Thursday, 30 August 2007

better or never..

ahaa..
dah makin sehat.. dah tak demam setelah mendapat MC semalam. dok umah sorang2. sepatutnya berehat tp pi menonton suma rancangan di Astro sampai semua cenel tu tgk aku tido plak pahtu.. hehe..

makan? semua yg dimakan 2 hari sebelum ni pasti keluar semula.. even air masak pon takleh masuk.. sambil terpikir2, "nak mati kah aku ni?"... huhu.. cuma ptg semalam sempat mkn oat dan menahan supaya tidak terluah semula.. berjaya!

dan hari ini, bubur mekdi berjaya dimakan... memilih btol perot ni.. ciss..

dan sebelum pergi kerja harini, timbangan cuba dinaiki.. and guess what? turun 3 kg setelah 3 hari tak makan nasik (including puasa on Monday).. menjadikan berat terkini 38 kg.. gila babah..

>> ni org ke kipas berdiri ni?

Tuesday, 28 August 2007

huhu..

setelah bertahun aku tak demam..
akhirnya aku terpaksa terima juga ujian demam ini..
dan juga tak lalu makan.. huhuhu..

aku dah flat...
...flat on plan...?

huhuhu..

>> balik kerja awal...

Monday, 27 August 2007

tilam vs kolam..

pada suatu pagi yang indah, datang seorang budak pompuan yg kuat makan masuk bilik aku..

"macikkk.. bangun..", kata budak gemok berumur 2 tahun tu..
"hmm....", kata aku secara malas..
"bangun la...", kata dia lagi.. tiba2 dia bukak mata aku guna jari dia..
"hoiii..", amek hang.. hehehe..
"macikkk.. jom mandi 'tilam' nak?"
"mandi 'tilam'?", aku dah btol2 terjaga skrg.. sambil berfikir akan 'tilam' itu..
"laaa... kolam la, bukan 'tilam'.. ceh.. takmau ah..", ujarku..
"takmau, sudahhh..", balasnya..
cih.. dah pandai balas-membalas rupenye.. lgpon camner nak join dia mandi dlm 'tilam' dia tu.. kedalaman air paras buku lali aku je.. pulak tu, ajak aku time nak siap2 bangun g kerja. hampeh! hahaha..

hm.. masih teringat kisah seorang makcik yg aku lawati beliau di kuala selangor smlm selepas meraikan majlis pertunangan adik Angah (bukan angah.. ;P).. elok2 nak singgah setengah jam, dah jadi 3 jam kerana banyak yg kami sembangkan sambil beliau masak utk kami sama2 makan malam. makan lagi? blk umah, aku timbang, dah naik sekilo. baguss.. hoho..

nak dijadikan cerita, tetiba beliau nak kenenkan aku ngan anak sulung dia plak yg juga senior aku mase skolah dulu. sblm ni dia telah cuba mengkenenkan aku dgn anak dia yg se batch dgn aku mase skolah dulu dan memang usaha makcik itu tidak berjaya sama skali walaupon aku disogok dgn buah mangga dpn rumah beliau yg sedap itu. hehe.. btw, sahabat aku itu telahpon kembali ke rahmatullah.. hmm.. itu adalah seniorku yg pasif. borak pon tak penah. hehe.. ooo.. lawak sungguh. tima kasih je la wahai makcik.. saya sibuk carik harta ni.. hehehe..

>> sape nak, aku bleh tlg ckp kt makcik tu.. hehehehe...
>> i love this sweet song by Anuar Zain - Lelaki Ini (right-click and 'save target as' to download).. bila la ada org nak nyanyi kt aku.. hahaha..

p/s: malam ni malam nisfu Sya'aban. jangan lupe baca surah Yasin 3 kali.. (also as a reminder for myself)

Saturday, 25 August 2007

Kerispatih - Tapi Bukan Aku

satu lagi lagu endon yg sedap didengar.. layangkang..



jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima

aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

korus:
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku..

*repeat korus


>> hari Sabtu yg sangap.. setelah pulang bekerja, terus pulang ke rumah dan memasak makaroni goreng.. makan sendirian dengan senang hati.. hmm..

Friday, 24 August 2007

takdak mood..

smlm kena marah ngan bos.. pasal nak order steel bar pon jadi hal.. dah spoil 1 hari punya mood.. mood yg disusuli emosi tak bertempat tu terbawak smpai dlm kete ke kl, lepas tu ke melaka, sampai melaka dan patah balik ke shah alam.. harini masih mood tak bes lg.. lagi2 lepas ngadap bos sejurus tiba di ofis..

ada tak tempat lain yg bes environment tempat kerjanya? bleh tak join?

>> buat salah, tak buat pon salah.. hm...