Tuesday, 8 January 2008

Hantaran Calculator..

tadi aku dapat calculator ni.. aphied bagi kt aku...
apa kata korang try..
(especially for single woman la..)

meh try kat SINI..

result aku berbunyi camni..
(poyo sungguh pi display kt sini.. haha..)

Thank You for using this calculator.

Based on the matrimonial information you have supplied and considering prevailing economic conditions, your Hantaran would be $9,000..
tu diaaaa... aku tambah lagi $ 1,000 untuk service tax menjadikan ia $ 10,000.. haha.. btw, ringgit malaysia ke, US dollar tu? hahahaha..
ada sapa berani? hahahahahaha...

>> bleh caye ni.. haha..

al-kisah no plat..

pada hari ini, saya akan menceritakan sejarah wujudnya nama encik BuJaL memandangkan beberapa orang masih lagi bertanyakan mengenai beliau. hensem sangatkah beliau sehingga kini org masih bertanyakan tentang dia..? hmm..

al-kisahnya begini.. (sambil pejamkan mata dan flash back ke situasi itu seperti cerita2 filem seram shuhaimi baba..)

pelopornya, merupakan abang sulung tuan punya blog ini.. mempunyai sebuah kembara bernombor plat BGN. maka, beliau menamakannya sebagai BaGaN.. oleh kerana ketika itu, kami sekeluarga hanya mempunyai BaGaN dan sebuah kancil milik emak yg dinamakan oleh emak sebagai KANCH (nama komersial ala2 MERC), 2 buah kereta ini menjadi rebutan kami sekeluarga, termasuklah emak..
"mana BaGaN?" tanya aku..
"mak bawak pi masjid..," jawab org lain..
mesti la aku takleh nak pi sbb org lain dah kebas dulu.. dan cerita ini mesti la zaman aku jadi student dulu.. huhuhu..

setelah aku bekerja, dan memerlukan kereta untuk pergi kerja, aku dan pelopor tadi, pergi ke Perodua untuk membeli Myvi.. ketika ingin membuat pemilihan plat no, abg bertanya kepada salesman..

"sekarang ni, plat no selangor dengan KL ape yer..?"
"kalau selangor, BJL.. kalau KL, WQB..", jawab salesman itu..
"haa... pilih la. nak BuJaL ka.. WaQoB..", tanya abg kt aku..
hahahahahahahaha... WaQoB.. huduh sungguh.. hahaha.. maka, aku terpaksa memilih BuJaL memandangkan ia lebih sedap di dengar dan senang diingati oleh orang lain.. ngehngeh...

senang kan nak ingat? bila ingat BuJaL, mesti semua org ingat kt aku kan..? hahahaha..

tapi, ada sesetengah org lebih suka manjadikan plat no itu sebagai singkatan yg lebih bermakna, seperti yg pernah diceritakan oleh project manager opis lama kepada aku..

"dulu aku takdak duit nak beli kereta. pahtu mak aku kasik dulu utk downpayment.. tp kereta itu pakai sama-sama la dgn adik beradik lain.. mmg kebetulan no plat dia stat ngan WGK which is stands for "Wang Gabungan Keluarga".."

"kemudian, dah lama2 kerja, beli kereta lain plak.. dan kebetulan lagi no plat stat ngan WKS iaitu "Wang Keringat Sendiri".. hehehe..", kata beliau lagi..
hmm.. sounds better kan..? hehe..

apapon, tu semua tu nasib la.. kalo dpt huruf bes2, mudah nak pronouncekan.. lagipon, saja untuk seronok-seronok..

kesimpulannya, BuJaL jugak yg bes.. hahaha..

>> BuJaL dah cacat.. aku ingat kena lumpur kt tepi bawah kete tu.. rupanya kena simen.. patut basuh tak kluar2.. tah mana datang ntah.. nak kena gosok dan cat smula.. cis kek btol.. huhuhu..

Saturday, 5 January 2008

Ketulusan Hati..

by: Anuar Zain..



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu..


pehh.. jiwang abih lagu ni.. layangggg...

>> part comment tu dah di edit.. ambik dari host komen yg dulu.. sila lah komen sampai muntah..

Wednesday, 2 January 2008

my office - episod 1..

u know what?
(p/s: QS students, do not continue the sentence introduced by Ramzan aaa..)

today i realize on something..
i HATE the clocks..
tak kira la, kt dinding ke, kt tangan sendiri ke, kt kompiter ke..

asal pandang, baru gerak 2 minit, pandang lg, baru gerak 5 minit..
rasa mcm nak buang je suma jam2 itu..
tertekan plak aku..

sbb..

harini aku takdak kerja langsung..!!
supervisor aku tak mai..
dia cuti..
huhuhuhuhu..

maka, aku mengantuk tahap gaban..
gaban pon tak ngantuk macam aku ni..
huhu...

lambat tul kul 5.30..
terpaksa apdet blog kt opis..
hahahaha..

>> seronok btoi kalau buleh landing ni.. huhuhu..

Tuesday, 1 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008.

alhamdulillah.....
bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan keizinan untuk menjejakkan kehidupan dalam tahun 2008 ini..

banyak kenangan pada tahun 2007..
suka, duka, gembira, sedih, kejayaan, kegagalan..
semuanya ada..
apa yang berlaku, semua adalah ketentuan dari Allah..
menerima itu sebagai ujian dan takdir kepada diri sendiri..
apa yang baik itu, dijadikan memori yang indah..
sebaliknya, dijadikan panduan pada masa akan datang..

dan juga..
terima kasih kepada para sahabat yg tak jemu membantu..
memberi dorongan dan semangat untuk apa saja..
walaupon pada luarannya, kelihatan tabah..
tapi, di dalam..
tiada siapa yang tahu..
hanya Dia yang Satu..

dan kini..
aku mengharapkan cahaya akan lebih menyinari kehidupan ini..
lebih bersinar dari tahun-tahun yang sebelumnya..
dan semoga 'cahaya' itu akan sentiasa memberi sinarnya..
hingga ke akhir hayat..

InsyaAllah...

>> smiling..