beli gak henpon baru.. tak yah tunggu yg free2 tu lagi..

seawal jam 930 pagi aku dah tercongok dpn kedai kt kompleks pkns.. hampeh je.. siap tak bukak lagi.. lalu, aku pi la makan nasik lemak sorang2 sambil mengadap rancangan masakan yg dibuka di saluran Astro oleh tokey kedai.. tak menarik sungguh. huhu.. pahtu aku pi lagi jenguk.. tak bukak lagi.. jam dah kul 10..
"aiseh, aku tak masuk ofis lagi ni..", ujarku dalam hati..
tp org ofis tak call pon.. takpa.. blasah je la.. janji dpt tepon baru..

aku beli paper.. baca paper seround.. tgk jam, 10.30.. pahtu aku jenguk lagi.. aaa.. bukak pon ko.. dan tanpa segan silu, aku bertanya pada tokey kedai..
"communicator baru yg mana aa..?"
"camni..", kata tokey.. ni aku tunjuk sket rupa dia..

E90 - communicator
"tp yg ni takleh guna utk fax tau.. tp ini bagus. ada 3G..", tambah beliau lagi..
aku pon belek-belek.. cun gak.. kaler itam kemeroonan.. tak itam btol, dia cam maroon sket.. ntah kaler apa tu..
"brapa bos?", aku masih bertanya walaupon kt situ dipaparkan harga tepon itu, RM 3,790.00..
"i bagi u 3750 la..", dia kata..
"takkan RM40 je kurang.. cehhh.."
tgk dalam wallet.. tak cukup plak.. ada RM 2,500.00 je.. lantas aku call seseorang..
"tak cukup la duit nak beli hp.. mintak sket lg bleh ke?"
"brapa harga dia?", tanya 'org' itu..
"RM3,750 jerrrr...", jawab aku..
"ok.. skrg gak masukkan duit..", dia bgtau..
senyummmmmm.... hehehe..

aku pon pi la ambik duit lagi.. cukup la.. dapat diskaun, jadi RM 3,680.00... beli terus.. dan akhirnya aku dpt la beli henpon baru lagi terkini ni... bes tak? hehehehe..

selepas itu aku berkejar ke KLIA utk berjumpa seseorang yg dah nak naik pon ke dlm flight dia.. tp dia sanggup keluar blk jmpa aku.. rela tuh.. dan tak semena-mena, aku bagi hp yg aku beli td kt dia.. tidakkkkkk... sbb itu bukan aku punya.. itu dia yg punya.. dia tu kawan bos aku.. bos aku yg bg duit suh beli.. kuang.. kuang.. kuang..

tamat lah cerita hari ni.. hahahaha.. terhibur tak? hehe..

>> kemalasan melanda..

Sunday, 28 October 2007

Jejak Kasihan..

sepanjang bulan Syawal yg mulia ni, ramai plak org buat open haus.. maka, aku pon dijemput untuk memeriahkan majlis.. dan sesudah zohor tadi, aku pi rumah mak ndak di PJ.. aku bergerak secara solo memandangkan masing2 dah pi sendiri. (mentang2 masing2 dah ada keta sendiri..)

balik dari rumah mak ndak, aku lalu di area rumah lama dimana terletaknya rumah rakan2 skolah rendah dulu.. almost 12 years jgk la tak jumpa bebudak ni.. since darjah 6.. huhu.. lantas meng'sms' budak Ikram..

"kalau aku g raya umah ko bleh ke?", ujar ku dalam sms..
"la.. aku kt ofis. apsal tak ckp awal2..", balas beliau..
"aku tak plan pon nk dtg sini.. kalo ko keje, takpe aa.. next time.."
lantas, aku berlegar2 di area tu sambil mengingati rumah kawan2 lama.. tp tak ingat gak.. lalu aku call Azlina Hanim.. kawan aku sejak tadika.. seb baik ada no dia..

"hanim, ko ada kt umah ke?"
"ada.."
"aku nak g raya umah ko ni. aku ada kt area ni dah.."
"meh aa dtg,umah aku blok 3 no umah sekian2.."
"ok, jap lg aku smpai.."
maka, sampai la aku kt umah beliau.. berpelukan gembira..

"tgk la gambar aku bertunang tu.."
ayarkk.. dah bertunang rupanya budak ni..

"lain aa rupa ko skrg.. lain sgt.. last jumpa masa darjah 6 dulu kann.." kata beliau..
"tuh aa. dulu aku comel, skrg tak dah.. hahahaha..", aku cuba membuat lawak.. hehe..
kemudian aku telefon radzi, safuan dan shida ismail.. cuma shida ngan radzi je ada kt umah..

"ko btol2 nk dtg umah aku ke farah?", kata radzi..
"yer la.. ko ingat aku tipu ke?"
"datang aa.."
jejak kasih dimulakan di rumah shida.. tobak dia tak kenal. totally different, kata dia.. hmm.. mebi sbb aku berjerawat kot.. dulu2 comel je.. hahaha..

"kurusnye ko.. rasanya masa skolah dulu chubby2 sket..".. aku gelak saje..
pahtu gerak ke umah radzi.. radzi yg cuba masuk line masa skolah rendah dulu.. aku masih ingat, dia beriya nak salam aku masa last day skolah darjah 6 dulu.. lawak beb.. btw, mak dia yg sambut aku td..

"ni farah che ani ke? lama makcik tak jumpa.. lain la skrg.."
yaaaaaa.. seorang lagi..

then singgah umah kawan rapat masa tadika. nama dia hafiza. sek ren pon sama gak.. mak dia cikgu tadika aku dulu.. berpeluk sakan aku ngan mak dia.. masa tadika dulu, mak dia tu aku dah anggap cam mak aku.. aku dah macam anak dia plak..

kebetulan aku dtg td, dia ada buat kenduri... kenduri majlis bertunang!!! oh god.. komfem la mak dia tanya aku bila nk kawen.. kelentong la apa yg patut.. hahaha..

pahtu g umah nurliza.. dah kawin rupanya dia.. tgh training jd nurse.. huhu..

"farah, ko nmpk berisi sket la dari dulu2.."
hahhaaha.. pulakkk.. hampir aku menjadi gembira.. tp mengenangkan komen2 sebelum ni, aku terpikir sesuatu.. sapa yg cakap btol ni? kahkah..

pahtu g carik umah kawan baik aku.. hanim ngan liza follow. aku sekelas ngan kawan aku ni since darjah 1 sampai darjah 5 ngan dia.. nama dia Sarina.. ingat2 lupa rumah dia.. ingatkan dia dah pindah. atas bantuan mak liza, jumpa gak..

and guess what? dia dah ada baby berusia 19 hari... huhuhu.. dah kawen rupanya kawan aku ni.. huhhuhuhuhu.. apsal la diorang ni cepat tul kawen.. tunggu la aku jap.. hahaha..

the most important thing, sarina takleh recognized aku langsung.. huhuhuhuh.. dia siap tak caya aku yg dtg tu. huhuhu.. lain sgt ke rupa aku skrg dan zaman skolah rendah..? aku pon tak ingat masa skolah rendah rupa aku camna la wei.. ahahaha..

and finally, ada 2 benda aku dah buat.. 1. dapat keep in touch blk ngan member skolah rendah.. 2. aku dah g raya 6 buah umah dari kul 4 ptg - 10 malam..

akhirnya......... aku jumpa gak kawan2 skolah rendah aku tu... terharunyaaa..!!

>> ciKGu_TaDiKa, sila datang shah alam lg.. bleh mkn char kuetiaw kt stadium.. hehehe..

Saturday, 27 October 2007

Adik Angkasawan Negara Meninggal Dunia

Petikan dari Bernama bertarikh 27 Oktober..

PETALING JAYA, 27 Okt -- Adik Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang koma sejak Ahad lepas setelah terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, meninggal dunia pada pukul 6 petang ini.

Jenazah Sheikh Mustafa Shukor di bawa pulang ke rumahnya di No 7 Lorong 12/12B Seksyen 12 di sini, kira-kira pukul 8.20 malam ini.

Salah seorang dari bapa saudaranya berkata jenazah dijangka dikebumikan esok selepas Zohor di makam Tuan Haji Said dekat Sikamat, di Seremban.

Allahyarham yang merupakan anak keempat dari lima beradik itu meninggalkan seorang isteri, Norhayati Mohd Redza, 28, dan dua anak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan dari Utusan Malaysia pula..

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dibenarkan menamatkan tempoh kuarantin di Rusia lebih awal untuk menghadiri pengkebumian adiknya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie yang meninggal dunia hari ini.

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.45 pagi esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, beliau telah meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Moscow bagi menguruskan kepulangan Sheikh Muszaphar Shukor.

"Saya sendiri bercakap dengan Dr. Sheikh melalui telefon semalam dan daripada nada suaranya, dia kedengaran tabah dan tenang menerima berita bahawa adiknya tenat sebelum ini.."

"Dia memang mengikuti perkembangan adiknya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini....

Ahad lalu, Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang juga dikenali sebagai Ajil pengsan selepas terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Berikutan perlanggaran itu, Ajil terjatuh dan kepalanya terhentak pada batu-bata di kawasan restoran tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Fatihah... dan salam takziah buat ahli keluarga beliau..

>> dpt gak aku jalan-jalan cari pasal ngan CikGu_TaDiKa malam ni di bandar Shah Alam yg bes ni.. haha.. kisah jalan-jalan ni akan bersambung pula pada esok pagi..

Friday, 26 October 2007

aku blur..

tak tau nak apdet apa..
aku apdet gak sbb rayer suh aku apdet..
aku suh dia taip tp dia takmo plak..
terpaksa aku taip..
menitik air mata aku sambil taip ni..
menaip dlm keadaan terpaksa..
suma budak rayer ni punya pasal..
kan dah terapdet 1 entry blur ni..

macam hampeh je entry ni..
hahahaha..

>> sedap megi goreng mamak td..