kira2 2 minggu lepas, kunci keta abg aku ilang.. master key beliau telah pon ilang sejak azali.. kali ni spare key plak yg ilang..
elok la tu..
lantas semua org insaf geledah umah sekaligus mengemaskan umah setelah sekian lama tak buat camtu.. bkn maksud aku dah lama tak kemas umah, tp cara yang dibuat adalah berlainan dari biasa.. ya la.. elok2 almari tak pernah berganjak, sampah bawah lemari pon dah kena sapu.. siap jenguk kt longkang tepi, dpn & blkg umah.. semua bilik digeledah seperti pulis mencarik bahan bukti. gara-gara, ingin mencari kunci yang hilang..
lebih menarik lg, pada hari ilangnya kunci itu, aku telah membeli pati prun seperti yang pernah diceritakan dulu.. balik sahaja dari opis, aku letak pati prun td kt atas lemari kitab mak aku.. maka berkerumunlah 2 kanak-kanak rebena itu kerana ingin melihat hasil yang telah aku bawa pulang.. aku biarkan saja sbb nak makan nasik.. ("kita mesti makan nasik..")
lepas mkn tu, aku terus naik atas membawa barang yg dibeli td.. dan harini, aku nak buang plastik prun tu sbb isinya dah abih.. ges wat.. kunci keta dia dalam tu.. hasil dari sorokan kanak-kanak itu 2 minggu yg lalu.. kwang3..
syabas.. aku telah menjumpainya..
yaa.. dijumpai setelah dia menukar set kunci yang baru bernilai RM1300 kira-kira 2 hari yang lalu..
tahniah..
hahaha...
>> beringat sebelum kena..
No comments:
Post a Comment