Saturday, 27 October 2007

Adik Angkasawan Negara Meninggal Dunia

Petikan dari Bernama bertarikh 27 Oktober..

PETALING JAYA, 27 Okt -- Adik Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang koma sejak Ahad lepas setelah terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, meninggal dunia pada pukul 6 petang ini.

Jenazah Sheikh Mustafa Shukor di bawa pulang ke rumahnya di No 7 Lorong 12/12B Seksyen 12 di sini, kira-kira pukul 8.20 malam ini.

Salah seorang dari bapa saudaranya berkata jenazah dijangka dikebumikan esok selepas Zohor di makam Tuan Haji Said dekat Sikamat, di Seremban.

Allahyarham yang merupakan anak keempat dari lima beradik itu meninggalkan seorang isteri, Norhayati Mohd Redza, 28, dan dua anak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan dari Utusan Malaysia pula..

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dibenarkan menamatkan tempoh kuarantin di Rusia lebih awal untuk menghadiri pengkebumian adiknya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie yang meninggal dunia hari ini.

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.45 pagi esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, beliau telah meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Moscow bagi menguruskan kepulangan Sheikh Muszaphar Shukor.

"Saya sendiri bercakap dengan Dr. Sheikh melalui telefon semalam dan daripada nada suaranya, dia kedengaran tabah dan tenang menerima berita bahawa adiknya tenat sebelum ini.."

"Dia memang mengikuti perkembangan adiknya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini....

Ahad lalu, Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang juga dikenali sebagai Ajil pengsan selepas terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Berikutan perlanggaran itu, Ajil terjatuh dan kepalanya terhentak pada batu-bata di kawasan restoran tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Fatihah... dan salam takziah buat ahli keluarga beliau..

>> dpt gak aku jalan-jalan cari pasal ngan CikGu_TaDiKa malam ni di bandar Shah Alam yg bes ni.. haha.. kisah jalan-jalan ni akan bersambung pula pada esok pagi..

No comments: