(tiada kena mengena dgn tajuk ini..)
hari ini hari sabtu.. hari cuti.. biasanya, hari cuti adalah hari untuk berehat bagi para pekerja yang berdedikasi dan berintegriti (nate gapo ni?) seperti saya..
rehat tidak bermaksud tergolek kt katil sepanjang hari. rehat boleh diklasifikasikan kepada beberapa perkara, misalnya.. tengok tv, jahit baju, bersenam, melakukan hobi masing2 dan lain2 lagi..
cerita mengenai hobi, menurut Wikipedia Bahasa Melayu, hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.. tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan.
rekreasi? seperti berjoggingkah? mandi sungai? ataupon ber treasure hunt? ingat ni kelab sukan dan rekreasi ke? hehehe..
apa hobi aku plak? melayari internet barangkali.. tp itu hobi masa 2,3 tahun dulu.. skrg dah rasa bosan dah.. sbbnya tak berpeluh seperti mengayuh beskal.. lagipon dah tak tau apa yang hendak dilayari lg.. mungkin aku kena tukar hobi aku kepada makan nasik atau masak nasik tapi tak makan.. itu nmpk lebih menarik. hmm... lapar plak.. nyesal taip..
sebenarnya takdak apa pon yg diceritakan kt sini sbb tiada apa pon yg menarik pada harini.. aku takdak idea nak buat apa pon.. nk jalan2 pon malas. tambahan pula gaji tak masuk lagi.. jadi, aku cuba la isi masa aku dgn menidor siang selama 5 jam.. barangkali aku sudah gila agaknya.. kehkehkeh..
(pon tiada kena mengena jgk dgn tajuk ini..)
>> teringat zaman dok kolej.. kalo tido takmo bgn, nanti ada org tolong ngucap kt telinga.. tak pon ckp "maaarobbuka..".. komfem bangun.. hahaha..
No comments:
Post a Comment