Monday, 18 October 2004

Akhirnya..

setelah 3 tahun aku bergelumang ngan assignments, bgn awal pagi (walaupon pd hakikatnya slalu lambat pegi kelas), conflicts ahli group, tiru meniru ketika xm (terima kaseh kawan aku,PID, sbb bagi aku tiru..kehkeh..) aku akhirnya berjaya menamatkan pangajian dlm bidang diploma in Quantity Surveying.

Walaubagaimanapon, result utk part 6 ni lom kuar.. doa2 la aku tadde repeat paper..huhuhu... kalo clear, aku terus sambong degree.. nak tak nak, 2 taun lagi la aku dok kat UiTM shah alam ni.. bosan btol.. dekat bebenor.. apply kat sarawak bagus gak..hehe..senang sket nak jd org asli bila taim sengkek.. kehkeh..

Yang paling bes, tekanan dah takde.. yeahhhhhhh.....!!!

Monday, 27 September 2004

Final EXAM..

lama dah aku tak update Blog.. busy Project, assignments, MPG (malam Pra-graduan)..dll.
Next week exam plak haa..

5 Oktober 2004

Measurement of Construction Works V (Paper I)
Measurement of Construction Works V (Paper II)

7 Oktober 2004

Building Services IV

9 Oktober 2004

Project Management I

11 Oktober 2004

Construction Economics III

13 Oktober 2004

Professional Practice II

14 Oktober 2004

Construction Technology


*Doa2 kan aku...huhuhuhu.. Final Year nih..

Sunday, 5 September 2004

Task III begin..

Project..project..project..

tak abih2 kan? Task II yang palaing menyayat hati aku sampai bercucuran air mata akibat sikap ahli group yang dissapointed me. huhu.. mujur la Task II dah selamat hantar.. tapi lambat la. kena potong marks pon aku dah tak kesah. janji siap.

Dah masuk Task III, aku kena price BQ yang aku dah buat tu. Tah la.. benci btol aku ngan subject PROJECT yang toot ni.. mujur takde paper final. kalo tak, keciwak la aku seumur idup..

Jadual pekse final aku pon dah kuar. tapi aku masih tadde hati nak salin.. gila btol aku ni.. nak grad ke tanak ni..? huhuhu...

Please pray for me, huh! Aku nak grad weiii... tekanan jiwa dah ni..

Thursday, 26 August 2004

Hingga Hujung Nyawa..

semalam member aku beli cd ori kat PAS. Tajuk citer, 'Hingga Hujung Nyawa'... pelakon, tak lain tak bukan, si Yusri ngan Erra Fazira. dah takde pelakon lain gamaknye kat mesia ni.. layan jer ah..

Jalan crite leh tahan.. crite untuk anak2 yang tak sedor diri or yang suke sgt durhaka kat mak bapak.. huhuuhuhuhu...



Kisahnye berbunyi cenggini...

Hingga Hujung Nyawa (HHN) mengisahkan seorang nenek bernama Nora (Erra) yang datang dari keluarga miskin di sebuah kampung. Dia merupakan anak tunggal pasangan Halim dan Maznah yang hanya pekebun kecil. Nora diterima masuk ke sebuah Institut Pengajian Tinggi di ibu kota.

Kedatangannya ke kota besar telah merubah sikap serta wataknya. Di mulai terpengaruh dengan kehidupan kota yang serba moden dan mementingkan kebendaan, menyebabkan dia menjadi hipokrit dan malu untuk mengaku dirinya orang kampung. Keadaan semakin runcing apabila dia berkenalan serta menjalinkan hubungan dengan Kamil (Yusri la tu..) , anak Dato' yang juga belajar di kampus yang sama.


Kamil merupakan seorang siswa yang digilai oleh ramai siswi di situ. Nora menjadi semakin sombong dan bongkak kerana dia berjaya menambat hati Kamil. Nora bimbang Kamil akan memutuskan hubungan sekiranya dia mengetahui latar belakang dirinya lantas, Nora terpaksa berpura-pura dan berlagak seperti anak orang berada dari segi penampilan diri. Akibatnya, dia tidak sudah-sudah meminta wang perbelanjaan yang di luar kemampuan ibu bapanya dengan alasan untuk perbelanjaan pengajiannya. Halim dan Maznah terpaksa meminjam wang hingga bergolok gadai demi kepentingan Nora.


Akhirnya Nora berkahwin dengan Kamil. Halim dan Maznah mengetahui perkara tersebut setelah berita tersiar di dalam akhbar. Mereka sungguh malu dan kecewa. Di hari perkahwinan itu, kedua ibu bapanya hadir tetapi dihalang masuk. Maznah dan Halim terlalu kecewa dengan perbuatan Nora. Sekali lagi Halim dan Maznah ke rumah Nora dan sangat gembira apabila mendapat tahu mereka telah mendapat cucu. Nora bertindak menghalau mereka dan tidak membenarkan mereka datang lagi ke situ kerana bimbang rahsianya akan terbongkar. Perbuatan Nora dilihat Kamil tanpa disedari Nora, kerana terlalu kecewa yang amat sangat, Maznah akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.


Kamil mendapat tahu perkara sebenar lalu menghalau Nora dengan memberi syarat, sekiranya Nora mahu kembali dia mesti meminta ampun dari kedua ibu bapanya dan membawa mereka ke rumah Kamil. Nora pulang ke kampung tetapi hampa apabila mengetahui ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya yang tenat tidak mengaku Nora sebagai anaknya, lalu meninggal dunia.

Nora mengalami tekanan perasaan yang teruk sehinggakan dia menjadi tidak siuman. Dia ditahan dan dihantar ke hospital sakit jiwa. Setelah semakin tua, dia dihantar pula ke rumah orang-orang tua. Di sana dia sering dilawati Dr. Aniq (yusry). Mereka mengetahui hubungan sebenar setelah Dr. Aniq membawa Nora pulang ke rumahnya.



Rupenye, Dr aniq tu, anak dia yang dia tinggalkan dulu... then, dia ajak g kubur laki dia dan akhirnya dia mati kat atas kubur tu... kebetulan lak yer..?

*crite tak la bes sgt tp jln crite tu agak menyayat hati gak la sposen.. nak bagi kesedaran sivik je ni.. try tes aa tgk..
*rating 6.5/10.. ok la tu..

Friday, 6 August 2004

Mean Girls...

Aku tgk crite ni minggu lepas kalo tak silap.. tgk kat bilik bersama rakan2 sebilik..



Crite ini mengisahkan sorg budak pompuan (Lindsay Lohan) yang tak penah g sekolah disebabkan mak bapak dia dok kat afrika nun as ape tah.. tp cam zoologist aa.. jd, dia hanya diajar oleh mak dia je kat umah.

Masuk aje sekolah baru, takde sape pon nak kawan ngan dia melainkan 2 org budak ni..



Then, ade 3 girls yang mmg top abih la kat sekolah tu. sorg tu cam bodo2, sorg tu garang, sorg lagi glamer sbb lawa dan seksi.. Tak lama pahtu, 3 pompuan ni ajak Lindsay join group diorang.



Dalam mase yang sama, dia minat kat mamat yang dok depan dia dlm kelas yang jugak merangkap bekas pakwe kepada salah sorang 3 dara pingitan td.. Jd, dia pon nak menekel di samping kawan dia tu dok hasut mcm2 kat lelaki tu psal Lindsay..



Setelah dia tau bekas awek lelaki tu adalah penghasut, dia nak balas dendam kat pompuan tu sambil merampas lelaki idaman dia tuh.. Nak tau kesudahannya, tgk sendiri aaa.. tak berkesempatan lak aku nak taip pjg2.. kalo aku rajin, aku sambung blk.. hehe..

*rating 7/10