Tuesday, 7 April 2009

emo di hari selasa yang hujan..

pagi-pagi lagi mood aku dah spoil..
sebab apa?
sbb aku smpai opis lmbt..
8.36..
kampeni hanya allow 5 minit lewat saja..
mean, smpai 8.35 je..
bila masuk 8.36, anda akan dicop lewat..
apsal aku lewat?
sbb ada beberapa biji kereta yg bapak lembabnya..
aku xtau dia nak pi kerja atau nak bercinta dlm kereta..
(bak kata Mr.A, "dia tgh picit jerawat sambil drive tu..")

dah la harini aku kluar rumah seawal 7.45 pagi..
(biasanya kuar kul 8)

sebab apa aku jadi bengang?
sbb aku dah dapat bos baru..
bos kepada bos aku..
sgt super cerewet ok..
dia hanya mementingkan attendance..
lps tu ko nak ngulor smpai ptg pon dia tak amek port..
sbb tu yg dibuat oleh staff dia..
demmm..
aku lmbt seminit je..
pahtu buat keje smpai ptg..
huh..

ok..
pahni kalau aku kena buang keje..
korang dah tau la sebabnya..
~emo~

>> malas dah nak wat keje..

Monday, 6 April 2009

saya mengantuk di ofis..

sekadar selingan..

sebelum..

selepas..

ok.. 1 bab penting dah selesai..
kita ke bab seterusnya..

>> ngantuk giler harini..

Friday, 3 April 2009

dah hujung minggu?

memandangkan esok adalah hari minggu, adalah baik jika anda mengemaskan bilik sendiri.. kepada yang rasa bilik dia mcm tongkang pecah, elok2 la kemas.. bawak2 la lipat baju yang ada selonggok tu.. dah macam kedai dobi plak org tengok.. tak pon, dah jadi mcm penempatan org endon. huhu..

pahtu kalau agak2 almari tu dah sarat, kini dah tiba masanya untuk memilih baju2 yang berkenaan sahaja untuk disimpan. kain baju yang layak dibuat kain buruk tu, bleh la buat lap lantai bilik yang basah akibat bumbung yang bocor tu. eh.. ni rumah batu ke rumah kayu ni? konpius lak cerita aku ni..

kendian, kalau ada masa lebih sket, frame tingkap tu elok la repaint.. dah reput nampaknya. ada org ke tak kt umah ni? mcm rumah tinggalan pon ada.. hishh.. teruk betui la..

eh.. aku cerita pasal bilik sapa ni?

err.. sekian je la..

nota kaki:
things to do..
1. servis keta..
2. wrap door gift <-- sapa rajen, mai la tgk.. mai tgk je..
3. pi facial.. <-- tiap2 minggu aku buat.. puas ati aku.. haha..


>> sat je dah abih seminggu.. ish.. ish..

Thursday, 2 April 2009

insuran nyawa..

harini saya nak cerita psl nak memperbaharui insuran nyawa encek BuJaL yang dikasihi (sblm aku menduakan beliau)..

entry kali ini khas kepada mereka-mereka yang bajet hebat di jalan raya tetapi tak reti nak renew insuran kereta dan road tax macam aku.. jika anda orangnya, teruskan membaca.. kalau dah reti, p belajar parking keta kt column tengah tu..

ok, ini adalah tahun kedua saya nak renew insuran nyawa encek BuJaL. tahun lepas ada orang lain tolong buatkan. taun lepas saya guna takaful ikhlas (if i'm not mistaken).. ingat taun ni nak tes etiqa.. (bleh tes² ke?) so kali ni ingat nak buat sendiri sbb nak tau camner insuran itu dibuat.. (ayat mcm jiran sebelah daaa..)

selama ni saya sendiri tak tau apa yang dikaver dlm insuran tu. yg saya tau cuma bawak dan hantar pi servis setelah nmpk ada tanda2 bermasalah (kes tak brapa nak ikut schedule la ni).. setelah membuat sedikit tinjauan secara maya, mai saya terangkan serba sedikit cara merenew insuran kereta dan road tax.

1. First you need to renew the car insurance : Step 1 to 4

STEP 1 : Tell your agent the Sum Insured (RM), Car cubic capacity (CC), Car Year Made, Your age, Past 2 years claim's experience, NCD (No Claim Discount) NCD details , Car Made ( Proton, Honda), Car Model (Wira 1.3 A, Accord 2.0)

STEP 2 : Optional coverage like Wind Screen, Audio, Flood, Riot, Legal Liability and etc

STEP 3 : Car registration details (kindly follow the JPJ Registration details)

  • Vehicle Number / No. Pendaftaran Kenderaan - (eg WHU 1234)

  • Vehicle Registration Card Number / No Siri - (eg 8204123)

  • Owner's detail / Pemunya - (eg Name, IC Number, Mailing Address & Contacts)

  • Engine and Chasis Number / No. Enjin dan Chasis - (eg 5S-1234567 / eg 53SK200X712345)

  • Engine capacity / Keupayaan Enjin - (eg 2164 S.P)


  • STEP 4 : Your correspondence and payment details and wait for your agent confirmation advice by e-mail and SMS

    STEP 5 : e-Cover Note will be issued and sent to JPJ online upon clearance of payment. You wil receive a copy of the ecover note via e-mail or by post (upon request). Your car is insured once the e-cover is issued.(During working days the estimated time to issue an e-cover is around 15 - 30 minutes)

    2. Once you have renewed your car insurance, you can renew your road tax by the following method

    METHOD 1 : At the nearest Post Office or JPJ Office (for those who are holding the JPJ Registration Card)
    METHOD 2 : Inform the Bank to renew your road tax. Some bank will debit the amount to your loan repayment
    METHOD 3 : Get assistance from "runners" to assist you.
    METHOD 4 : Log on to JPJ online system

    Note : Kindly make sure there is no outstanding traffic summon!!

    ekceli ini aku copy paste dari web ni.. dia provide service utk renew insuran. kalau korang pi sendiri tempat insuran tu, ada beberapa item kt atas yang tak perlu dibuat.. piker la sendiri.. letih plak nak eksplen.. hahaha..

    ok, seterusnya.. camner plak nak kira value insuran yang sepatutnya dibayar? oh.. very the kacang pis..
    mai masuk sini plak --> pengiraan jumlah derma kt insuran kampeni
    adehhh..

    pada pandapatan saya, additional coverage utk windscreen (cermin keta) amat penting.. kot2 cermin terkena batu ke kan.. jangan plak saja2 baling batu kt cermin sbb nak bagi pecah.. tu ibarat memecahkan tabung bank anda.. cuba try test la kalau berani..

    kepada yang ada pengalaman dan tips2 berguna, bleh la kongsi2 kat sini.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..
    dan jangan pula dijolokkan.. ahaks..!

    ok.. cukup dulu setakat ni.
    nak study jap..
    (mana nak stat dulu ni..?)

    >> aduyai.. time tgh pembajetan ni plak la nak kena servis keta.. ada sapa yg baik nak derma? hehe..

    Wednesday, 1 April 2009

    1 haribulan empat..

    harini April Fool..
    esok pon masih April..
    20 hari akan datang pon masih April..
    (aku tak pasti apa yg aku cuba perjuangkan kt sini)

    ---------------------------------

    anda ada banyak masa terluang?
    ingin mencuba sesuatu yang baru?
    ingin menjadikan muka korang lain dari yang lain?
    nak lebih kacak? atau menjadi lebih lawak?
    ini mungkin menjadi satu kaedah mengisi masa lapang yang agak keterlaluan tp agak menarik.. mungkin korang bleh cuba teknik camni.. oh yaa.. pastikan anda ada duit kertas dari negara-negara lain.. duit syiling pon bleh kalau ada gambar raja kt situ.. tu pon kalau korang hebat nak lipat syiling tu..

    gudlak..












    hahaha.. mengong je.. aku tau QS frim ni tp aku takleh trace sapa yg aku penah deal dlm kampeni ni.. aku dpt gambar ni dari email..

    >> aku takleh bukak blog lepas jam 9pg.. kampeni block blogger.. tensen je..