Sunday, 21 October 2007

Konvoi raya..

semalam konvoi raya bemula dari tanjung karang sehingga ke sepang.. antara yang mengambil bahagian bagi kategori wanita jelita adalah aku, adik, elyn, zaim, angah, masitah, fiza, iylia, lina, bitun, irm dan minah. perjalanan aku bermula pada jam 8 pagi dgn mengambil zaim yg dtg dari sepang yg turun di komuter batu 3.. selepas itu fetch adik dan elyn di sec 7..

posing sat kt rumah bitun..

sampai di tanjung karang iaitu di rumah minah pada jam 9.30 pagi.. walaupon agak kelewatan, tp org kuala selangor sorg pon tak smpai lg.. sampai dah 2 mangkuk lontong aku telan, mereka masih tak sampai2.. jauh gamaknya kosangor dgn tanjung karang itu.. huhuhu..

ketupat dan mee gorengcubaan mengkreatifkan lg pengambilan gambar kononnya..

kemudian, perjalanan diteruskan ke rumah-rumah berikut mengikut susunan lawatan.. masitah > lina > iylia > bitun > angah > fiza > ella > adik > elyn > tugiman > zaim.. sempena konvoi ke rumah ella, sekalung penghargaan diberikan kepada ella di atas kelahiran bayi comel beliau dan hafiz oleh pihak kami berupa seutas gelang tangan bayi Poh Kong bernilai RM~rahsia~.. macam menang pertandingan plak.. eceh.. bkn apa, buah tangan kawan2 sejawat..

hm.. apa yg aku makan? meh aku list menu2 yg aku mkn tu skali ngan waktu tiba. biar nmpk sket juadah camporan yg masuk dlm perut aku waktu itu..
kt rumah:
1. minah @ 9.30 pg - lontong
2. mass @ 11.30 pg - kueh raya
3. lina @ 12.30 tgh - mihun kari
4. iylia @ 1.20 tgh - kek dan kueh raya
5. bitun @ 1.40 tgh - kueh raya
6. angah @ 2.15 ptg - seteguk air (sbb aku pi smyg, lepas tu sebok tgk tv)
7. fiza @ 4.00 ptg - jeruk mangga (1st time tgk juadah raya gini.. haha..)
8. ella @ 6.00 ptg - laksa (yg ni aku pulun..)
9. adik @ 8.15 mlm - satay kira2 8 cucuk
10. elyn @ 9.00 mlm - mihun goreng
11. tugiman @ 10.30 mlm - kerepek
12. zaim @ 11.15 mlm - mihun goreng

aa.. gila btol pi raya umah org kul 11 lebih mlm.. tp takpa. ada bebudak laki join skali time kitorang dah sekerat jalan.. so blk ada la teman pulang.. yg folo, tugiman, joto, nani, fahmi, nashmin, sabah aka iqbal dan penampilan istimewa, awie aka zainuridza. 10 tahun dah aku tak jumpa dia. sejak g skolah kt kedah nu.. ala2 jejak kasih gak la ni. hehe.. aku smpai rumah mlm tu kul 1.30 pg.. hehehe..

lina beli Persona weii.. tak sempat aku rembat test drive haritu.. huhu..

gambar aku upload kendian.. bzbodi minggu ni..

>> hm.. encik angkasawan dah blk pon ke bumi.. beriya aku tgk tv. baru nak excited sbb ingatkan ada tunjuk capsule tu mendarat secara live.. rupanya org berborak secara live ada la.. hohoho..

No comments: