Wednesday, 9 December 2009

latihan gempa..?

td ada fire drill.. tp alarm tak bunyik. sengal tak? hahaha.. haritu bunyik, sume buat² panik.. tp tetiba ada announcement kata "ini cuma sekadar testing..". hah.. sengal juge. bila time betol2 langsung tak bunyik. last², dia suh org kuar building secara announcement saje.. tp announcement ni menakotkan aku. ni bkn fire drill dah ni..

"perhatian semua, jabatan meteorologi menjangkakan gempa bumi berukuran 5 skala richter akan berlaku disekitar KL sejam dari sekarang.."
ha..ayat ni mmg btol2 buat aku panik room..

maka, kami beramai2 turun ikut tangga yg bau asap rokok. c*l*kak itu perokok.. takde tempat lain ke korang nk berasap? kesian baby aku.. huuuu...

mujur aku tingkat 6 je. kalau aku dok tingkat 20 tu, pengsan dah aku. baru smpai tingkat 3 kaki dah lenguh. letih.. baru 2 bulan lebih ni. lom 9 bulan lg.. mujur fire drill setaun skali. pahni kalau diorang nk wat lg, aku dah bersalin dah la time tu.. fuhhh..

pahtu jauh plak la padang nak beratur tu. kena plak latihan utk 2-2 tower. 2 tower x 20 tingkat.. 1 level dlm 50 org (approx.).. aaa.. hamek.. mencangkung aku kt padang tu. panas.. rumput panjang, lecak plak.. sementara tunggu encek bomba wat inspection, main game seround..

lepas tu dgr taklimat sket dari sorg pegawai bomba india yg BM dia tak brapa nak pass sgt. tp takpa, agak menghiburkan.. thihihi..

pahtu bersurai.. sempat gak aku beli jambu ketika perjalanan pulang..

tamat lah kisah letih aku pg ni..
terus jadi malas wat keja..
(alasan..)
hahahaha..

>> sedap kek lapis sarawak bos ni.. dia mmg rajen wat kek lapis ni.. buat sendiri tuh..

Monday, 7 December 2009

tiada punca..

bila kita emosi atau takdak mood, banyak benda kita nak tulis..
blog dah macam biro pengaduan..
kalau blog ni bleh bercakap, mesti dia tak rela nk dgr..
benda remeh pon nak mengadu..
smpai bayar bil kt post office pon ada gak yg bagitau..
tp itu hak masing2..
mmg dah nama pon blog..
bkn papan kenyataan skolah..
thihihihi..

apa aku merepek ni syaitonnnn..?
hahaha..

sebenarnya aku nk ckp, haritu aku ada benda nak taip.
tp skrg dah takdak..
takdak punca. hehe..

oh ya..
aku dah stat mkn mushroom soup (sup cambell) plak..
cicah ngan roti..
tukar selera..

tgk.. tu pon nak bgtau kan?
hahahaha..
blog aku, aku punya suka aaaa..
sapa tak suka, bleh makan cuka..
haha..

>> miss my husband la.. bes sgt ke dok kt laut tu?

Friday, 4 December 2009

make-OVER..

sambil aku tgh pikir nak mkn apa td, aku main natang mekap2 ni..
memula guna muka aku. last2 dah rasa cam nyah plak.
so kensel..
hahaha..

supaya takdak sapa yg kutuk aku, aku guna muka anak menakan aku..
lebih selamat..
hehehe..



cewah..
kalau mak dia tgk ni, mesti rasa nak hantar dia pegi tomtombak dgn rupa camni..
hahahaha..

>> kelaparan.. menggigil..

Wednesday, 2 December 2009

nak makan..

aku dah buntu nk mkn apa..
makanan apa yg aku lalu ni weii..

blasah makan jambu batu ngan serbuk asam plak..
walaupon org kata jambu ni berangin..
lantak pi la..
bkn aku tgh berpantang.. <-- ayat mak aku..


sila berikan cadangan anda..
mungkin aku buleh mencoba..
huuu~~~~

>> jeles tul tgk org makan nasik.. tensi jap..

Tuesday, 1 December 2009

Alone..

cerita sket pasal balik raya haji haritu.
sblm ni aku tak lalu mkn..
tp raya haritu selera makan tiba2 menjadi2..
aku makan suma ni dalam 1 hari..
- sejemput nasik dgn daging korban cicah air asam
- laksa
- menyicah jambu dan asam cakuk (asam jawa muda yg dipetik dari pokok)
- murtabak sebiji
- roti canai 2 biji

mlm tu aku senak perut. plak tu tidor kt umah ibu mertua.. yg tandasnya kt luar sana.. walaupon tak rasa nk 'membuang', tp kena gak standby. rasa nak muntah pon ada sbb angin. aku dah macam gila kt bilik. nk kejut encek hasben mcm tak tergamak plak (eh.. bleh ke camtu?).

last2 aku dah macam wat latihan kebakaran. makanan dah smpai ke tekak dah ni. cemas. nak ke bilik air ada 3 pintu yg berkunci. 1 tangga. dgn umah yg bergelap. dgn aku tak tau camna nk bukak pintu2 tu.. last2 sempat gak aku muntah kt bilik air. mujur aku tak jatuh kt tangga tu.. huhuhu.. amazing race. mmg berpeluh aku pada malam yg sejuk gila babas tu..

subuh tu, cerita kt encek mohd hasben.. dia ckp apsal tak kejut dia. ntah. sbb tgk dia sedap tidor smpai rasa tak tergamak nk kejut.. adeh..

tamat cerita psl makan tu.

ni cerita psl nk blk shah alam plak.. disebabkan aku berbadan dua (alasan ni), kita bagi org yg gagah la bawak keta. fes taim dia drive jauh2 ni.. dan lama. mana tak nya. jem luar biasa. dari bkt merah ke RnR sg perak je dah amek masa 6 jam. sepatutnya sejam stgh je plg lama pon.. sian laki aku kena bawak keta manual mcm dok dlm jem dlm KL selama 6 jam.

"abg rasa jari kaki dah ilang ni.."
"sabar... nak tukar driver ka?"
"tak apa lah.. sat lg.."

sejam lepas tu..

"rasa kepala lutut plak ilang.."
"huhu... jom la kita tukar.."
"tak apa lah.. sat lg.."

rupanya sebab jem adalah org Q nak masuk RnR tu. gila apa.. dah padat dlm tu pon nak masuk lagi ke? gila Q nak masuk RnR smpai lebih 60km.. aku yg takdak kena mengena dgn RnR tu pon kena Q smpai kt Penang nu.. last2 kami travel dari kedah smpai shah alam dkt 11 jam... 11 JAM ok...!!! smpai umah kul 2 pagi..

smpai je kt rumah, encek mohd hasben kemas2 barang dia.. packing.
nak ke mana? ok, kena belayar ke Lumut stat Isnin (semalam) selama 2 minggu..
hwaaa...

tp tak apa, kakak ipar baru dah ada kt rumah.
sgt rajin memasak dan mengemas..
:)

>> smlm pi check-up.. nk wat kad pink tu plak.. tah bila..