Wednesday, 20 December 2006

Al-Fatihah... siri 2

13 Dec 2006

tok muntah2 dan cirit birit dari balik dr pantai smlm sampai kul 1 sblm aku tidur..

"pi tidoq. sat lg jadi apa2 kat tok, makcik kejut, kita bawak tok pi hospital ka apa.." kata makcik
"ok..", aku

aku tidor la pahtu..

jam 4 pagi, makcik kejut aku sbb dia ckp cirit birit tok dah teruk sgt.. non-stop dr semalam. dia ajak aku pi hospital.. sedar2 aku, dah ada anak sedara tok yg kami pi makan kenduri semalam. dia yang nak hantar tok ke hospital memandangkan tok tak mau kami (para wanita) untuk hantar dia sendiri.. nak kena ada lelaki teman. pakcik takdak sbb dah balik KL. ada kursus..

maka, aku, makcik dan anak sedara tok temankan tok ke hospital. setiba di sana, tok di hantar ke Emergency dan kena masuk air. tercongok la aku tunggu tok masuk air sambil tgk berita seawal pagi tentang perlantikan Sultan Mizan yg hensem naik takhta..

setelah Subuh, anak sedara tok ajak aku balik. makcik plak jaga tok setelah ditransfer ke wad biasa. dia pesan, suh dtg petang ngan Jamila untuk jaga tok pada malam ni. jadi, bawak segala kelengkapan utk tidur kat hospital. balik umah, aku tidur 8 round..

dlm kul 10 pagi, makcik call. suh dtg cecepat.. pelik... aku dan sepupuS pon memasak utk anak2 makcik. pah zohor, aku dan sepupuS naik bas ke spital. sampai di hospital, nurse tgh salin pampers tok sbb cirit birit dia tu. tok nak tukar wad kelas 2 memandangkan dia kurang selesa dgn apa yg berlaku pada diri dia yg turut di suffer oleh org di wad..
cara nak tukar, kena tunggu bapa saudara aku (bapa jamila) yg jugak Inspektor sahab di Temerloh. oleh kerana dia keja gomen, bleh la dpt ke wad kelas 2... makcik pi makan ngan sembahyang. sambil tu, aku dan sepupuS jaga tok..

"bila abah hang nak balik? tok nak tukar wad la..", kata tok pada Jamila..
"malam ni rasanya..", jamila
"mak hang balik dak?" tanya tok kat aku..
"errr... balik.. balik..", aku
"bila?"
"aaa... esok kot..", jawab aku. padahal aku tak dapat kata putus dr mak aku pon. saja nak sedapkan ati tok.. huhu..

senyap...

"mintak ayaq sket.. lapaq ayaq aihh..", kata tok. aku bagi la air tu kat tok..
"tak sedap la ayaq ni.. nak yg botol mineral besaq tu..", kata tok
"la.. makcik bawak turun pi surau", aku
"pi ambik kat dia..", aku pon turun ke surau..

"makcik, tok nak ayaq mineral botol besaq"
"la.. ayaq dalam cawan tu dah abih ka blom?"
"dia ckp tak sedap. ada pa tah.."
"la.. dalam tu ada garam. mmg saja bubuh nak bagi dia benti muntah"
"ooooooo.... camtu. tp takpa la. bawak la naik air mineral ni"
"ha.."

dalam setengah jam, aku ngan sepupu, Yang, mintak nurse salin lagi skali pampers dia sbb campak cam full.. kami turut tolong nurse. pahtu blur xtau wat pe.. dok tanya2 gak tok pasal perut dia tu.

"sakit lagi ka perut tok?", aku
"kurang sket dah.."
nafas dia tercungap2...
"penat ka tok?"
"dah aih.."
"awat cam susah nak bernafas ja tgk.."
"takdak pa aih.."

kami senyap lagi.. tgk misi lalu lalang.. muda2 belia nurse sini. baru grad suma2nya.. dokter pon sama..
"hangpa tgk pa?", kata tok..
"hehehe.. tgk org lalu lalang..", kata kami..

senyap..

sejurus hampir waktu asar, aku pelik tgk tok tercungap2 dgn lajunya.. cam susah nak bernafas. padahal dia pakai bantuan oksigen kat idung sejak aku sampai spital.. aku stat cuak.. msg jamila dan makcik yg dok kat surau..

"weh, mai naik atas. tok cam penat ja ni..", aku msg jamila
"sat, nak smbyg asar sat", reply..

nafas makin laju, makin tinggi. sebutan 'lailahalillallah' tak henti2 dari mulut tok. aku dgr lepas letak telinga dkt mulut dia. sblm tu dia ckp apa tah. takleh pickup sbb terasa lidah dia pendek tiba2.. aku makin cuak.. aku pegang kaki tok, sejuk. sbb kipas kot.. aku selimut la kaki dia.. mata dia pandang atas, tak kelip2.. cuak lagi...

"weh, naik atas cepat.. tak sedap ati plak tgk tok ni.. segera!", msg aku smula..

makcik sampai, dan ckp..
"tok dah teruk sgt ni.. pi tepon mak suruh balik skrg jugak.."
"ok..", aku dah stat bergenangan dalam ati..


"mak, balik la ni jgk. tok dah tenat ni.."
"ha.. ni abg nak settle kerja dia sat. pahni kami balik"
"mak balik la dulu ngan kakak. jgn tunggu2 lagi..", nada aku dah stat naik.. hangin tetiba.. huhu..

dokter panggil makcik ckp yg tok agak tenat. dia jgk bertanyakan kalo if 'something happen', nak bantuan utk tekan dada dia or not.. kami tak setuju.. dokter angguk.. pahtu dokter ckp kena masukkan tiub utk bagi dia bantuan pernafasan. kalo tak, dia mebi akan kena stroke. kami setuju..

keadaan tok makin teruk, dan dokter2 dari segala pakar dtg keliling tok. dari pakar jantung, buah pinggang, pakar bedah dll... suma check, takda masalah kat tok. masing2 pelik. datang sorang dokter tanya kami..
"dia ada makan ubat apa2?"
"takda.."
"ada salah makan?"
"tak sure, tp smlm makan kenduri.."
"ada sapa2 sakit perut?"
"tak.."

dokter taktau apa penyakit dia. sampai satu masa, ada dokter tanya..
"makcik ni ada isap rokok ka?"
"heh.. takde la dokter".. jawab kami.. tetiba rasa lawak dalam situasi camni..

dokter ckp, kena tunggu tekanan darah dia stabil sblm di bawa ke ICU. tekanan dia rendah sgt time ni.. dari kul 5 ptg sampai 10 mlm.. agak2 stabil, dia di hantar ke ICU..

masuk ICU kul 10. kami bawak suma barang. tunggu dpn ICU.. makcik saja yg masuk masa awal2 tu.. takleh masuk ramai2.. yg ada masa tu, aku, makcik dan Jamila..

tgh duduk2 di wakaf luar ICU, nurse panggil..
"ahli keluarga Che Ma ada kat situ ke?"
"ada2.."
"mintak 2 org masuk skrg.."

aku ngan makcik masuk dlm ICU.. aku tgk dokter dah stat tekan2 dada tok.. nurse suh aku ajar tok ngucap.. aku terkedu.. satu perkara paling sedih dalam idup.. aku dekatkan mulut ke telinga tok, sambil usap kepala dia..

"asyhaduallailahaillallahhh.... waasyhaduannamuhammadarrasulullahh...", ulang aku 3 kali..

ganti ngan makcik plak... ulang 3 kali.. kemudian datang dokter yg kami deal awal2 td bgtau supaya tak perlu tekan dada tok if anything happen..
"they don't want us to do that to the patient" dia ckp kat dokter yg tgh tekan dada tu.. then he stopped..

dokter panggil dihujung katil sambil berkata,
"makcik ini dah tiada. tp kami tidak tahu apa penyakitnya dan tak tahu nak letak apa penyebab kematian. do you want us to do post mortem?"
"tak perlu..", aku kata..

makcik tak benti bercucuran sejak suh ajar mengucap td.. makcik suh aku call semua..

keluar je, hp aku aku lupa letak kat mana. tgk muka jamila, aku dah mula bercucuran. aku suh dia call semua. hp kat tepi beg.. baru jumpa..

org pertama yg di call, mak aku..
"mak, tok dah takdak...", aku dah takleh simpan kesedihan..
"haaa.. tok dah takdak", kata mak kat adik beradik aku kat umah.. pahtu mak letak tepon..

pahtu tepon umah makcik aku, bgtau anak dia supaya bgtau semua org..

sesungguhnya aku sgt sedih waktu tu.. terutamanya waktu mengucap 2 kalimah syahadah di telinga tok.. aku takkan lupa waktu tu..

>> to be continued..

>> aku dpt kerja hari ni.. kat Klang dgn contractor kelas A. site kat Melaka dan aku kena handle project to with a Project Manager. kena ulang alik ke melaka 2 kali seminggu, starting January. skrg kerja di Klang saja dulu.. maleh plak nak kerja rasanya.. huhuhu..

No comments: