source: HERE
sejak Elyn cerita kt fb group kami semalam, aku tertanya-tanya, siapa mereka ni? laju-laju aku search google dan jumpa blog INI. empunya blog bernama Moon. Moon adalah biras kepada Norma. dalam ertikata lain, suami Moon dan suami Norma adalah adik-beradik.
seperti yang disebut Moon di MHI, sebagai blogger, sememangnya tiada perkara lain yang wajib ditulis melainkan kisah hidupnya, keluarga dan keadaan sekeliling. dan sejak Norma muncul dalam keluarganya, kisah Norma turut menjadi salah satu topik dalam blognya. setelah Norma didapati mengidap kanser otak selepas bersalin, beliau masih menulis tentangnya. ramai orang memberikan semangat kepada Norma dan keluarga, berkongsi kaedah perubatan, menyampaikan sumbangan wang ringgit, keperluan perubatan dan ada juga yang sanggup pos ubat-ubatan yang terbaik dibeli dari luar negara. dari pembacaan aku terhadap komen-komen di blognya, rakyat Malaysia sememangnya prihatin.. alhamdulillah..
sejak mula membaca blog itu dan memahami kisah Norma, air mata aku tak berhenti turun. setiap kali terlintas kisah itu, mata aku dah bergenang, dada dah rasa sebak sgt. sedih tu bukan sahaja kesian pada Norma, malah babynya juga. mungkin sbb aku dah ada anak. jadi perasaan itu jadi lebih sedih setelah menyelami perasaan seorang ibu.
terbaca kata-kata Moon di blognya.. "ingatkan Seth (Nora Elena) adalah org yang paling romantik, tetapi Talib adalah lebih dari itu.." Talib berjanji akan menjaga isteri kesayangannya itu sehingga hujung nyawanya.. untungnya Norma mempunyai seorang suami yang sangat-sangat setia padanya..
jadi, sebagai seorang manusia biasa, inilah yang mampu kita lakukan untuk membantunya.. marilah kita sama-sama berdoa Norma kembali sembuh untuk membesarkan anaknya atau setidak-tidaknya dapat memangku, memeluk dan bercakap dengan anaknya.. di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita membantu beliau dan keluarganya dengan sumbangan wang ringgit dengan seikhlas hati ke akaun ini:
CIMB - 01070068677528
semoga sumbangan itu mendapat keberkatan dari Allah SWT di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..
>> hulurkan tangan, ringankan beban..
No comments:
Post a Comment