Thursday, 26 August 2004

Hingga Hujung Nyawa..

semalam member aku beli cd ori kat PAS. Tajuk citer, 'Hingga Hujung Nyawa'... pelakon, tak lain tak bukan, si Yusri ngan Erra Fazira. dah takde pelakon lain gamaknye kat mesia ni.. layan jer ah..

Jalan crite leh tahan.. crite untuk anak2 yang tak sedor diri or yang suke sgt durhaka kat mak bapak.. huhuuhuhuhu...



Kisahnye berbunyi cenggini...

Hingga Hujung Nyawa (HHN) mengisahkan seorang nenek bernama Nora (Erra) yang datang dari keluarga miskin di sebuah kampung. Dia merupakan anak tunggal pasangan Halim dan Maznah yang hanya pekebun kecil. Nora diterima masuk ke sebuah Institut Pengajian Tinggi di ibu kota.

Kedatangannya ke kota besar telah merubah sikap serta wataknya. Di mulai terpengaruh dengan kehidupan kota yang serba moden dan mementingkan kebendaan, menyebabkan dia menjadi hipokrit dan malu untuk mengaku dirinya orang kampung. Keadaan semakin runcing apabila dia berkenalan serta menjalinkan hubungan dengan Kamil (Yusri la tu..) , anak Dato' yang juga belajar di kampus yang sama.


Kamil merupakan seorang siswa yang digilai oleh ramai siswi di situ. Nora menjadi semakin sombong dan bongkak kerana dia berjaya menambat hati Kamil. Nora bimbang Kamil akan memutuskan hubungan sekiranya dia mengetahui latar belakang dirinya lantas, Nora terpaksa berpura-pura dan berlagak seperti anak orang berada dari segi penampilan diri. Akibatnya, dia tidak sudah-sudah meminta wang perbelanjaan yang di luar kemampuan ibu bapanya dengan alasan untuk perbelanjaan pengajiannya. Halim dan Maznah terpaksa meminjam wang hingga bergolok gadai demi kepentingan Nora.


Akhirnya Nora berkahwin dengan Kamil. Halim dan Maznah mengetahui perkara tersebut setelah berita tersiar di dalam akhbar. Mereka sungguh malu dan kecewa. Di hari perkahwinan itu, kedua ibu bapanya hadir tetapi dihalang masuk. Maznah dan Halim terlalu kecewa dengan perbuatan Nora. Sekali lagi Halim dan Maznah ke rumah Nora dan sangat gembira apabila mendapat tahu mereka telah mendapat cucu. Nora bertindak menghalau mereka dan tidak membenarkan mereka datang lagi ke situ kerana bimbang rahsianya akan terbongkar. Perbuatan Nora dilihat Kamil tanpa disedari Nora, kerana terlalu kecewa yang amat sangat, Maznah akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.


Kamil mendapat tahu perkara sebenar lalu menghalau Nora dengan memberi syarat, sekiranya Nora mahu kembali dia mesti meminta ampun dari kedua ibu bapanya dan membawa mereka ke rumah Kamil. Nora pulang ke kampung tetapi hampa apabila mengetahui ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya yang tenat tidak mengaku Nora sebagai anaknya, lalu meninggal dunia.

Nora mengalami tekanan perasaan yang teruk sehinggakan dia menjadi tidak siuman. Dia ditahan dan dihantar ke hospital sakit jiwa. Setelah semakin tua, dia dihantar pula ke rumah orang-orang tua. Di sana dia sering dilawati Dr. Aniq (yusry). Mereka mengetahui hubungan sebenar setelah Dr. Aniq membawa Nora pulang ke rumahnya.



Rupenye, Dr aniq tu, anak dia yang dia tinggalkan dulu... then, dia ajak g kubur laki dia dan akhirnya dia mati kat atas kubur tu... kebetulan lak yer..?

*crite tak la bes sgt tp jln crite tu agak menyayat hati gak la sposen.. nak bagi kesedaran sivik je ni.. try tes aa tgk..
*rating 6.5/10.. ok la tu..

No comments: