memandangkan aku tak dapat kerja, baik aku balik kg.. ingin mencuci otak yg tandus.. tiket dah ambik smlm. naik keretapi yg murah dan lembab.. tiket kul 850 mlm. sempat la Isyak kat KL sentral.. maka, layan la aku bersaurangan dalam train.
aku takleh tidur sbb ada sefamily India tak penah naik train barangkali.. anak dia melalak sampai 1 gerabak angin. hehe.. seb baik aku bawak mp3.. pasang kuat2 sampai abih bateri. heh..
9 Dec 2006
aku sampai Bukit Mertajam kul 530 pagi. turun kat situ sbb tren nak p ke butterworth. tukar kepala ketapi. nanti tren tu patah balik ke BM. Subuh la aku kat BM nu.. makan nasik gureng sebagai sarapan. Kul 730 lebih kurang, tren dtg balik utk meneruskan perjalanan ke Hatyai melalui Sg Petani.
aku sampai SP kul 9 pg. lebih 12 jam aku naik tren. kematu.. hehe..
amek bas ke Kg Singkir.. tambang RM 2.80. last blk kg raya posa harituh. sampai kat umah, pintu depan berkunci. aku singgah umah makcik kat sblh. aku punggah suma brg dlm beg sbb ada brg nak diberi ke makcik dan tok.
pahtu aku pi balik ke umah tok td. ikut pintu belakang. tok terkejut sbb aku balik tak semena-mena..
"balik ngan sapa?"
"sorang la.. dah abih blajaq.." aku ckp..
"tok, ni abang bagi telekung dgn kain batik. depa pi Indon baru ni.. ni depa kirim bagi kat tok"
dia belek2..
"amboi, renda2 kat telekung ni, mmg Indon btoi laa.." tok ckp sambil tersenyum..
pahtu tok ajak aku pi kenduri dpn umah. lepas pi makan ngan dia, aku berehat2 sakan sbb semalam tak tidur..
10 Dec 2006
makcik and family ajak aku pi Aloq Setar. berjalan2 carik pasal.. folow je la. tok tak ikut. sakit perut katanya.. tinggal la dia sorang2 kat rumah..
"mak, nanti kami balik awai sket noo.." ckp makcik kat tok..
"ha.. takpa la..", tok sambung..
maka bersiar-siar lah kami menaiki van seramai 9 orang.. aku, makcik, pakcik dan 6 dari 7 org anak dia.. sempat la kami naik Menara Alor Setar dan jugak ke Muzium Padi. fully support by makcik and pakcik.. hehe...
tgh hari tu, Jamila dan Yang iaitu 2 org sepupu aku yg menetap kat Temerloh msg aku.
"kami on the way balik ke Singkiaq ni.. kalo kami sampai lambat, buleh dak ambik kami kat stesen bas?", msg dari diorang..
"kalo bas takdak, msg kami. la ni kat Aloq Setaq berjalan2 ngan makcik.. mebi balik lmbat sket kot..", aku reply
"ok, roger..", mereka reply smula..
memandangkan 2 org sepupu itu nak smpai dah, kami bercadang nak balik lmbat sket. sekurang2nya, tok dah ada teman malam nanti..
malam tu balik kul 12 lebih..
11 Dec 2006
"sok ada kenduri tahlil toklang bakar (adik tok) kat umah maktam Sara. ptg ni kita pi tolong apa yg patut kat umah dia..", tok ckp..
"okeh..", ckp kami bertiga..
masa pagi tu, tok dok sembang pasal stor belakang umah..
"sementara hangpa cuti lama ni, tolong cat stor tu..", tok ckp..
"tu kan dah cat", aku ckp.. padahal baru primary coat.. mmg kena cat lagi skali.. hehe..
"ada cat jasmin (sepupu) yg lebih buat keja skolah haritu. bleh pakai kot..", tok
"haaa... nanti tgk", aku
ptg tu kami pi ke umah anak saudara tok. sampai2, ikan dah abih disiang.. maka tiada kerja lain yg bleh dibuat melainkan makan ubi rebus.. layannnnnnnnnn... hehe..
tiba2 datang sadara mara depa, amek video kami termasuk tok yg tgh makan ubi rebus.. poyo abih. hehe..
ptg dkt2 nak maghrib, kami ke tepi laut amek gambar sunset.. balik umah..
12 Dec 2006
kenduri pon stat.. tahlil dimulakan.. selepas itu para tetamu makan. aku bantu apa yg patut..
aku layan tok yg tgh dok amek makanan dia. sepinggan nasik, agak byk, lebih dari biasa.. ayam masak merah, gulai ikan tongkol, sambal belacan, ulam2.. pahtu aku tak tgk dah tok makan.. kami dok dapur tolong2 org belakang.. refill lauk mana yg dah nak abih.. pahtu baru makan.
ptg tu balik. dan datang balik sbb nak amek makcik. dia dok kemas2. aku dan sepupuS nak basuh pinggan tp suma dah selesai. rilek lagi.. hehe..
balik umah pahtu, tido.. malam nak jalan2 ke tepi pantai ngan makcik dan bala tenteranya.. pah maghrib, kami gerak..
sampai tepi laut, tikar dibentang, unggun mula di pasang.. tok tanpa buang karan, landing dgn selumbernya atas tikar tu.. dalam masa aku dok amek video, ombak tetiba kuat.. suma bangun dan tarik tikar.. sepanjang2 ombak kaler biru glow in the dark.. agak aneh.. sampai ada org mancing tepi tu naik ke darat.. agak pelik bg dia. aku penah tgk pasir pantai biru masa kat pulau kapas dulu. dipanggil 'blue sand'. kalo ada lampu, dia tak nmpk. kena gelap gelita..
cuak gak suma2 org sbb pikir takot tsunami jadi lagi.. tempat kami pi tu dulu kena tempias tsunami.. teruk gak la dulu.. tak lama lepas tu, kami wat andaian benda tu jadi sbb ada kapal nelayan baru lalu situ..
tak lama lepas tu, kami balik umah. nak ujan lagipon..
sampai2 kat umah, tok turun dgn laju ke toilet luar umah. rupanya dia cirit birit.. perkara biasa bagi kami sbb dia ada masalah usus dan penah buat operation dulu. tp ni g toilet tak henti2. disusuli dgn muntah2.. tak tau nak tlg camne.. huhuhu..
>> to be continued..
No comments:
Post a Comment