Wednesday, 13 February 2008

marilah.. marii....

bagi yang tak tau hal-ehwal semasa negara, mai aku bagitau sket cerita hari ini..
(ceyy.. padahal aku pon tau dari org gak.. kehkeh)

hari ini pembubaran kerajaan telahpon dibuat.. antara petikan dari Utusan Online..

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

so, soklan cepumas aku pada hari ini, siapakah yg mentadbir negara bagi menggantikan kerajaan yang dibubarkan itu sehingga perlantikan baru (mengundi) nanti?

sape bleh jawab dengan tepat, akan mendapat tiket percutian ke destinasi terpilih yg disahkan oleh tuan punya blog.. baik tak aku?
ape lagi.. jawab la.. jawab...

>> aku dah expert lipat drawing A0.. finally.. T_T

No comments: