Thursday, 30 June 2005

mari berkuiz..

aku dok tgk ramai dok wat quiz ni.. jd aku pon test gak la.. dan ini resultnye..

You scored as Architect. YOUR AN ARCHITECT!

Quantity Surveyor

83%

Architect

83%

Doctor

67%

Engineer

67%

Lawyer

33%

What kinda job r u meant to be..?
created with QuizFarm.com

hehe.. sbnanya kat quantity surveyor tu, i-banker.. ada plak i-banker termasuk dlm list.. ceh.. kan patut QS disitu.. tp disebabkan quiz ni tadak list QS, dia pon pepandai letak i-banker kat situ.. hehehe.. psl architect ni, minat gak la sposen. tp abg aku tak kasik amek masa aku dok isi borang dulu.. katanya, leceh dan byk keja.. QS pon bleh aa.. bes hapa! promote..promote..

Tuesday, 28 June 2005

anak durhaka..?

aku ada terbaca kat beberapa blog tentang artikel kisah anak yg durhaka sbb campak Al-Quran mak dia semata2 nak tgk rancangan hiburan.. pahtu anak dia tu bertukar menjadi rupa haiwan dan skrg dijaga di dalam sebuah hospital yang kat mana tah. ala..korang pon musti penah baca.. tp, baru ni aku ada dpt email yg menyatakan crita tu sbnarnya tak btol.. artikel yg di maksudkan adalah di www.tranungkite.net, yg bertajuk "Balasan Allah" yang diterbitkan di laman ini pada hari Jumaat 17 Jun lalu.

sebenarnya, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar pameran "We are family, Venice, Biennale, 2003". untuk keterangan lanjut sila ke website ini:
cerita sebenar..

tah yer, tah idak.. huhuhu..

>> ini hanya informasi dari email yg diterima.. segala kesilapan atau percanggahan adalah tidak berkaitan dgn penulis.. harap maklum ek.. hehe..

Sunday, 26 June 2005

nasi tambah 1..

muehehehe.. sbnarnya anak buah aku dah bertambah sorg hari ni.. dah macam nasik tambah dah.. lepas 1, dtg lagi 1.. dah cam musim plak.. taun ni je dah 2 org dan menjadikan total suma adalah 3 org.. huhu.. mujur aku tak keja lagi. kalo tak, taim raya masing2 dah pakat2 hulur tangan.. ni la pentingnya jd student. setiap kali raya, org lain yg kasik duit walaupon tak mintak. kuikui..

berbalik kepada anak buah td, dia merupakan seorang pompuan yg bakal mewarisi kerajinan aku.. hehe.. lahir kul 1 tgh hari td melalui operation memandangkan akak ipar ada darah tinggi. masa melawat td, dpt tgk baby melalui cermin jah.. lom bleh kluar dr bilik persatuan2 bayi tu lagi.. huh! ada gak amek gambar ngan henset tp takleh nak masuk dlm pc sbb hp cokia aku takdak bluetooth. jd, tak dpt la nak tunjuk rupa bayi yg berumur 4 jam tuh.. tunggu amek ngan kamera sehari 2 ni la..

nama yg telah dicadangkan oleh mak bapak dia adalah faza aliesha @ nuraliesha. bkn main canggih-manggih nama bebudak skrg... nama aku gak yg mudah, sedap, tepat, cepat dan betul...kan?

dan ini anak2 sudara makcik pawah setakat ni..


Faiz A'aqil


Wan Nor Khadijah

Wednesday, 22 June 2005

hantu banner..

sejak cuti ni, dah brapa byk banner dah aku tukar.. jgn kata sejak cuti, bln ni saja dah 4,5 kali tukar.. huhuhu.. mmg antu banner btoi la.. asal bukak je pc, tangan dah stat gatai nak design banner. tadak punca.. ehehe.. tu psl keja tak siap2..

lepas tu, kegilaan aku thp banner ni makin menjadi2 apabila jumpa plak website budak Ikoko ni.. rupanya dia letak wallpaper yg lawa2 kat satu web ni.. (web dia gak la..) macam2 kategori wallpaper yg ada kat situ antaranya, anime wallpaper, digital, game, movie, dan ade la byk lagi.. korang pon bleh upload kat situ kalo korg ada wallpaper yg best untuk dikongsi sama2.. apa salahnya, kongsi2 ni kan? jgn berkongsi hidup, sudahlah.. ehehehe..



ape kata korang masuk kat Sukasuki Wallpaper ni.. tgk sendiri la yer.. aku promote jahh..

>> sapa ada ubat nok buang antu dlm otak aku nih..? aku nak wat keje dgn aman ni.. waaaa...!!

Sunday, 19 June 2005

mari bersukan..

itu lah dia topik pd harini.. sebenarnya td baru blk main bowling.. tu yg penuh semangat kesukanan. hm..lama tak pegang bola yg berat tuh.. bakat pon dah lama tak digilap. cewah2.. actually, opis kakak wat family day kat pusat boling the summit, USJ. wat tournament la kiranya.. aku selit2 main kat lane free (tak join tournament) ngan encik wan (abg ipar), memandangkan kakak maseh blom bleh angkat2 berat setelah lahirkan anak 1st. kalo tak, dia yg join dulu.

hm..sedap la main free. nak bayar pon RM5.50/game.. mahalnya.. huhu.. kat Plaza Alam Sentral (PAS) baru RM4.80/game. kalo weekdays (10 a.m. to 6 p.m.), student bayo dlm RM2.20 (lom +RM2.00 for shoe rental) jer.. (nampak sgt ke aku ni kaki bowling?) ish..ni pehal promote Bowling kat PAS lak nih.. huhu..

pah tournament abih, kami main secara berbayar plak memandangkan masa main kat lane free tu, hanya main 1 game jahh.. plak tu ramai ngan tah sapa2 yg tak join tournament tu. 1st game tu la baru warm-up.. jd, dah alang2 main, beli la 3 game (after add another 1 game sbb tak puas ati dgn mata masing2..hehe..)

secara ringkasnya, keputusan permainan adalah seperti berikut;

W = Wan
CP = Che Poonz


2nd game - antara pencapaian terhebat abad ini.. hehe..


3rd game


1st game tak sempat amek.. kalo tak, riak lebih lagi nih.. hehehe..

>> sapa2 nok wat tournament ngan aku secara personal, jgn malu2 nak jemput.. kehkeh..
>> permainan lain = tenis, pingpong, konda-kondi, galah panjang, batu seremban dan lari setempat.. muahahaha..

Thursday, 16 June 2005

tips menghalang kecurian

email dr kak mas dimana tips ni diberi oleh Polis DiRaja Malaysia. bagus gak nih, sebagai langkah2 keselamatan.. cuba baca tgk..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka
akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh cam kat kampong2) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama, pencuri pon dah tau...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert la kononnya).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. (takkan no senag camtu pon tak hafal.. panik lain crita la..)

12. 'Kalau' berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. (kesimpulan, jgn beli proton.. tak selamat.. hehe..) Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Jangan berkawan dengan Orang Indon atau Bangla.

>> kehkeh... itu rupanya kesimpulannya.. mana yg dah 'ter'berkawan tu, jaga2 la.. lagi satu, jgn 100% caya kat jiran tuh.. bahaya gak.. huhuhu...

Friday, 10 June 2005

Perumpamaan buatan sendiri..

Tok (nenek) suka boh ayat2 kiasan dalam ayatnya yg kadang2 payah nak paham. tu tak masuk perkataan2 pelik yg aku jarang dengaq. ada beberapa perkara yang aku suka dr dia terutamanya perumpamaan yang dibuat sendiri olehnya.. mcm ni..

"..apabila berjalan jadilah hamba, apabila sampai jadi raja.."

maksudnya:
kalau nak pi sesebuah tempat tu, kita bawak la bekai. walaupon berat, tp sat lagi bila sampai kt tempat dituju tu, kita bleh makan...

ada 1 lagi..

"kalau kita dukung anak lembu masa dia kecik2 tiap2 hari, bila dia dah jd mak lembu pon kita masih bleh angkat dia.."

maksudnya:
kalo usaha kita berterusan, insyaAllah akhirnya kita berjaya..

sebenaqnya ada lagi tp tak ingat pulak. perumpamaan ni kalau kita dengaq, mmg la lawak. tp, maksud tersirat tu mmg btoi dan sgt penting.. buleh buat peringatan.

teringat plak 2 perumpamaan yg aku buat masa diploma dulu, "ibarat shin chan dipinggir katil" dan 1 lagi, aku takleh nak bagitau sbb .... ada la.. hahaha.. perumpamaan ni dibuat sbb nak ganti ngan perumpamaan "ibarat telur dihujung tanduk". masa tu shin chan aku dok tgk aku ja, jd, terbit lah idea ni yg maseh digunakan sampai la ni..

apapon perumpamaannya, yang penting isinya, bukan sahaja untuk peringatan, ttp juga untuk pengetahuan.. bak kata orang Kedah, "bahasa jiwa bangsa"..

Sekian sajalah syarahan saya pada hari ini, terima kaseh.. ehehehe...

Tuesday, 7 June 2005

Jalan-jalan cari pasai..

semalam pi times square utk pertama kalinya.. pi la tgk ada apa yg suma org dok sakan sgt.. takdak apa pon..

aku bwk adik ngan sorg anak makcik pi main kat Cosmo's World Theme Park .. tak beli tiket lagi, aku dah teruja ngan rollercoaster (supersonic odyssey) kat situ.. huhu.. track dia mmg mencabar abih.. lalu ataih pala org awam ja.. kalo jatuh la.. opppsss...

tiket mahal gak la. adult RM25/head (kalo ada 2 kepala kena bayaq double.. heh). budak2 RM15/head while warga emas RM15 jgk (org2 tua mana sakan sgt mcm org muda..). percubaan pertama dimulakan dgn bismillah.. hehe.. aku naik spinning orbit yg naik sampai bumbung tuh.. katanya "it's rotating at 10 rate per minute".. tu dia aih.. sebagai seorang penggayat, aku lebih rela tgk kelopak mata sendiri dr tgk kat bawah.. huhu.. tinggi wooo..



lepas tu, naik plak DNA mixer. tgk org lain naik, cam beh jah.. dah naik, baru tau ke'gila babas'annya.. ada plak dia benti taim kepala ke bawah.. mmg nak mix DNA btol la tuh.. mereng la gak seround.. pahtu ada la 3,4 pamenan lain yg aku try.. dan yg pasti, aku naik la rollercoaster tu. mmg bes ah.. adik aku takmo naik. penakut punya budak. anak makcik plak x cukup min height.. cheh.. aku turun ja rollercoaster tu, nampak gambaq aku kat screen org jual gambaq kat tepi tuh.. gambaq taim rollercoaster tu tgh turun cerun. bleh plak amek gambaq taim tu.. mana dan nak kontrol cun.. hehehe..



kluaq dari park tu, aku pekena daytona beberapa round dan 'ter'kalahkan mamat2 cina yg nampak ja cam gangster, tp hampeh.. muka2 depa mcm tak puas ati sbb aku telah terbalikkan keta masing2 dan dpt no 1. tak bes kot sbb kalah ngan pompuan.. haha.. skill penting tuh..

kalo hangpa nak pi, pi ngan kawan2 secara berjemaah la, baru bes.. pahtu, jgn makan kenyang2.. saranan aku nih..

Thursday, 2 June 2005

Insaflah umattt...

tatkala aku dok kemas buku² dr zaman pra-skolah, terjumpa plak risalah yg aku ngan angah wat utk BADAR (badan dakwah dan rohani) mase kat skolah dulu. bukan main lagi wat risalah agama utk sume student.. padahal perangai cam hapa je.. heheh.. nak wat camner, dah terlantik jadi AJK biro penerbitan dan dokumentasi BADAR.

dalam risalah ni ade tertulis, mengenai catatan dr Imam Al-Ghazali yg menyatakan bahawa bahaya ketiga : bercakap kosong pada perkara batil. tuu dia..

"ia bermaksud bercerita tentang perkara maksiat seperti kisah² lucah, kehebatan harta kekayaan, umpatan, kejian, cerita karut dan seumpamanya, dan itu adalah haram. manakala berkata lebih banyak pada perkara yang tidak penting, maka adalah lebih baik dijauhi. ini kerana kekerapan bercakap pada perkara yang tidak penting boleh membawa kita kepadabercerita perkara² yang batil. oleh kerana perkara yang batil itu sangat banyak, maka jalan terbaik untuk mengelakkan daripada terlibat adalah dengan mengurangkan bercakap perkara yang tidak penting.."


Sabda Rasulullah S.A.W., "manusia yang terbesar dosanya pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak turut campur dalam hal yang batil"

insaflah kawan²ku..

>> (muka keinsafan)