Tok (nenek) suka boh ayat2 kiasan dalam ayatnya yg kadang2 payah nak paham. tu tak masuk perkataan2 pelik yg aku jarang dengaq. ada beberapa perkara yang aku suka dr dia terutamanya perumpamaan yang dibuat sendiri olehnya.. mcm ni..
"..apabila berjalan jadilah hamba, apabila sampai jadi raja.."
maksudnya:
kalau nak pi sesebuah tempat tu, kita bawak la bekai. walaupon berat, tp sat lagi bila sampai kt tempat dituju tu, kita bleh makan...
ada 1 lagi..
"kalau kita dukung anak lembu masa dia kecik2 tiap2 hari, bila dia dah jd mak lembu pon kita masih bleh angkat dia.."
maksudnya:
kalo usaha kita berterusan, insyaAllah akhirnya kita berjaya..
sebenaqnya ada lagi tp tak ingat pulak. perumpamaan ni kalau kita dengaq, mmg la lawak. tp, maksud tersirat tu mmg btoi dan sgt penting.. buleh buat peringatan.
teringat plak 2 perumpamaan yg aku buat masa diploma dulu, "ibarat shin chan dipinggir katil" dan 1 lagi, aku takleh nak bagitau sbb .... ada la.. hahaha.. perumpamaan ni dibuat sbb nak ganti ngan perumpamaan "ibarat telur dihujung tanduk". masa tu shin chan aku dok tgk aku ja, jd, terbit lah idea ni yg maseh digunakan sampai la ni..
apapon perumpamaannya, yang penting isinya, bukan sahaja untuk peringatan, ttp juga untuk pengetahuan.. bak kata orang Kedah, "bahasa jiwa bangsa"..
Sekian sajalah syarahan saya pada hari ini, terima kaseh.. ehehehe...
No comments:
Post a Comment