Friday, 17 June 2011

Selamat Hari Abah..

aku tak penah sambut hari bapa sbb masa abah ada, aku masih belajar di skolah. masuk skolah menengah, dok asrama plak, mana sempat nak wish2 ni.. lgpon time tu kesedaran sivik tak ada lagi.. duit nk beli hadiah pon takdak.. kalau ada pon, tu duit abah..

jadi, tunjukkanlah rasa kasih dan sayang anda kepada bapa anda (dan ibu juga) sementara mereka masih ada.. bukan masa hari-hari tertentu sahaja, tp hari-hari..

dikesempatan ini, sekalung doa dan Al-Fatihah untuk arwah abah, Hj. Che Ani Hj. Ismail (20 Oct 1952 – 27 Feb 1998).. bagi saya, sesungguhnya tiada abah yang lebih best melainkan abah.. Semoga Allah merahmati hidup abah dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.. amin ya rabbala’lamin..

dan..

Selamat hari abah/bapa/daddy/ayah..........etc.. buat seluruh kaum lelaki yg mempunyai anak..

semoga menjadi contoh yang paling terbaik untuk anak-anak, dunia dan akhirat..

for you too, Abah Aufa..
we love you..
:)


________________________________
ciPuding_7 posted via email.. \(^_^)/

No comments: