Monday, 12 January 2009

Hancur Israel..

kisah harini..

Keputusan boikot barangan Amerika hak rakyat: TPM

KUALA LUMPUR: Keputusan memboikot barangan Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap sikap Washington membiarkan Israel terus menzalimi rakyat Palestin, adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang ketetapan, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk bertindak sebagai pengguna.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah pemboikotan agak kompleks kerana ia akan membabitkan ahli perniagaan tempatan yang menjalankan perniagaan secara francais barangan Amerika Syarikat

"Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut membabitkan aspek perniagaan tempatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

sumber: sotkabar, 12 Januari 2009
ooohhhhhhhhhh.. macam tu rupanya..

>> sapa berminat nak bg idea apa2 kt aku, bleh hantar offline msg kt YM yep.. tima kaseh.. (tingtong)

No comments: