Friday, 29 February 2008

sejuta dan tv..

harini rajin tgk tv..
slalu tak rajin..

ni baru pah tgk OIAM..
puas ati aku tgk Ayu tu menang..
sbb aku tak minat 2 artis tu..
lagu dia nyanyi tu pon sedap.. bleh fight jac ni.. :P
elok gak la Ayu tu menang, sbb dia mmg dah tekad nak upgrade kehidupan family dia.. mebi pahni dia buat resort la kot utk family dia dok.. hehehe.. mampu whattt..

ish.. nak mintak sket la kt dia.. buat bayar ptptn..
setakat RM 29K tu, apa la sgt kan.. tak luak dari 1.0 mil tu..
huhuhuhu..

pahtu gilir2 tgk raja lawak plak..
dah la sama masa ngan OIAM tu..
berebut remote astro.. hehe..
yg pasti, komfem Nabil menang nanti..
lawak spontan.. spontan pon takleh buat lawak camtu..
cayalah..!
hehehe..

kat opis harini aku kena buat surat berbahasa malaysia.. susah sket sbb dah biasa buat surat in English.. "i sound stupid if i wrote in Malay?".. kwang3..lagipon takdak template surat bahasa mesia.. tgk la akibat dari sms dan ceting pakai short form ni....

apa la nak jadi ni..?

>> tidor awal.. sok main bowling ngan bebudak training..

Thursday, 28 February 2008

Emo..

perkara-perkara tensen kembali muncul hari ini..
jem? salah... salah...
mmg federal jem tp aku ikut saranan An, ikut emergency lane...
hehheheehe~~~~~~

mai aku list... <-- bunyi cam banyak kan.. :P

1. aku tertekan sbb takleh rekues lagu kt dj awie di fungkur.fm sbb YM aku tetiba disconnect pahtu takleh reconnect balik.. <-- ni pon jadik kan.. hahaha..

2. tengah rajin buat kerja, kena kemas barang2 kt meja sendiri plak.. buang barang owner sblm ni.. lantas dah spoil mood buat kerja..

3. keluar opis lmbat sbb bos tanya pasal dokumen yg dia mintak aku check tp aku tak sempat buat.. (ke lupa?) 5.35 baru aku buat..

4. masa main futsal, aku tak mampu nak jaringkan gol walaupon lebih 5 kali peluang muncul depan mata.. mungkin kaki aku dah jadi kerusi (baca: bangku)..

5. bateri tepon kong se kong-kong nya.. kingkong pon tak kong camtu.. (apa aku merepek ni?) nak call sapa2 pon takleh..

6. laki aku (baca: BuJaL) buat hal.. alarm kereta tak function.. so, aku takleh masuk dalam kereta.. macam2 dah dibuat kt natang alarm tu.. cuma blom pijak dan gelek ngan steamroll je.. atau cincang dia ngan blender..

7. dalam hal kecemasan itu, suma orang2 penting yang aku call, suma tak menjawab.. mula tekanan jiwa.. sb baik ada insan prihatin datang memberi bantuan.. terharu..

8. kredit tepon plak abih.. time ni mula la nyesal tak pakai post-paid.. takleh nak call sapa dah.. public phone pon takdak.. sengal~~

9. appointment aku yg penting tu ngan amoi kt KL terpaksa dibatalkan kerana 'kekejangan' BuJaL di lokasi bersukan..

10. bilik aku banjir lagi... tp seb baik ok sket dari smlm...

tekanan jiwa dilaporkan.. roger..!!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

>> thanks Rayer.. kalo tak, mesti aku tgh tido kt tayar BuJaL skrg ni..

Wednesday, 27 February 2008

sabar = bawak bertenang..

harini perjalanan aku pulang dari tempat kerja ke rumah mengambil masa selama 1 jam 15 minit berbanding hari biasa iaitu, 20 - 25 minit sahaja.. awat..? mai sini nak habaq bagi kt hangpa.. bersama-sama ini disertakan cerita bergambar, eksklusip untuk tatapan para peminat..

hari ini hujan telah turun dengan lebat di sekitar lembah klang..

federal highway jem 8 juta kali ganda dari biasa..

pahtu jem ni menjadi-jadi sbb ada road & bridge construction especially jalan nak ke subang..

tak lupa juga, sumbangan encik traffic light kepada pembangunan jem di lembah klang ni..

..dan kenderaan berat ni.. dah la BuJaL gak.. cisss...

berlaku sedikit sesalan tak sudah terhadap pembelian kereta bercirikan gear manual ni.. terima kasih kerana menyebabkan lututku menjadi krem..

kebosanan melanda..

walaupon dah nk sampai rumah, tp masih jem jgk..

sampai rumah, bumbung kt bilik bocor plak.. bilikku banjir.. adehh..

..dan akibatnya.. kaki almari dah kembang semangkuk..

terpaksa mengemop dan alihkan almari.. dan aura rajin pon muncul secara tak semena2..

hasilnya...

kaktus2 ni pon gembira nampaknya hidup kt bilik ni..

muka puas ati walaupon tensen bukan lagi tahap gaban, tapi dah smpai tahap otromen taro..


sabarrrrrrrrr...... nak pahala tak?

sekian sahaja coretan saya untuk kali ini..
wabillahi taufiq walhidayah..
wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

regards,
che poonz waz here.. <-- conteng kt dinding..

>> kawan2 jemput la datang bilik saya yg kemas & bersih ni..

minuman berkhasiat..

pernahkah anda terfikir, air milo yg panas yg mampu melecurkan trakea dan saluran esofagus (btoi ke terms aku guna ni?) buleh menjadi sejuk dalam masa tak smpai 15 minit.. dan semestinya ia berlaku bukan di negara 4 musim atau di rumah iklim 4 musim kt bukit cerakah tu..

ini bukan cerita tipu.. ia cerita benarrrrrrrrrrrrr... tiada yg tidak benar melainkan yang benar belaka.. (sore hantu ngilai sebagai background sound..~~)

ni cerita kt ofis aku.. (ofis lagi.. nak muntah dah crita hal ofis..)

ceritanya bermula begini.. (lagu2 kitaro plak berkumandang)
tea lady biasa menghidangkan minuman pada jam 8.25 - 8.30 pagi.. of kos aku masuk ngam2 8.30 atau lebih.. ahaks..

pada suatu hari yg hening, sampai je opis, aku buat kerja dgn rajin dan saksama.. pahtu baru teringat mug berisi milo tu.. lantas aku teguk 'beliau' jam 9.00 pagi.. dah macam milo ais.. spoil sungguh.. pahtu, untuk kepastian, aku pi la toilet sambil jenguk kt luar tingkap toilet..

"ooo... aku kt KL lagi rupanya.. ingatkan ofis dah berganjak ke kutub utara td.."

sejuk tahap gaban tul opis ni.. gaban pon tak sejuk camni..

skrg ni aku bela kaktus yg rupa macam anggur.. bawah tu gambar 'cik angtus' (anggur kaktus) tu.. nak describe pon tak reti.. tgk je la.. rupa dia cam anggur kann.. kakak aku beli kt cameroon haritu.. harap2 serasi dan gembira la dia dgn suasana 'cameroon celop' ni..

cik Angtus dan rakan baru beliau, encik kelendar..

agak2 lapar, aku makan je la kaktus ni.. macam sedap je tgk..

ewahh.. ewahh..
>> 4 cawan milo sehari.. 2 kali tealady buat.. 2 kali aku buat.. tak lama lg jadi budak milo.. :P

Tuesday, 26 February 2008

aneh..

coklat @ opis @ OPUS.. hehe..

aku baru perasan.. aku dah buang tebiat harini dan beberapa hari yg lalu..
apa aku buat?

isi masa lapang kt opis dengan makan COKLAT..
diulangi... COKLAT..!!
adakah aku telah menjadi mereng..?
atau hampir bertukar menjadi gaban Z..?
atau mungkin iguana tu dah menguasai diri aku selepas tournament futsal..?

aku pon xtau..
layan je la..
huhuhuhu..

>> mari bersukan.. yeahh..

Monday, 25 February 2008

aku dan klon puan sabariah..

pada suatu tengahari yg indah, seperti biasa, acara penggosipan berlaku ketika makan..
berkata seorang makcik yg merupakan seorang secretary ni..

"F, bos ada ckp tak nak ajak g meeting kt Johor?"
"takde pon.. nape?"
"ooo.. dia blom cakap kot.. dia nak g meeting tp takde org nak temankan dia.. N dan S pon takde..", ujar makcik itu..
N & S adalah org penting meeting tu jgk.. setanding bos aku la..
"haa.. nanti2 dia ckp la kot.."
"bila dia ckp tu?", tanya aku balik..
"tadi.. dia kata, elok ajak awak.. awak pon bleh drive.. kan jauh tu.."
(oho.. nak suh aku drive la tuuu...cesss...) - ujarku dalam hati..

wowowo.. wait a minute... tetiba terpikir..

aku?
g johor?
meeting?
ngan BOS?
berdua?
- (dia pompuan aa.. saje bg saspen.. hehe..)
naik kereta dia?
nak suh aku drive?

better dia pikir 8 kali lg..
sbb kereta dia adalah................

compressor.

sekian, terima kasih..

uhukkkk..uhukkk.. (tercekik tulang aku pahtu..)

>> harini bergabung tenaga ngan bos buat kerja.. rasa cam siap thesis bila cost plan aku siap.. fuhhhh... mencabar btol la..

Ye ke..?



hehehe.. depends...

>> mood malas kerja..

Saturday, 23 February 2008

aku dan futsal..

harini aku join tournament futsal kt UM. nama team aku Yuhoo.. beh tak? hehe.. ada lagi nama team bes2 dan pelik.. setiap kali urusetia panggil nama kumpulan (especially team budak laki) untuk masuk main, keje gelak je sume org..

"perhatian kepada Team Meet Uncle Awam dan Kenderaan Berat, sila bersedia di gelanggang 1"..
"perhatian juga kepada Tanah Melayu dan Apa-apa Pon Tak Boleh, sila bersedia di gelanggang 2"..
kahkahkah.. hampeh sungguh nama team.. aku membayangkan lori masuk kt court bila dia panggil Kenderaan Berat masuk utk main.. hahahaha..

ni sebahagian gambar sepanjang perlawanan..

posing dulu..

dgn An..

dgn goal keeper = president kelab sukan kampeni aku..

memegang iguana yg berkeliaran tepi court..

tgk la besar mana iguana tu.. huhu..

gambar team..

layan ABC pah game..

ada cerita panjang, nanti aku tulih.. ngantuk plak.. layan je la gambar2 tu dulu.. huhuhuhuhu..

>> dah flat..

Friday, 22 February 2008

pulau la pulok!

wahai para sohabat, rombongan ke tanah tinggi yg tak berapa tinggi itu dibatalkan kerana tempatnya terlalu romantika di tampoi.. walaubagaimana pon, la tahzan ya sohabati.. pihak pengurusan (ntah sape) dah mendecide (ske2 dia je.. gila kuasa tul..) untuk menganjurkan lawatan berbayar ke pulau pangkor pula.. err.. aku tak penah pi lg la pangkor.. (malu sungguh.. ahaks..)

tempat menginap adalah di PANGKOR BAY VIEW.. butir2 tempat penginapan adalah seperti beikut..

Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island
Ciri-ciri istimewa: kolam renang (untuk hantu air), dewan (not applicable)
Bilik lengkap dengan aircond, tv Astro dan bilik air (hot & cold shower)

rate untuk Family nye bilik (kalau ramai sgt la kan..) dalam RM 180..
ok aa tu..
untuk keterangan lanjut, boleh la masuk kt SINI..

kiraan kos utama (tak termasuk aktiviti berbayar kt sana) bagi 5 orang (contoh je..) adalah seperti berikut..

Bilik = RM180 / 5 = RM35/head
Feri = RM10 x 2 hala = RM20/head
Cab dr jetty to resort = RM15 x 2 hala = RM30 / 5 = RM6/head
*Makan (spjg kt pulau) = RM40/head
Minyak kete = [RM60 / 5] + 10% profit & att. [Owner] = RM15/head

SO, TOTAL is RM 116.00.. after round-up = RM 120.00/head

[*dinner (RM20) + sarapan (RM10) + lunch (RM10) = RM40/head]

cadangan untuk bertolak adalah pada 1 mac, jam 2.30 petang..
so, kalau ada cadangan yg lebih bernas, sila bagi feedback seberapa segera...

dah macam tourist guide plak aku ni.. hahhahaha..
mari.. marii.. pegi pangkor...
hahahahahahaha.. <-- mengong!

>> sok tournament futsal @ UM.. fighting!

sainbod kt epot klate..?

an email kt aku gambar ni tadi..



ni sume tipu nehh.. hahahahaha..
kalo btol2, tobak ore luar tok pehe ni..
ahahahaha..

kalo ada hotel, agak2 dia tulih ape..?
aku rasa, "ngatuk mate".. <-- sbb ni je yg aku tau perihal tido ni..
hahahaha..

>> keje la wei, ape apdet2 blog plak ni.. huhu..

Thursday, 21 February 2008

jalan2 carik pasal..

merujuk kepada minit mesyuarat ahli mesyuarat tingkap yg diadakan di seksyen 24, shahalam tatkala dihidangkan makanan yang lazat lagi berpatutan, satu rombongan meminang membuang masa dan wang ringgit akan diadakan pada 1 dan 2 mac ini..

tempat yang dicadangkan adalah tempat yg sejuk beku lagi dingin seperti salju.. (nmpk gayanya, tak mandi la aku nanti..).. dan tak semena2 aku plak yg kena buat research pasal trip ni.. nak info eh? nah, hamekk.. ekeke..


Fraser's Hill..

apa yg bleh dibuat kt sana? meh baca ayat omputih yg aku copy paste ni..

  • Nature walk with nature guide <-- konon2 laa..
  • Bird watching <-- taman alam pon ada ni wei.. hahaha..
  • Golfing at Fraser's Hill Golf Course <-- jgn lupa bawak set golf masing2 yg waktu kita main dulu tu..
  • Boating and fishing at the lake <-- pancing jgn lupa gak..
  • Jungle walk in the numerous jungle trails <-- pastikan tadak rimau..
  • Conferences seminars, staff meetings and courses <-- mesyuarat SnAC pon bleh buat gak kt sini..
  • Picnics <-- bawak tikar utk golek2..
  • Tennis <-- mass, kena bawak raket kita ni..
  • Nature education at the Nature Education Centre <-- camner tuh?
  • Whitewater rafting <-- sila beli lifejacket bagi yg tak reti berenang..
  • Archery at the paddock <-- ha.. menarik ni..
  • Company's outing with outdoor activities in cool <-- takdak kaitan ni..
  • Mountain biking <-- untuk melenguhkan kaki..
  • Horse riding <-- sapa2 teringin, bleh aa naik..
  • Squash <-- tak layang..

accommodation plak.. ni yg paling murah aku dapat search.. kt Puncak Inn..

  • Economy double with hot shower - RM55 nett
  • Standard double with hot shower - RM66 nett
  • Deluxe double with hot shower and TV - RM77 nett
  • Family/Triple - RM88 nett
  • Extra Bed - RM20 nett

sbb murah sgt, aku rasa cam aneh plak.. mebi sbb rupa dia cam horror sket.. korang tgk je la sendiri kt link dia kt atas tu.. tp kalo korang tak kesah, aku on je.. hahahaha..

ataupon, Jelai Highland Resort ni.. nmpk cam cantek sket.. rate weekend dia (termasuk breakfast untuk 2 org.. aku la salah-sorang tu.. haha..) camni plak..

  • Standard room (2 single beds)- RM110 nett
  • Deluxe room (1 queen bed)- RM130 nett
  • Family room (1 queen bed, 1 single bed) - RM180 nett
  • Extra Bed - RM30 nett

so, amacam? pilih2.. nak yg RM 500/night pon ada.. siap duit je la..

sapa2 yg biasa g bukit fraser tu, bgtau la sket apa yg ada kt situ, bes ke idak, berbaloi ke tak, menarik ke tidak.. dan sewaktu dgnnya.. okey..?

>> sok aku cuba carik tempat menarik lain plak utk dicompare.. korang bayar fees kt aku 15% dah la utk buat research.. hehe..

Wednesday, 20 February 2008

program main bowling..?

pagi tadi aku lmbt g kerja.. tp aku melencong ke bank dan meng'sms' akak secretary..
"g bank jap.. masuk lmbt sket.." <-- cara2 mengkaver.. hahaha..

dia balas ckp OK.. hah.. lega aku.. sku smpai kt bank, tak bukak lagi.. ada plak bank bukak kul 9.15.. lmbt tul.. aku pi check rekod pembayaran duit kete memandangkan asek bayar kat cash deposit je.. kang tak terekod plak.. mampos aku.. seb baik ada.. huh..

masuk je opis, aku tgk akak secretary takde.. cuti.. nenek dia meninggal.. dia tak kabo pong kt aku.. huhuhhu.. bos plak takdak harini.. so, tak brapa buat kerja sgt , sbb aku dok sakan setup email kt microsoft outlook.. terhegeh2 nak setting.. hehe..

hari ni dapat email dari salah sorg dari 12 orang yg sama2 dalam program training aku ni..

katanya, jom buat reunion (walaupon 1 kampeni, cuma aku je yg dok HQ, 11 yang lain dok kt branch @ kena campak kt project site lain).. so, aku balas la yg aku ni setuju 200% dan mencadangkan utk dibuat kt Midvalley sbb mudah untuk pergi dan dok kt tgh2..

cadangannya nak main bowling dan tgk wayang.. selain dari sesi berkenalan sesama trainee.. dari 12 orang ni, aku sorang QS, lainnya bebudak engineering (civil, mechi & electrical).. masa mula2 masuk, takdak induction ke apa pon.. terus kena cmpak kt department masing2.. tu yg kurang kenal tu.. ada la sorg dua yg aku kenal..

so, ada tambahan peserta program.. kira bukan 2nd batch.. tp batch 1.5.. hehehe.. sbb sorg dia je yg baru masuk.. kira join skali la.. dari email dia yg aku terima, ayat jenis selamber2 dan merapik gak budak ni.. budak civil UiTM.. hehehe..

so, sapa nak join lagi, meh la.. 1 march.. terutama kt 'ezekutip-ezekutip 2 orang tu".. bagi meriah sket nak gelak bila bola masuk dlm longkang... (bajet baguih aa ni..) hahahahaaha... bebudak laki mujur ada 3 org je.. kalo combine gelak diorang tu, mebi takleh lawan ngan gelak aku ni sbb masing2 nmpk 'baik' je.. kunun.. cuma ada sorg la budak bawah umor ni sengal sket..

tu la kerja aku harini.. received email, reply.. sampai kesudah.. tau2 dah kul 5.30.. maka aku pon pulang ke sarang.. hehe..

harini apa kes ntah sejuk sgt opis ni.. terpaksa jalan2 dalam opis ngan stokin merah menyala ni.. dah la baju ijau.. seb baik tak pakai tudung oren.. :P


masa balik, ujan renyai2 tp ada matahari.. tgk cam cantik je awan itu, aku pon snap la masa jem tu.. (macam takdak motif je kan? hahahaha..)


>> mass, jalan2 carik pasal tu 2hb aa.. genting @ PD @ morib @ taman alam..? hahaha..

Tuesday, 19 February 2008

ingin ku toreh muka mu..

halow..
hari ni rasa ingin mencarut tp kalo mencarut berdosa plak..
meh nak cerita, apsal rasa nak carut itu timbul..

pada suatu hari yg indah, seorang gadis telah terjebak dgn jem yg teruk secara tiba2 sekitar lembah klang dan menyebabkan beliau telah lewat ke tempat kerja.. adalah menjadi 1 kewajipan bagi kawasan tempat kerja nya tidak mempunyai parking apabila lewat atau dalam erti kata lain, selepas jam 8.30 pagi..

untuk mengambil langkah mudah, gadis berkenaan memarking kenderaan beliau di suatu tempat yang tidak boleh diparking (line kunin - bagi sapa yg lulus lesen L mesti paham maksudnya..) kerana ingin mengejar masa untuk punch (menggunakan access card) walaupon beliau sendiri tidak pernah melihat sesiapa dikenakan lompat bintang jika lewat ke tempat bekerja seperti yg dilakukan oleh para pengawas dan exco asrama smka kuala selangor suatu masa dulu..

setelah meletakkan barang2, beliau turun kembali untuk membeli roti dan mengalihkan keretanya.. didapati, sekeping surat chenta berwarna putih dari pihak penguatkuasa diselitkan di wiper kenderaannya.. ntah bila masa dia dtg.. sekejap sungguh masa berlalu..

dari mempunyai perasaan ingin alihkan kereta, maka si gadis tadi membiarkan sahaja keretanya di parking kt situ bersama-sama surat keramat tu.. puas hati beliau..

tak semena2 bakal kena 'pau' RM100.. kurang ajar sungguh.. letak jap je.. bkn letak selamanya.. huhuhuhu.. 100 tu buleh makan spegetti kt pizza sebanyak 12 kali tau.. siap bleh belanja kawan2 lagi tuh.. takpon buleh buat basuh kereta untuk 4,5 bulan.. takpon buleh guna untuk topup bayar duit insuran kete bulan 4 ni.. apatah lg bleh topup tepon untuk cakap 3 bulan.. takpon, buat beli kasut futsal ke.. atau bg je kt encik mohd emak.. lagi bagus dari 'derma kilat' camtu..

semoga sistem local authority tu kena serang virus sampai corrupted terus data2 saman tu.. ataupon mamat yg saman td tu terjatuh kt parit, lantas copy saman tu kembang kena air longkang atau di bawa arus deras..

aaaaaaaaaaaaaaaaa.... tekanan kuasa dua..

deymittt..!

>> rasa nak sepak je insan terdekat..

Monday, 18 February 2008

kerjaya dan kawan baik..

merujuk kepada tajuk di atas, bagi anda, antara kawan baik dan kerjaya, mana satu yang anda pilih? kawan? kerjaya? mencabar tak soklan ni?

sbenarnya, tak la mencabar mana pon sbb aku memilih kedua-duanya untuk diceritakan kt sini. senang kan? hehehehe.. sila jangan maki aku, okey.. haha..

ok.. mula2 cerita hal kerjaya.. mesti ramai dah bosan.. patut aku taip kt blog kerjaya aku yg terbengkalai tu kan? tp aku malas.. nanti2 la taip kt situ..

hari ini aku buat keja lebih byk dari biasa.. bertubi dan bertimbun2 bos bagi.. dah suh buat cost plan masjid, cost plan kuarters gov plak.. pahtu check 2 tender document, siapkan VO (variation order - mintak approval kt client kalau ada perubahan samada tambah atau kurang dari harga asal kontrak) untuk 2 projek gak.. pahtu buat surat2 lagi...

suma suh buat harini.. smpai siap sbb dia nak bawak pi johor sok..
aaaaaaaaaaaaaaaa.... tekanan sat..
tp sok lusa dia takdak.. dia takdak = takdak keja.. kerja sket2 tu ada la.. so, 2 hari aku kerja makan biskut meri sambil apdet blog sampai muntah.. bes ke? hehehehe..

cerita kedua dalah mengenai kawan baik sayam.. oppp.. saya.. hehehe..
tersasul plak.. menaip pon bleh tersasul ye puan2..

hmm..
dia bernama Noma.. (bukan nama penuh)
mak dia bernama Normah..
adik dia nama wani..
umor wani 6 tahun..
wani ni peramah.. comel plak tu..
pada suatu hari, wani kan... eh.. apsal aku citer pasal wani plak ni?

yer.. berbalik pada cerita cik Noma kita ni..
dia keje ngan developer kt kuantan skrg..
pada satu hari, dia bagi link blog dia kt sayep..
jom serbu wehhhhhhhhhhhhhh...
hahahhaha..

noma, kamera, beg tangan dan tong sampah.."haii.. nama saya Noma..
saya masih single tapi not available.. ahaks..
sekian.. tingtong.."

>> ape kes la dgn sms yg aku dpt malam ni.. sape yg bersalah tu? huhuhu..

Sunday, 17 February 2008

weekend dan kerja..

sejak sabtu dan hari ini, aku pi tolong lina buat keje kt opis dia (qs firm) kt damansara.. dan 2-2 hari ni kitorg blk pah 12 tgh malam..

hari sabtu, kami sempat makan2 kt uptown.. dkt je pon sbnarnya.. pahtu kawan lina ajak makan askrem secara percuma kt Baskin Robbins... woh.. mesti la nak.. tak penah mkn pon askrem mahal tu.. maka, dapatlah kami sorang 1 scoop yg sebenarnya berharga rm 5 lebih bagi setiap scoop.. hehe..


amek 2 perasa.. tamakk..

aku buat kerja kira structure kuarters kelas G.. dah almost 2 bulan tak buat taking off, so, terhegeh2 macam penagih gak la.. hehehehehe..


bahan-bahan utama dalam membuat taking-off..

pahtu, aku jumpa 1 alat ni kt meja blkg aku.. (tak ingat plak dah nama dia.. sila bgtau wahai lina).. mula2, aku ingat kanta.. aku pon tanya la lina.. rupanya, alat ni bleh wat squaring dgn mudah..


apa ke nama geli mat ni..

caranya mudah je.. cuma plot point bucu2 kt drawing, tak smpai 5 saat, dah siap.. nak carik area, girth, volume, sume bleh.. kalo buat finishes, floor area siap ngan length skirting dia bleh bgtau.. lg 1, curved pon dia bleh measure.. pehhhhh...


input di sini.. plot kt kanta tu..



output di skrin itu..

owh.. giller.. hebat!!... (batak sungguh aku.. hahaha..)
apsal kt itm dulu takde mende ni..?
kalau tak mesti aku dpt 1st class honours dah.. ekekekeke..


minah ni plak adalah buruh kasar cum jurumakan berdaftar..
sebok je bergambo.. isk..isk..

sok kerja.. kemalasannya gue..

>> selamat bekerja wahai angah dan masitah pada esok hari.. fighting!

Friday, 15 February 2008

saya sayang...

saya sayang kerjaya saya skrg..
sbb tak membebankan jiwa raga..
tak menyusahkan idup ketika diluar waktu kerja..
malam2 dah buleh tidor nyenyak..

kompiter opis..

saya sayang bos saya..
sbb bos saya sgt sporting..
walaupon dia kelihatan seperti puan sabariah yg kerek itu..
dia suka bagi tunjuk ajar yg berguna tanpa mengeluh..
kalo dia gelakkan saya, sekurang2nya, gelak dia tu bukan gelak penghinaan..
hehe..

saya sayang environment di ofis..
sbb masing2 tak formal dan gembira dgn kerja masing..
setiap hari terdengar sore bos2 (termasuk bos sendiri)..
berbincang dan gelak mengilai2 menunjukkan gembiranya mereka berdiskusi..

carrot cheese cake..

saya sayang ofis saya..
sbb suka buat makan2..
harini saya makan nasik bukhari..
makan carrot cheese cake..
makan puding..
makan kueh..
kenyang tahap gaban..
gaban pon tak kenyang camni..

meja saya..

saya sayang tempat duduk saya..
bila saya ceting, bos tak nmpk..
org tak usha saya sbb saya dok disebalik tiang..
jadi, saya boleh buat kerja tanpa terasa diri ini di'usha org'..
bila buat kerja sambil ceting...
hati gembira..
kerja pon siap..

masa saya ceting ngan cikpid kt opis..

tak lupa..
saya sayang encik BuJaL saya..
tanpa beliau, camna la saya nak pi ofis tu..

juga para sahabat yg dicintai..
ai lebiu tuu..

p/s: congrats to mass dan angah.. selamat datang ke kelab kerjaya aku.. finally....

>> teringin nak makan megi..

Thursday, 14 February 2008

aku dan drawing..

akhirnya.. abih gak aku lipat drawing A1 + A0 itu..
A0 tu buleh buat bungkus aku sebenarnya..
huhuhu..
letih btol lipat drawing2 tu harini..
rasa nak baring je atas meja meeting tu..
huhuhu..

td dgr pasal tarikh mengundi..
8 mac 2008 = sabtu..
so, jom la pakat2 g ngundi..
aku 1st time layak g ngundi ni..
rule ngundi pon xtahu camne..
almaklumlah.. remaja lagi..
haha..

kt ofis td masing2 tekun dgr bila hari ngundi..
dah macam dgr ucapan penyimpan mohor2 besar plak time raya..
jangan mimpi la org SPR nak kasik hari mengundi pada hari biasa..
bajet nak cuti free aa tu..
jgn harap..
hahahahahaha..

oh yer.. merujuk kepada entry aku yg sebelum ni berkenaan sapa yg mentadbir negara masa parlimen dibubar, budak shy laden dah pon menjawab soklan aku dgn markah penuh di SINI.. sila klik di link berkaitan untuk keterangan lanjut..

so, sapa amek exam PTD tu, better baca.. komfem masuk ni...
(ujarku sambil main petik je.. hehehehe..)

next week ada open futsal tournament @ UM..

>> letihnya training.. huhuhu..
tidakkk..

Wednesday, 13 February 2008

marilah.. marii....

bagi yang tak tau hal-ehwal semasa negara, mai aku bagitau sket cerita hari ini..
(ceyy.. padahal aku pon tau dari org gak.. kehkeh)

hari ini pembubaran kerajaan telahpon dibuat.. antara petikan dari Utusan Online..

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

so, soklan cepumas aku pada hari ini, siapakah yg mentadbir negara bagi menggantikan kerajaan yang dibubarkan itu sehingga perlantikan baru (mengundi) nanti?

sape bleh jawab dengan tepat, akan mendapat tiket percutian ke destinasi terpilih yg disahkan oleh tuan punya blog.. baik tak aku?
ape lagi.. jawab la.. jawab...

>> aku dah expert lipat drawing A0.. finally.. T_T

Tuesday, 12 February 2008

cuti kt jepon..


sapa2 yang baik hati, tolong usul sat kt penggubal undang2..
hahaha..

camni pon jadik..

>> kurang sehat.. huhu..

Monday, 11 February 2008

cuti raya cina..

yaaa.. td aku blk ke shah alam dari sungai petani mengambil masa kira2 8 jam.. owh.. dah macam blk kelantan dah haa.. jem tahap gaban.. krem kaki aku.. huhuhu..

tanpa melengahkan masa, ingin saya paparkan gambar walimah cikgu tadika atau nama btol dia, farihan bersama encik khairul hadi yg bertempat di kuala berang nun.. 1st time aku jejak hulu terengganu ni.. nmpknya, town dia lebih maju dari tanjung karang.. apa cer? hehehe..

bermula pada jam 10.15 pagi, pihak pengantin pompuan berarak ke sjid bagi mengikuti majlis akad nikah yg akan dimulakan pada jam 10.30 pagi di masjid berdekatan.. dan tak semena2, aku menjadi pembawa cincin pengantin lelaki dan turut dok dlm kete merc bersama pengantin.. adakah aku ingin menumpang glamor atau ingin mendapatkan keberkatan pengantin? layangg.. hahaha..

10.30 pagi - akad nikah
12.30 tgh hari - bersanding

ni adalah sedutan dari majlis berkenaan..

masa pengantin lelaki cuak2 ayam..

yess..! pengantin pompuan gumbira pah disahkan menjadi bini org..
(harap2 mak mertua dia tak tengok adegan ni.. haha..)


tahniah! anda telah memenangi mas kawin sebanyak 8,888 rupiah..

salam.. salam.. jgn durhaka kat laki..

ini adalah lakonan semata-mata..
(aku pon tak brape paham situasi ni..
ape yg diorang cuba perjuangkan tah... lawak tul time ni.. hahaha..)

dah macam barbie doll versi melayu plak aku tgk..

pak.. pak.. kebum.. kebum..

pengantin yg pinky..

masa bersanding..

owh.. nyesal aku tak curik sekor udang tenggek ni..
sampai masuk dalam mimpi..

ada lagi gambar dia.. lenkali plak..
apepon, tahniah kt para pengantin itu..

kenduri puan jamila plak, aku tak sempat nak g sbb lmbt smpai ke kelantan.. cuma sempat shopping sket2 kt bukit bunga nu.. huhuhuhu..

>> harini nak amek leave half day la.. masuk petang.. otak jem same ngan jem kt jalan tadi.. (kukuh tak alasan?)