Tuesday 21 September 2010

pidot's belated birthday..

kata org kampong aku, better late than never..
hepi belated besday pidot..
(terpengaruh dgn entry nomey.. hehe..)

org panggil 'Pid'..
aku suka suki panggil 'pidot'..
macam noma lak..
org panggil 'noma'..
aku panggil 'nomey'..
saje nk bagi jadi klasik sket..
hehe..

pidot umpama 'kembar' aku masa kt uitm dulu.
smpai ada org gelar kami si 'tulang' dan si 'belulang'.
maksudnya 2 org pengurus. bkn pengurus = manager tu.
tp 2 org makhluk yg kurus.
hehe..

di awal pengenalan, dia mmg menyampah kt aku sbb aku suka ikat rambut macam chun li.
dia jeles sebenarnya. hahahaha..

bilik kami kebetulan dok 1 level. aku pon tak sedar bila masa aku stat baik dgn dia. tiba2 dah berkawan. smpaikan dia ni gigih kejut aku bgn tidor hari2 masa nk pi kelas. diulangi.. hari2 ok.. kdg2 dah lewat g kelas, 'terpaksa' kitorg divert perjalanan ke kelas kt bus stop.. apa lagi.. berpeleseran la.. hehe..

pidot mmg kaki shopping. lebih2 lagi masa dapat duit selungguk. dia takleh tgk sale kt vincci. bergulung mata tgk kasut kt situ. tp skrg aku rasa dia dah insap sket kot.

disebabkan dia ni bijak bistari, dia merupakan toyol utama aku masa exam.
result exam mmg tiptop macam lampu liplap.
sbb tu penah dpt keja gomen.
atas sebab ingin bersama suami tercinta, dia meresignkan diri dan tinggal bersama sang suami di Johor..

oleh yang demikian, sempena besday beliau yg ke 27 ni, aku doakan sang pidot dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan, berbahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat serta dikurniakan anak pompuan pulak pahni supaya bleh main mekap2.. hehehehe..

pidot, semoga ko temui apa yg di cari..
amin...


>> bakal besan ke.. haha..

No comments: