Tuesday, 23 August 2011

persiapan raya..

persiapan raya taun ni, nk kata meriah, tak jugak.. nak kata tak meriah, aaa tak jugak.. konsepnya adalah disebabkan begini..

1. Aufa mula dapat kaki dan sgt eksited bagi parents dia utk beraya sbb dah bleh pakai baju kurung..

2. encek mohd hasben masih di perairan Lumut dan until to-date masih belum ada kata putus untuk balik beraya kerana pegawainya adalah seorang ca-ya-nun-alip dan mengerahkan krew utk membuat kerja dari pagi sehingga larut malam dan tidak menjaga kebajikan krew langsung di mana mereka hanya disediakan megi untuk berbuka & sahur (sepatutnya makanan disediakan sbb kerja outstation kali ini tak dibenarkan utk claim. so, mereka kena kumpul duit "bonus raya" utk beli bahan mentah sendiri utk dimasak)

3. abang sulung tak balik beraya sbb kakak ipar sedang pregnant dan tak digalakkan untuk berjalan jauh kerana sering bleeding ketika pregnant.

4. abang yang sorg lagi x tau dapat balik beraya atau tak sbb anaknya yg baru berumor 2 bln itu masih di DEMC shah alam akibat jangkitan pada paru-parunya disebabkan berjangkit demam campak melalui ibunya. hrini dah genap seminggu dia kt spital tu..

5. kakak kena tunggu hasben dia mengimamkan sembahyang raya.. pahtu dia balik..

6. parents in-law menanti-nanti anak menantu cucu dia blk.. especially Aufa yang dah lama tak jumpa..

aku masih termanggu-manggu bila nak balik disebabkan perkara-perkara di atas. slalunya 2 minggu sblm raya dah tau bila nak balik. ni dah tinggal seminggu, masih tak ada keputusan lagi..

raya kt shah alam? oh.. tidak sesekali...
KOT!

>> encek hasben, sila cepat pulang.. atau kami jemput kt Lumut sana..

Monday, 22 August 2011

seminggu lagi..

pejam, celik.. pejam, celik..

cuma tinggal seminggu lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya..

dan Syawal pula akan bermula..



alhamdulillah..

baju raya aku dan mek aufa dah selamat beli.

sedondon ok.. bkn sekadar kaler, malah corak juga.. oh.. poyonya..

hehehe..



baju raihan dan kain pelikat untuk pak mentua dah beli..

kain pasang (dah bg sblm puasa) dgn tudung utk emak dan ibu mertuaku pon dah beli..

Cuma tudung utk diri sendiri blom ada lg..

pi carboot smlm tp takdak yg berkenan walaupon ada berpuluh peniaga tudung..

haihhhh.. cerewetnya cik salmah ni..



baju raya encek suami?

hm.. beliau pon x tau lg bleh balik raya ke tak..

so, takyah la beli lg..

mungkin carik selai dua baju t-shirt utk dia.

nak harap dia beli, mana nak jumpa kedai kt tgh laut tu.

kalau ada pon, org jual t-shirt terpakai atau yg tgh pakai.

hehehehe..




________________________________
ciPuding_7 <http://cipuding7.blogspot.com/> posted via email.. \(^_^)/

Thursday, 11 August 2011

Please Help Norma... also Talib and baby Rafiq..


source: HERE

sejak Elyn cerita kt fb group kami semalam, aku tertanya-tanya, siapa mereka ni? laju-laju aku search google dan jumpa blog INI. empunya blog bernama Moon. Moon adalah biras kepada Norma. dalam ertikata lain, suami Moon dan suami Norma adalah adik-beradik.

seperti yang disebut Moon di MHI, sebagai blogger, sememangnya tiada perkara lain yang wajib ditulis melainkan kisah hidupnya, keluarga dan keadaan sekeliling. dan sejak Norma muncul dalam keluarganya, kisah Norma turut menjadi salah satu topik dalam blognya. setelah Norma didapati mengidap kanser otak selepas bersalin, beliau masih menulis tentangnya. ramai orang memberikan semangat kepada Norma dan keluarga, berkongsi kaedah perubatan, menyampaikan sumbangan wang ringgit, keperluan perubatan dan ada juga yang sanggup pos ubat-ubatan yang terbaik dibeli dari luar negara. dari pembacaan aku terhadap komen-komen di blognya, rakyat Malaysia sememangnya prihatin.. alhamdulillah..

sejak mula membaca blog itu dan memahami kisah Norma, air mata aku tak berhenti turun. setiap kali terlintas kisah itu, mata aku dah bergenang, dada dah rasa sebak sgt. sedih tu bukan sahaja kesian pada Norma, malah babynya juga. mungkin sbb aku dah ada anak. jadi perasaan itu jadi lebih sedih setelah menyelami perasaan seorang ibu.

terbaca kata-kata Moon di blognya.. "ingatkan Seth (Nora Elena) adalah org yang paling romantik, tetapi Talib adalah lebih dari itu.." Talib berjanji akan menjaga isteri kesayangannya itu sehingga hujung nyawanya.. untungnya Norma mempunyai seorang suami yang sangat-sangat setia padanya..

jadi, sebagai seorang manusia biasa, inilah yang mampu kita lakukan untuk membantunya.. marilah kita sama-sama berdoa Norma kembali sembuh untuk membesarkan anaknya atau setidak-tidaknya dapat memangku, memeluk dan bercakap dengan anaknya.. di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita membantu beliau dan keluarganya dengan sumbangan wang ringgit dengan seikhlas hati ke akaun ini:

NOORMAWATI BINTI MOHD RASIF
CIMB - 01070068677528


semoga sumbangan itu mendapat keberkatan dari Allah SWT di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..


>> hulurkan tangan, ringankan beban..

Monday, 8 August 2011

seminggu dah..

seminggu sudah berpuasa..
seminggu sudah tak masak ketika berbuka..
seminggu sudah balik awal..
seminggu sudah ambik aufa hari-hari.. (sblm ni abah dia yg ambik dulu sbb dia smpai awal)

dan dlm seminggu itulah telah diberikan kesempatan untuk berbuka dgn encek mohd hasben walaupon ada hari yang dia tak buleh balik sbb bertugas..

kepada encek suami, kita jumpa 3 minggu lagi..
atau lebih awal lagi.. lebih bagus.. hehe..

>> berbuka dgn Aufa.. Aufa tukang celop tgn dlm cawan air ibu dia..

Wednesday, 3 August 2011

farewell to me...

gudbai bos & seketerinya yg telah mendidik saya menjadi QS yg berilmu selama hampir 4 tahun.. selamat berjuang bersama project team baru.. dan saya bakal dihentam oleh bos pompuan yang kerek, bersuara lantang, seorang bujang terlajak serta tak penah nak memahami orang itu.. selamat pulang lewat HARI-HARI kepada diri sendiri dan jangan bermimpi untuk cuti walaupon entitle untuk dpt MC.. Aufa, pls pray for your mom.. semoga ibu ada masa untuk Aufa nanti..

sob.. sob..

>> tekanan jiwa dilaporkan..