Monday 30 January 2006

Maal Hijrah 1427h

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Jadinya, sempena tahun baru Hijrah ni, aku berazam nak berhijrah utk menjadi lebih rajin, berilmu, beriman dan beramal.. (macam logo skolah je ni) InsyaAllah..

Aku ada ingat lagu hijrah yg biasa aku nyanyi masa masuk pertandingan nasyid kat skolah dulu.. dan semestinya aku bkn solo.. ;P

Satu muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu,
Mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…

(lagu ni aku keluarkan dr kepala aku.. kalau salah, sila betulkan..)

>> Hijrah!

No comments: