Thursday, 28 December 2006

Selamat Tahun Baru 2007..

dah masuk 2007 dah.. apa azam yg dah aku capai masa tahun 2006..

1. menamatkan pengajian kat UiTM dgn 2nd class upper
2. mendapatkan kerja sblm aku konvo

tahun 2007 ni, aku rancang nak..

1. memiliki kereta sendiri dalam masa 6-8 bulan dr sekarang
2. mendapat kenaikan gaji... (sapa takmo beb..)
3. meng'upgrade' sistem internet dirumah
4. berharap supaya family aku dpt dtg masa hari konvokesyen..

huhu.. buat masa ni, tu je la kot..

>> Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua..

Wednesday, 27 December 2006

Unfaithful - Rihanna

Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
Cause it seems that wrong
Really loves my company

He's more than a man
And this is more than love
The reason that the sky is blue
The clouds are rolling in
Because I'm gone again
And to him I just can't be true

And I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer

I feel it in the air
As I'm doing my hair
Preparing for another date
A kiss upon my cheek
As he reluctantly
Asks if I'm gonna be out late
I say I won't be long
Just hanging with the girls
A lie I didn't have to tell
Because we both know
Where I'm about to go
And we know it very well

Cause I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don't wanna do this
Anymore
Uh
Anymore (anymore)

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
And everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
And I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer (a murderer)

No no no no

Yeah yeah yeah

>> noma, be strong...

Monday, 25 December 2006

Maha Karya Cinta

Maha Karya Cinta
by: Faizal (One In A Million)

Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja

Ku masih mencintai diri kamu
Bila kau menjauh
Ku rindu

Kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpa mu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta ...

Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu

Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau berlalu
Ku rindu ..

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpa mu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta

Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah ..

Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu ...

>> mantap btol dia nyanyi.. cayalah Superman..!

Sunday, 24 December 2006

kerja.. kerja.. kerja..

masuk je di hari pertama (Rabu) di Cybotic Corporation, iaitu pada hari diinterview, saya takleh jawab apa yg ditanya sbb selama ni saya di train untuk jadi consultant, tp saya lupa yg saya akan bekerja untuk kontraktor.. jadi, jawapan yg saya bagi mmg berlawanan ngan apa yg diorang harapkan.. huhu.. tp diorang amek gak saya ni ngan gaji yg bole la dikira munasabah.. hehe.. layannn..

pada hari Kamis pula, saya diminta untuk ikut Project Manager (PM) iaitu seorang laki org untuk ke Melaka memandangkan saya perlu berkolaborasi ngan PM tu untuk menjayakan projek disana dgn membina Kompleks Sukan, Fakulti Kejururawatan dgn Auditorium untuk Kolej Teknologi Islam Melaka. jadi, mulai January ni, saya perlu berulang alik bersaurangan ke Melaka memandangkan laki org itu akan pindah terus ke Melaka bersama keluarganya.. huhu..

Abg akan bagi kereta Kembara nya utk disambungkan pembayarannya oleh saya mulai Januari ini juga memandangkan saya perlu berulang alik ke Melaka itu. Wlaupon saya perlu mengeluarkan kira2 RM 650 sebulan utk bayar kereta itu, namun saya terpaksa. cewah!

Dia pon nak tukar kereta juga kepada yg lebih besar misalnya Storm atau seumpama dgnnya dan kalo buleh dia nak beli lori untuk mengangkut pokok2 dan alatan untuk membuat landskap bagi syarikat miliknya itu. ikut pandamu la.. hehehe..

Sehubungan itu, saya kena prepare workprogram utk projek tu guna microsoft project (sbb tu je yg aku tau berbanding nak guna software cam Primavera). PM nak test dulu ni.. so, kena la study2 sket..

>> ber'saya-saya'an plak.. tuih!

Gambar balik kg harituh...

aku dan sepupu di tepi laut, kira-kira 5 minit dari kg..
ni la sg yg jadi port kami setiap kali blk kg.. dlm 5 min perjalanan..
rumah emak di kampung dibawah jagaan tok seketika dulu..
view dari Menara Alor Setar.. masa join makcik n family ke sana..
hensem tak saya..? - Hamka, 9 thn (anak makcik) kat Muzium Padi..

Saturday, 23 December 2006

Al-Fatihah.. siri 3

dua hari slps tok meninggal, ada kawan tok plak meninggal yg dikenali sebagai tok wa, dan sehari slpas tu, ada org lain plak meninggal yg aku pon tak kenal.. dan sehari slps org yg aku tak kenal tu meninggal, adik kepada tok wa (tokcik) pula yg meninggal.. semua satu kampung yg sama.. berturut2.. huhu..

tokcik ni la yg jaga abah masa sakit dulu. dia yg tolong mak aku angkat abah pi mandi, temankan mak siang malam, jadi teman mak utk borak2, bg advise apa yg patut.. jd, waktu aku tgk tokcik terbaring kat katil sblm dimandi dan dikapankan (sblm aku balik shahalam untuk interview), rasa cam sket touching, rasa cam dia as a part of our family..

semoga damailah mereka semua di 'sana'... Al-Fatihah..

>> pahni, blk kg sbb nak tgk rumah kami je la.. dan melawat 'rumah' abah, tok, tokwan dan toknek.. seb baik ada tok sorang lagi (tok sblh abah)..

Thursday, 21 December 2006

Tamat..

result exam kuar harini.. alhamdulillah kerana aku berjaya menamatkan segalanya dalam masa yang sepatutnya.. setelah 5 taun buang duit rakyat.. kehkeh..

aku bayar la NANTI... heh..

so, current qualification bleh la dikatakan begini.. BSc (Hons) Quantity Surveying (UiTM).. heh! (tiada unsur2 riak yer..)

nak kena dapatkan Sr. dpn nama plak ni.. kira cam Dr. la.. tp utk registered QS.. dan mebi 15 taun lg.. hehehe..

>> A.M.N, P.J.K, bile plak nak dapat? hahahahaha...

Wednesday, 20 December 2006

Al-Fatihah... siri 2

13 Dec 2006

tok muntah2 dan cirit birit dari balik dr pantai smlm sampai kul 1 sblm aku tidur..

"pi tidoq. sat lg jadi apa2 kat tok, makcik kejut, kita bawak tok pi hospital ka apa.." kata makcik
"ok..", aku

aku tidor la pahtu..

jam 4 pagi, makcik kejut aku sbb dia ckp cirit birit tok dah teruk sgt.. non-stop dr semalam. dia ajak aku pi hospital.. sedar2 aku, dah ada anak sedara tok yg kami pi makan kenduri semalam. dia yang nak hantar tok ke hospital memandangkan tok tak mau kami (para wanita) untuk hantar dia sendiri.. nak kena ada lelaki teman. pakcik takdak sbb dah balik KL. ada kursus..

maka, aku, makcik dan anak sedara tok temankan tok ke hospital. setiba di sana, tok di hantar ke Emergency dan kena masuk air. tercongok la aku tunggu tok masuk air sambil tgk berita seawal pagi tentang perlantikan Sultan Mizan yg hensem naik takhta..

setelah Subuh, anak sedara tok ajak aku balik. makcik plak jaga tok setelah ditransfer ke wad biasa. dia pesan, suh dtg petang ngan Jamila untuk jaga tok pada malam ni. jadi, bawak segala kelengkapan utk tidur kat hospital. balik umah, aku tidur 8 round..

dlm kul 10 pagi, makcik call. suh dtg cecepat.. pelik... aku dan sepupuS pon memasak utk anak2 makcik. pah zohor, aku dan sepupuS naik bas ke spital. sampai di hospital, nurse tgh salin pampers tok sbb cirit birit dia tu. tok nak tukar wad kelas 2 memandangkan dia kurang selesa dgn apa yg berlaku pada diri dia yg turut di suffer oleh org di wad..
cara nak tukar, kena tunggu bapa saudara aku (bapa jamila) yg jugak Inspektor sahab di Temerloh. oleh kerana dia keja gomen, bleh la dpt ke wad kelas 2... makcik pi makan ngan sembahyang. sambil tu, aku dan sepupuS jaga tok..

"bila abah hang nak balik? tok nak tukar wad la..", kata tok pada Jamila..
"malam ni rasanya..", jamila
"mak hang balik dak?" tanya tok kat aku..
"errr... balik.. balik..", aku
"bila?"
"aaa... esok kot..", jawab aku. padahal aku tak dapat kata putus dr mak aku pon. saja nak sedapkan ati tok.. huhu..

senyap...

"mintak ayaq sket.. lapaq ayaq aihh..", kata tok. aku bagi la air tu kat tok..
"tak sedap la ayaq ni.. nak yg botol mineral besaq tu..", kata tok
"la.. makcik bawak turun pi surau", aku
"pi ambik kat dia..", aku pon turun ke surau..

"makcik, tok nak ayaq mineral botol besaq"
"la.. ayaq dalam cawan tu dah abih ka blom?"
"dia ckp tak sedap. ada pa tah.."
"la.. dalam tu ada garam. mmg saja bubuh nak bagi dia benti muntah"
"ooooooo.... camtu. tp takpa la. bawak la naik air mineral ni"
"ha.."

dalam setengah jam, aku ngan sepupu, Yang, mintak nurse salin lagi skali pampers dia sbb campak cam full.. kami turut tolong nurse. pahtu blur xtau wat pe.. dok tanya2 gak tok pasal perut dia tu.

"sakit lagi ka perut tok?", aku
"kurang sket dah.."
nafas dia tercungap2...
"penat ka tok?"
"dah aih.."
"awat cam susah nak bernafas ja tgk.."
"takdak pa aih.."

kami senyap lagi.. tgk misi lalu lalang.. muda2 belia nurse sini. baru grad suma2nya.. dokter pon sama..
"hangpa tgk pa?", kata tok..
"hehehe.. tgk org lalu lalang..", kata kami..

senyap..

sejurus hampir waktu asar, aku pelik tgk tok tercungap2 dgn lajunya.. cam susah nak bernafas. padahal dia pakai bantuan oksigen kat idung sejak aku sampai spital.. aku stat cuak.. msg jamila dan makcik yg dok kat surau..

"weh, mai naik atas. tok cam penat ja ni..", aku msg jamila
"sat, nak smbyg asar sat", reply..

nafas makin laju, makin tinggi. sebutan 'lailahalillallah' tak henti2 dari mulut tok. aku dgr lepas letak telinga dkt mulut dia. sblm tu dia ckp apa tah. takleh pickup sbb terasa lidah dia pendek tiba2.. aku makin cuak.. aku pegang kaki tok, sejuk. sbb kipas kot.. aku selimut la kaki dia.. mata dia pandang atas, tak kelip2.. cuak lagi...

"weh, naik atas cepat.. tak sedap ati plak tgk tok ni.. segera!", msg aku smula..

makcik sampai, dan ckp..
"tok dah teruk sgt ni.. pi tepon mak suruh balik skrg jugak.."
"ok..", aku dah stat bergenangan dalam ati..


"mak, balik la ni jgk. tok dah tenat ni.."
"ha.. ni abg nak settle kerja dia sat. pahni kami balik"
"mak balik la dulu ngan kakak. jgn tunggu2 lagi..", nada aku dah stat naik.. hangin tetiba.. huhu..

dokter panggil makcik ckp yg tok agak tenat. dia jgk bertanyakan kalo if 'something happen', nak bantuan utk tekan dada dia or not.. kami tak setuju.. dokter angguk.. pahtu dokter ckp kena masukkan tiub utk bagi dia bantuan pernafasan. kalo tak, dia mebi akan kena stroke. kami setuju..

keadaan tok makin teruk, dan dokter2 dari segala pakar dtg keliling tok. dari pakar jantung, buah pinggang, pakar bedah dll... suma check, takda masalah kat tok. masing2 pelik. datang sorang dokter tanya kami..
"dia ada makan ubat apa2?"
"takda.."
"ada salah makan?"
"tak sure, tp smlm makan kenduri.."
"ada sapa2 sakit perut?"
"tak.."

dokter taktau apa penyakit dia. sampai satu masa, ada dokter tanya..
"makcik ni ada isap rokok ka?"
"heh.. takde la dokter".. jawab kami.. tetiba rasa lawak dalam situasi camni..

dokter ckp, kena tunggu tekanan darah dia stabil sblm di bawa ke ICU. tekanan dia rendah sgt time ni.. dari kul 5 ptg sampai 10 mlm.. agak2 stabil, dia di hantar ke ICU..

masuk ICU kul 10. kami bawak suma barang. tunggu dpn ICU.. makcik saja yg masuk masa awal2 tu.. takleh masuk ramai2.. yg ada masa tu, aku, makcik dan Jamila..

tgh duduk2 di wakaf luar ICU, nurse panggil..
"ahli keluarga Che Ma ada kat situ ke?"
"ada2.."
"mintak 2 org masuk skrg.."

aku ngan makcik masuk dlm ICU.. aku tgk dokter dah stat tekan2 dada tok.. nurse suh aku ajar tok ngucap.. aku terkedu.. satu perkara paling sedih dalam idup.. aku dekatkan mulut ke telinga tok, sambil usap kepala dia..

"asyhaduallailahaillallahhh.... waasyhaduannamuhammadarrasulullahh...", ulang aku 3 kali..

ganti ngan makcik plak... ulang 3 kali.. kemudian datang dokter yg kami deal awal2 td bgtau supaya tak perlu tekan dada tok if anything happen..
"they don't want us to do that to the patient" dia ckp kat dokter yg tgh tekan dada tu.. then he stopped..

dokter panggil dihujung katil sambil berkata,
"makcik ini dah tiada. tp kami tidak tahu apa penyakitnya dan tak tahu nak letak apa penyebab kematian. do you want us to do post mortem?"
"tak perlu..", aku kata..

makcik tak benti bercucuran sejak suh ajar mengucap td.. makcik suh aku call semua..

keluar je, hp aku aku lupa letak kat mana. tgk muka jamila, aku dah mula bercucuran. aku suh dia call semua. hp kat tepi beg.. baru jumpa..

org pertama yg di call, mak aku..
"mak, tok dah takdak...", aku dah takleh simpan kesedihan..
"haaa.. tok dah takdak", kata mak kat adik beradik aku kat umah.. pahtu mak letak tepon..

pahtu tepon umah makcik aku, bgtau anak dia supaya bgtau semua org..

sesungguhnya aku sgt sedih waktu tu.. terutamanya waktu mengucap 2 kalimah syahadah di telinga tok.. aku takkan lupa waktu tu..

>> to be continued..

>> aku dpt kerja hari ni.. kat Klang dgn contractor kelas A. site kat Melaka dan aku kena handle project to with a Project Manager. kena ulang alik ke melaka 2 kali seminggu, starting January. skrg kerja di Klang saja dulu.. maleh plak nak kerja rasanya.. huhuhu..

Tuesday, 19 December 2006

Al-Fatihah.. siri 1

8 Dec 2006
memandangkan aku tak dapat kerja, baik aku balik kg.. ingin mencuci otak yg tandus.. tiket dah ambik smlm. naik keretapi yg murah dan lembab.. tiket kul 850 mlm. sempat la Isyak kat KL sentral.. maka, layan la aku bersaurangan dalam train.

aku takleh tidur sbb ada sefamily India tak penah naik train barangkali.. anak dia melalak sampai 1 gerabak angin. hehe.. seb baik aku bawak mp3.. pasang kuat2 sampai abih bateri. heh..


9 Dec 2006
aku sampai Bukit Mertajam kul 530 pagi. turun kat situ sbb tren nak p ke butterworth. tukar kepala ketapi. nanti tren tu patah balik ke BM. Subuh la aku kat BM nu.. makan nasik gureng sebagai sarapan. Kul 730 lebih kurang, tren dtg balik utk meneruskan perjalanan ke Hatyai melalui Sg Petani.

aku sampai SP kul 9 pg. lebih 12 jam aku naik tren. kematu.. hehe..

amek bas ke Kg Singkir.. tambang RM 2.80. last blk kg raya posa harituh. sampai kat umah, pintu depan berkunci. aku singgah umah makcik kat sblh. aku punggah suma brg dlm beg sbb ada brg nak diberi ke makcik dan tok.

pahtu aku pi balik ke umah tok td. ikut pintu belakang. tok terkejut sbb aku balik tak semena-mena..
"balik ngan sapa?"
"sorang la.. dah abih blajaq.." aku ckp..
"tok, ni abang bagi telekung dgn kain batik. depa pi Indon baru ni.. ni depa kirim bagi kat tok"

dia belek2..
"amboi, renda2 kat telekung ni, mmg Indon btoi laa.." tok ckp sambil tersenyum..

pahtu tok ajak aku pi kenduri dpn umah. lepas pi makan ngan dia, aku berehat2 sakan sbb semalam tak tidur..


10 Dec 2006
makcik and family ajak aku pi Aloq Setar. berjalan2 carik pasal.. folow je la. tok tak ikut. sakit perut katanya.. tinggal la dia sorang2 kat rumah..
"mak, nanti kami balik awai sket noo.." ckp makcik kat tok..
"ha.. takpa la..", tok sambung..

maka bersiar-siar lah kami menaiki van seramai 9 orang.. aku, makcik, pakcik dan 6 dari 7 org anak dia.. sempat la kami naik Menara Alor Setar dan jugak ke Muzium Padi. fully support by makcik and pakcik.. hehe...

tgh hari tu, Jamila dan Yang iaitu 2 org sepupu aku yg menetap kat Temerloh msg aku.
"kami on the way balik ke Singkiaq ni.. kalo kami sampai lambat, buleh dak ambik kami kat stesen bas?", msg dari diorang..
"kalo bas takdak, msg kami. la ni kat Aloq Setaq berjalan2 ngan makcik.. mebi balik lmbat sket kot..", aku reply
"ok, roger..", mereka reply smula..


memandangkan 2 org sepupu itu nak smpai dah, kami bercadang nak balik lmbat sket. sekurang2nya, tok dah ada teman malam nanti..

malam tu balik kul 12 lebih..


11 Dec 2006
"sok ada kenduri tahlil toklang bakar (adik tok) kat umah maktam Sara. ptg ni kita pi tolong apa yg patut kat umah dia..", tok ckp..
"okeh..", ckp kami bertiga..


masa pagi tu, tok dok sembang pasal stor belakang umah..
"sementara hangpa cuti lama ni, tolong cat stor tu..", tok ckp..
"tu kan dah cat", aku ckp.. padahal baru primary coat.. mmg kena cat lagi skali.. hehe..
"ada cat jasmin (sepupu) yg lebih buat keja skolah haritu. bleh pakai kot..", tok
"haaa... nanti tgk", aku


ptg tu kami pi ke umah anak saudara tok. sampai2, ikan dah abih disiang.. maka tiada kerja lain yg bleh dibuat melainkan makan ubi rebus.. layannnnnnnnnn... hehe..
tiba2 datang sadara mara depa, amek video kami termasuk tok yg tgh makan ubi rebus.. poyo abih. hehe..

ptg dkt2 nak maghrib, kami ke tepi laut amek gambar sunset.. balik umah..


12 Dec 2006
kenduri pon stat.. tahlil dimulakan.. selepas itu para tetamu makan. aku bantu apa yg patut..

aku layan tok yg tgh dok amek makanan dia. sepinggan nasik, agak byk, lebih dari biasa.. ayam masak merah, gulai ikan tongkol, sambal belacan, ulam2.. pahtu aku tak tgk dah tok makan.. kami dok dapur tolong2 org belakang.. refill lauk mana yg dah nak abih.. pahtu baru makan.

ptg tu balik. dan datang balik sbb nak amek makcik. dia dok kemas2. aku dan sepupuS nak basuh pinggan tp suma dah selesai. rilek lagi.. hehe..

balik umah pahtu, tido.. malam nak jalan2 ke tepi pantai ngan makcik dan bala tenteranya.. pah maghrib, kami gerak..

sampai tepi laut, tikar dibentang, unggun mula di pasang.. tok tanpa buang karan, landing dgn selumbernya atas tikar tu.. dalam masa aku dok amek video, ombak tetiba kuat.. suma bangun dan tarik tikar.. sepanjang2 ombak kaler biru glow in the dark.. agak aneh.. sampai ada org mancing tepi tu naik ke darat.. agak pelik bg dia. aku penah tgk pasir pantai biru masa kat pulau kapas dulu. dipanggil 'blue sand'. kalo ada lampu, dia tak nmpk. kena gelap gelita..

cuak gak suma2 org sbb pikir takot tsunami jadi lagi.. tempat kami pi tu dulu kena tempias tsunami.. teruk gak la dulu.. tak lama lepas tu, kami wat andaian benda tu jadi sbb ada kapal nelayan baru lalu situ..

tak lama lepas tu, kami balik umah. nak ujan lagipon..

sampai2 kat umah, tok turun dgn laju ke toilet luar umah. rupanya dia cirit birit.. perkara biasa bagi kami sbb dia ada masalah usus dan penah buat operation dulu. tp ni g toilet tak henti2. disusuli dgn muntah2.. tak tau nak tlg camne.. huhuhu..

>> to be continued..

Thursday, 7 December 2006

tes..

aku tgh test natang ni.. nak tgk keberkesanan ia..

nate beghuk.. hehe..


>> ingat nak balik kg.. tanam padi..

Monday, 4 December 2006

dissapointed..

harini aku di offer join training kat UEM Builders untuk projek di Nusajaya, Johor.. seperti yang dijangka, keputusan terletak kat mak aku.. of course dia tak bg aku keja sana.. rasa seperti membuang mutiara kat dalam septic tank..

kenapa aku tak di beri peluang untuk membuat keputusan..?

dan sekarang aku rasa dissapointed yg teramat sangat..


>> ..patutkah aku makan racun?

Sunday, 3 December 2006

Tiada lagi..


Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu


>> lagu kenangan aku dan pid... pulau kapas, 14 september 2006

melepak..

almost 2 weeks aku dok melepak kat rumah tanpa punca sejak bergelar penganggur .. bangun lambat, memasak, layan prison break, kemas bilik, main badminton depan rumah, jd driver.. tu la kegiatan utama aku kat rumah sejak akhir-akhir ni..

interview pertama kat kota kemuning dah lepas tp aku tak dapat job as a quantity surveyor tu. member aku dapat.. tak kesah la.. aku dok try tunggu kot-kot ada rezeki ngan UEM. mana tau bleh tercampak kat Johor (NUSAJAYA) or Penang (2nd Penang Bridge)... moga2...

and also missing my buddies out there..

Malam Pra Graduan 2006

>> for the first time facing the real life...

Saturday, 25 November 2006

Lump sum..

aku kaver update utk byk event ni..

1st of all, selamat pengantin baru untuk Laila (ela) dan pasangannya, Hafiz.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

ela dan hafiz, 19th Nov 2006

Antara aksi-aksi dari mereka yang hadir..

beramai-ramai di atas pelamin

pengantin yg tak serious langsung..

2ndly, celebration of 4th birthday anak menakan aku..

faiz a'aqil, 4 years-old

>> i'm searching for a job.. huhu..

Thursday, 16 November 2006

Laila Sidek's Wedding

ni bukan laila majnun, bukan jugak anak-anak sidek... ni Laila Sidek. ex-student SMKA kuala selangor, dr form 1-4. batch aku, SPM 2000. dia ni putih-putih dan comel banget.. nama samaran, Ella.. aku takde plak gambar dia. kalo tak, bleh post kat sini.. dia bakal berkahwin dgn encik Hafiz.. butir-butir kenduri dia adalah seperti berikut;

Lokasi:
jalan kemuning, kampung bukit kuching, 45800 jeram, selangor
(Umah pengantin pompuan)

Tarikh:
18 (petang) dan 19 November 2006

sampai pekan sg buloh, kuala selangor tu, kalo tak silap, sblm jambatan yg ada sungai tu, ada simpang kanan. masuk situ.. kalo tak silap la.. kalo silap, sila tepon rakan-rakan anda yg pergi kenduri deh..?

>> jom datang ramai-ramai..

Nani dah konvo..

akhirnya, nani yg malas cam aku ni, konvo jugak akhirnya.. ni la musuh ketat aku waktu tido. asal lawan tido je, sure dia yg menang.. skrg susah la dia nak tido byk beb.. dia dah jadik QS yg berjaya di Skudai nun.. dah la grad ngan 2nd class upper.. bes la ko, Nani..

noma, pid, katak ijau, nani, aku..

nani goat dan encik saudaranya..

insyaAllah sem depan aku plak konvo... Aminnnnnn!!

>> aku the useless.. - "toot.. toot.." (maki diri sendiri)

Thursday, 9 November 2006

Open House..

aku cuti seminggu sbb ada konvokesyen skali ngan sambutan ulangtahun UiTM ke 50. UiTM wat jual2 kat padang kawad. macam2 ada... dari makanan sampai ke kereta yg dijual secara pukal. heh..

poster karnival 50 tahun UiTM..


yg aku ingat, cuti ni jugak disebabkan pengiktirafan sebagai 'world-class university'. amboi.. cam hebat je bunyiknye.. tp uitm kena ubah sket la prasarana kat sini especially kat kelas. tak macam 'world-class' langsung.. bes lagi masa kat skolah dulu.. huhuhu...

merujuk kat tajuk di atas, open house ni, open tak open sgt la.. only selected person je aku jemput.. hehehe.. sape yg terasa dia dijemput tu, mai la open house umah aku sabtu ni.. buat masa ni, aku jemput member2 UiTM, SMKA kosangor, beberapa individu dr sekolah rendah..

menu? tu esimen utk korang carik... datang deh..

>> lapar la plak ckp psl mkn2 ni..

Tuesday, 7 November 2006

Berehat sebentar..

ada gap seminggu plak exam ni. sbbnya, ada konvokesyen untuk graduan2 degree. konvo masa bulan 9 haritu, UiTM dah tukar wat konvo utk graduan diploma je.. elok gak, ada la masa aku nak 'study' (baca:main game)..

td paper economics bapak susahnya.. sbb tak baca or sbb soklan susah ntah. tak baca kot.. :P jgn kena repeat dah la.. letih dah study ni..

sehubungan dgn itu, td ada tgk keje yg diapply kat jobstreet.com harituh. takdak lagi yg successful.. yg UNsuccessful ada la.. huhu.. mari kita cuba lagi.. saya putar, abg halim...

ok, sambung main game jap.. thihihihi..

siti irdina umairah (my cousin), 5yrs, minah ganeh..
" saya single lagi.. kalo berminat, bole bagi nama yer..


>> tgh menjalani program tambah berat = makan nasik 3,4 kali sehari..

Thursday, 2 November 2006

FINAL exam..

woho.. exam beb. cam biasa, 5 paper.. antara paper tersikit dalam sejarah pembelajaran QS neh.. mari kita lihat, siapa yg kena..

4 Nov
Construction Technology

7 Nov
Construction Economics

15 Nov
Project Management

16 Nov
Measurement of Construction Works

18 Nov
Professional Practice


..gambatte ne!

>> aku tgh carik kijo ni... kalo sapa2 tau ada keje kosong utk position QS, sila send kat aku all the related info kat email aku..

Monday, 30 October 2006

Syawal 1427H

venue: kg. singkir, yan, kedah darul aman
date: end of ramadhan to 5th of Syawal 1427

ketupat palas sebagai sajian utama pagi raya..

my hand-made tart cookies

bancuhan tart tak jd, so aku alter utk jd biskut lain plaks..

bersama family dan tok sblh mak di pagi raya without my elder and younger brother

family dan tok sblh abah, without my elder brother's family

>> kutip duit raya abis-abisan sempena raya terakhir bergelar 'pelajar'.. hoho..

Thursday, 19 October 2006

kelas terakhir...

classmates with PM Khairani Ahmad..

kelas terakhir setelah 5 tahun berada di UiTM Shah Alam....



>> sad but true..

Friday, 13 October 2006

Thesis submission...

the flows..















>> merdeka!

Monday, 2 October 2006

selamat berpuasa rakan-rakan..

"..ramadhan, menyedarkan aku.. kesusahan yang diterima pada insan lain..."
- Ramadhan, Brothers..

berpuasa dalam semester ni mmg banyak dugaan.. tp sekurang2nya, masa puasa tu tak la terasa lama sbb kerja2 byk.. nak buat thesis (submit on 10th Oct), applied study (5th Oct).. esimen2.. huhuhu... sabaqqq...

semoga aku dapat pahala byk taun ni.. hehe.. pah antar tesis, aku nak makan pizza 8 layer.. hehe..






>> me and friends in terengganu....

Saturday, 23 September 2006

Monday, 18 September 2006

trip..

hoh.. lama tak apdet. bz sungguh.. banyak gak event yg terlepas untuk di ceritakan.. ni kira qada' semua la neh..

Futsal Inter-department.. (ketiga beb..)

BQS 06A (baju putih), BQS 06B dan BQS 03

kena sepak kaki org dulu baru bleh dapat medal ni.. heh!

Balik kampong..

figure of me.. took by jamila

kat bot-bot nelayan.. (macam kat poskad dahni)

Trip to Terengganu..

breakwater @ pemecah ombak..

lakaran bakal stadium terengganu.. ketiga terbesar di Malaysia..

kena siapkan sblm SUKMA 2008..

jejak di Pulau Kapas..

penyeri kelas.. RAMIN the BLACK ;)



tengok gambar-gambar trip yg lain (siri 1) kat sini

>> thesis kena submit on 6th October... konsentret...

Monday, 4 September 2006

update..

wan nor khadijah dan faza alisha
my anak2 menakan..


cuti mid-semester break uitm sedang berlangsung...

>> trip to terengganu.. 12th September 2006..

Wednesday, 30 August 2006

Merdeka?

agak2 la kan, ape erti kemerdekaan kat muda-mudi zaman skrg? mebi sbb tak idup zaman penjajah, tak la paham sgt apa itu merdeka.. tau2, kul 12 tgh malam, 31 ogos, sume lepak kat dataran, laung merdeka tanpa paham mende merdeka yg sebetul2nya.. lagi 1 sbb cuti umum.. bes la jugak. ayat ni tuju kat aku sbnarnya sb aku tak minat subjek sejarah sejak dulu.. yg aku tau, penjajah dtg taun 1511. hehehe..

draft thesis utk 4 chapter dah antar kat supervisor. seb baik tak kena maki sbb dah delay sebulan nak jmpa dia.. huhuhu... lega sungguh. next week cuti mid-semester break. nak kena balik kedah carik project utk thesis. kena pulun gak sepanjang seminggu ni. kalo tak, aku mmg kena bambu ngan supervisor..

semoga aku siap thesis... amin!

>> "ibarat mengajar bebudak QS, makin diajar makan tak tahu..." En Hasnan Botak (2006)

Saturday, 19 August 2006

bizi sungguh..

uii.. sejak 2 menjak ni, bz sokmo.. apa yg aku buat? mari kita lihat hasilnya..

kelas malam..

tgk hindustan ngan budak2 kelas secara berjamaah.. ;)

main badminton..

main badminton lagi..

di klcc g pc fair..

2 org gadis ayu yg turut serta ke pc fair berposing di jambatan taman klcc..

izadira konvo.. congrats!

last but not least...

buat thesis beb.. hehe..!

tu la kebizian yg dihadapi.. next week ada turnament futsal utk student QS kat sports planet seksyen 16 shah alam.. jemput la datang... 26hb Ogos 2006..

>> got new NIKON coolpix L3... thanks to 'that person'...

say cheese... ;)

Tuesday, 8 August 2006

tenet..

perghh... 11.0 Mbps... laju tak laju, download lagu dalam masa kurang dari 15 min untuk 8 lagu.. satu pencapaian yang baik. nak harap dial-up kat umah, masak la.. hehehe.. tu la, dgn adanya kolej anggerik ni, suma kerja telah menjadi mudah, cepat dan senang.. ada cc free plak.. bes.. dah la free, percuma plak tu.. hehe.. ayat sape eh ni?

siap bawak rice cooker plak kat kolej. konon nak masak nasik goreng ke ape.. patut mmg takleh bawak alat masakan kat kolej ni. tp bantai je la.. final year student beb.. otai aa sket.. hehehe.. sapa nak makan free dan percuma, jemput la datang ke kolej i ni.. bawak nasik goreng skali yer.. hahaha...

>> jgn bagitau pengetua kolej aku bawak rice cooker.. huhu..

Wednesday, 2 August 2006

kembali..

lama tak apdet.. macam-macam hal jadik. dari membuat thesis, sampai la balik ke kampung nun.. kelas plak asek tak tentu. sat-sat lecturer nak buat pagi, sat-sat nak buat petang.. huhuhu.. musim bizibodi telah bermula...

11-13hb ni ada PC Fair kat KL Convention Centre, Kuala Lumpur.. jom pegi buang masa dan wang ringgit..

>> tekanan jiwa dilaporkan.. roger!

Thursday, 27 July 2006

Kempen..

KEMPEN KUTIP SATU JUTA TANDATANGAN - ARTIKEL 11

Keterangan lanjut, meh klik kat SINI

>> sempat lagi neh..

Friday, 21 July 2006

lagu kekecewaan..

smlm carik2 mp3 kat web2 org ramai.. memang mudah je nk carik mp3. nak carik yg full-album pon ada, cam blog delang. tu yang aku tau la.. bleh download secara direct. tp ada certain links yg takleh pakai.. ikut server tu la. kalo ok, ok la.. sedap gak dapat sedut banyak-banyak ni..

pahtu, aku try masuk web fungkur. mana tau ada link-link yg bleh sedut mp3 gak.. last2 aku jumpa blog muaturun. tgh dok carik lagu dalam tu, aku jumpa 1 lagu yang direka khas untuk CT ngan Dato' K untuk melahirkan rasa kekecewaan mereka kat pasangan tu, dimana KerepeK (tuan punya blog muaturun) adalah pemilik lagu tu... (rasenye la..) hehehe.. lawak giles liriknye..

kalo nak download, klik kat sini.. (bukan save target)..

>> baru tgk gambar anak2 Dato' K... huhuhu.. sakan gak ler..

Monday, 17 July 2006

Gambar..

Tadak apa yg nak di updatekan.. just to inform, gambar baru dah di upload. Apa kata kita pakat2 pi tgk gambar kenduri Beng kat fotopages aku...

>> kelas dah stat..

Sunday, 16 July 2006

Selamat Pengantin Baru..

semalam kenduri kahwin Umar Faruq (baca: Beng).. aku dari rumah, g amek minah, angah kat s7.. pahtu g komuter amek zaim dari salak tinggi. pahtu jumpa kengkawan kat esso bkt raja berhampiran jaya jusco bkt raja.. adik bersama masitah dan hezlin menaiki satria hijau dan dini bersama balaknya menaiki savvy.

kami tiba di masjid sg pinang kira2 jam 2 petang waktu Malaysia.. dan ketika itu, pihak pengantin pon tiba jugak dengan berpakaian sedondon kuning diraja.. kelihatan juga pasangan kepada kakak pengantin perempuan (isteri Beng), yang turut diraikan dalam majlis perkahwinan tersebut. kiranya, ada 2 pasangan la dalam majlis ini..

Semoga mereka bahagia dan diredhoi Allah, fi dunia wal akhirah... aminnn..

Beng dan isteri, Khadijah..

para wanita..

para lelaki..

>> To Beng, congrats.. Harap tidak lagi berperangai buruk.. hehehe... dan izinkan kami untuk bergosip ngan bini ko.. hehe..