Wednesday, 27 February 2008

sabar = bawak bertenang..

harini perjalanan aku pulang dari tempat kerja ke rumah mengambil masa selama 1 jam 15 minit berbanding hari biasa iaitu, 20 - 25 minit sahaja.. awat..? mai sini nak habaq bagi kt hangpa.. bersama-sama ini disertakan cerita bergambar, eksklusip untuk tatapan para peminat..

hari ini hujan telah turun dengan lebat di sekitar lembah klang..

federal highway jem 8 juta kali ganda dari biasa..

pahtu jem ni menjadi-jadi sbb ada road & bridge construction especially jalan nak ke subang..

tak lupa juga, sumbangan encik traffic light kepada pembangunan jem di lembah klang ni..

..dan kenderaan berat ni.. dah la BuJaL gak.. cisss...

berlaku sedikit sesalan tak sudah terhadap pembelian kereta bercirikan gear manual ni.. terima kasih kerana menyebabkan lututku menjadi krem..

kebosanan melanda..

walaupon dah nk sampai rumah, tp masih jem jgk..

sampai rumah, bumbung kt bilik bocor plak.. bilikku banjir.. adehh..

..dan akibatnya.. kaki almari dah kembang semangkuk..

terpaksa mengemop dan alihkan almari.. dan aura rajin pon muncul secara tak semena2..

hasilnya...

kaktus2 ni pon gembira nampaknya hidup kt bilik ni..

muka puas ati walaupon tensen bukan lagi tahap gaban, tapi dah smpai tahap otromen taro..


sabarrrrrrrrr...... nak pahala tak?

sekian sahaja coretan saya untuk kali ini..
wabillahi taufiq walhidayah..
wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

regards,
che poonz waz here.. <-- conteng kt dinding..

>> kawan2 jemput la datang bilik saya yg kemas & bersih ni..

No comments: