Thursday, 2 June 2005

Insaflah umattt...

tatkala aku dok kemas buku² dr zaman pra-skolah, terjumpa plak risalah yg aku ngan angah wat utk BADAR (badan dakwah dan rohani) mase kat skolah dulu. bukan main lagi wat risalah agama utk sume student.. padahal perangai cam hapa je.. heheh.. nak wat camner, dah terlantik jadi AJK biro penerbitan dan dokumentasi BADAR.

dalam risalah ni ade tertulis, mengenai catatan dr Imam Al-Ghazali yg menyatakan bahawa bahaya ketiga : bercakap kosong pada perkara batil. tuu dia..

"ia bermaksud bercerita tentang perkara maksiat seperti kisah² lucah, kehebatan harta kekayaan, umpatan, kejian, cerita karut dan seumpamanya, dan itu adalah haram. manakala berkata lebih banyak pada perkara yang tidak penting, maka adalah lebih baik dijauhi. ini kerana kekerapan bercakap pada perkara yang tidak penting boleh membawa kita kepadabercerita perkara² yang batil. oleh kerana perkara yang batil itu sangat banyak, maka jalan terbaik untuk mengelakkan daripada terlibat adalah dengan mengurangkan bercakap perkara yang tidak penting.."


Sabda Rasulullah S.A.W., "manusia yang terbesar dosanya pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak turut campur dalam hal yang batil"

insaflah kawan²ku..

>> (muka keinsafan)

No comments: