Wednesday, 5 December 2007

Jom jadi lecturer plak..

akhirnya aku jumpa gak cara nak jadi lecturer kat politeknik.. dah berkurun aku explore info pasal tu.. last2 ada gak insan yg prihatin.. hehe.. tengkiu kt Along Bukit Beluntong sbb bgtau pasal ni.. jom la ramai2 jadi lecturer weh.. haha..

click kt sini utk permohonan online..

bukan kat poli sahaja, kolej komuniti ada gak.. yg besnya, kita bleh pilih tempat kt mana yg kita mau.. hm.. tp biar betul depa ni.. takkan semudah itu kot.. huhuhu..

aku apply gak walaupon nak masuk Opus dah ni..
cuba.. jgn tak cuba..
hehehe..

>> memula kecewa.. pahtu tak kecewa.. <-- tahapa2 punya feeling.. haha..

Tuesday, 4 December 2007

Khadijah dan Husna..

aku saja nak tes guna kamera henpon aku ni..



ni kisah seorang batman kanak2 pompuan bernama mak lijah, menyadai pakaian dan seterusnya membantu adiknya keluar dari penjara kayu.. (pahtu kena se das ngan aku sbb jauhkan henpon aku kt lantai.. tp tiada dalam video.. biasa la, aku kan makcik tiri.. mmg camni.. ekekeke..)

ni cerita adik khadijah plak iaitu Husna.. mmg pe'el dia suka menangis depan pintu bilik air.. sambil bertepuk tangan. ntah sedih ke suka tu tah.. lebih2 lagi kalau mak aku yg masuk dalam tu.. macam batu belah batu bertangkup.. aku masuk tak plak jd camni.. cisss..



>> ok la tuu..

Monday, 3 December 2007

Perlu Kamu..

By: Ajai & Krisdayanti




Ajai:
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Kris Dayanti:
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Chorus :
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari
aku kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup disayangi?

Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Chorus :
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari
aku kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup?.

Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari
Aku kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup disayangi?
Aku perlu
Aku rindu

bes gak.. tp aku tak minat sangat cara Ajai sebut words yg ada 'S'.. meluat plak aku.. hahahaha..

>> dah buat medical check-up.. hm..

Sunday, 2 December 2007

anak menakan aku ke-5

saja nak tunjuk gambar terkini anak menakan aku ke-5 ni..
anak abang sulung..
nama dia Fariz Haiqal..
dulu aku panggil dia 'kueh pau'..
skrg dah macam 'lepat pisang'..
hehehe..

berumor 6 bulan..
berkebolehan dalam bidang merangkak selaju 2 meter bagi setiap 8 saat dan mampu duduk dengan sendiri..

si tak gemuk sangat..

syabas mere betti..

>> sok amek offer letter kt Opus itu..

Saturday, 1 December 2007

Walimah..

Lokasi: Melaka
Majlis Perkahwinan:
1. Syed Mahayuddin dan isteri, Julia
2. Mushi dan Zack
(syed, mushi dan zack adalah ex-coursemate aku masa kat UiTM)

berkonvoi sebanyak 4 buah kereta dan 14 orang termasuk penumpang dan para pemandu, perjalanan bermula pada jam 10 pagi dari sec 7 dan singgah sebentar di rumah aku (ambik aku la tu..). aku tumpang encik Jailani Ishak (bukan nama sebenar langsung) dan turut menumpang beliau adalah Meklong dan An.

setiba di Sekolah Teknik Jasin, sebuah lagi kereta berplat no C** 9006 dengan 3 org ahli menyambung rantaian kereta berkonvoi ini.. rumah pertama yg kami kunjungi adalah rumah pihak isteri Syed. memandangkan rumah syed di Kelantan, dan kami rasakan lokasinya agak jauh, jadi, kami amek kesempatan, pi la yg dekat je..

pengantin berbaju biru muda sedondon.. sama cantik dan sama padan. dah la muka sama je 2-2 org tu.. cam adik beradik plak aku tgk. ehehe.. sayangnya, aku lupa nak amek gambar.. nanti la aku curik kt chekie..

pahtu, gerak ke rumah mushi. apa ntah nama tempat dia tu. tp dah dekat2 tampin.. sempadan melaka - n9 la ni.. sampai dah kul 330 ptg. kerusi2 meja pon dah kemas.. ada la sket lg yg blom simpan.. lewat dahpon sebenarnya. tp makanan ada lg. jd, bleh la makan. eheks..

ni ada la sket gambar2 yg aku amek di situ..

para lelaki-lelaki itu..

gadis-gadis jelita plak..

pengantin.. mushi dan zack (baca: abg mus)..

hantaran mereka..

pic ni aku dedicate utk pid..
(kelihatan 'org tua' sedang cuba meng'interframe'kan dirinya..
2 kali amek gambar ni.. gambar 1st tak jd sbb wujudnya kehadiran Ramin seumpama Ju-on.. heh)

pahtu, kami singgah sebentar di Teluk Kemang.. mandi laut? kepada Pid, ko jangan risau.. aku ikut cakap ko. aku tak mandi pon sbb tak bawak baju.. kalo bawak, dah mandi dah.. hehehe.. budak laki siap pi beli short plak semata2 nak mandi.. aku layan ABC dah la..

view dari gerai..

joe, banana boat dan sunset..

melepak dgn berbaju kurung di tepi laut..? huhuhu..

sekian.. itu saja laporan untuk kali ini..

>> bulan ni straight kenduri kawen pada setiap hujung minggu.. huhu..