Thursday, 30 June 2011

akibat jadi QS..

sejak beberapa bulan ni, aku baru sedar sesuatu..
bahana dari menjadi seorang qs..
iaitu, aku jadi lemah dlm kira-kira yg guna otak.
smpai nak kira 17 + 18 pon aku guna calculator..
dulu cuma ada calculator time SPM yg aku wariskan smpai skrg.
bila ada project smpai 10 angka, kena la angkut yg besar 2 kali tapak tangan.
amekkauuu.. huahaha..

tu la..
sapa suh qs kira guna calculator..
elok-elok bleh jadi pakar kira-kira, terus otak jadi lemah sbb otak slalu dimanjakan..

kesimpulannya,jangan jadi qs..
hehe..

>> qs slalu kira ribu2, juta2, tu yg takleh kira secara manual tuh..

Monday, 27 June 2011

Menstrual Calender for Mobile Phones..

aku dok godek2 henpon cap ayam ni, jumpa la 1 application yg sgt penting utk kaum wanita khasnya yg dah berkahwin.
zaman skrg ni suma pakat pakai henpon canggih2..
henpon pon dah macam talian nyawa dah sbb ke sana sini usung benda tu.
jadinya, apa barang tanda tarikh period kt kalender secara manual lg kan..
cuba try download menstrual calender dari web ni..
menstral.net

file download (pilih mana yg mana boleh di install kt henpon anda):
1. JAR file
2. JAD file
(sila install guna PC Suite bagi mereka yg guna Nokiah)

aku jumpa application ni masa aku pregnant dulu. sebenarnya nak carik application utk kira minggu pregnant. skali jumpa la bendalah ni. lepas bersalin baru bleh guna..

walaupon appearance application ni tak cantik, tp dia adalah sgt bagus.
dia boleh kira kita punya cycle period utk tiap2 bulan, boleh predict bila dtg period & tarikh subur..
lepas tu kita boleh tgk list2 period yg kita dah mark dlm kalender tu..
kalau mula pregnant pon senang nak trace 1st date utk last period tu.
tak perlu selak kalender dah.

bes baq hanggg... try, jgn tak try..

>> jaga-jaga cik salmah.. hehehe..

Tuesday, 21 June 2011

Curik tag dari pidot..

aku curik tag pid sbb aku tak tau apa yg nak apdet kt blog.. haha..

1. Phone apa yang anda guna sekarang?
Nokia E71 pemberian encek hasben.. seken hen yg masih cantik dan ada warranty 6 bulan.. junior dia lelong sbb nak kawen. camtu pon ada. haha..

2. Dah berapa lama guna phone tu?
Dec 2010.. outdated tp boleh la.. janji bleh wifi & 3G.. :D

3. Mesej pertama anda dapat hari ni?
dari kak ipar.. tanya harga nursing pillow yg aku beli utk dia..

4. Siapakah orang paling atas dalam list missed call?
pagi tadi.. no tak kenal.. jadinya, tak angkat. sbb tu jadi missed call.. hehe..

5. Mesej Paling last sekali and it's from?
mesej bertarikh 26 mei 2009.. dari encek suami (bakal suami ketika itu)..

6. Ringtone yang anda guna sekarang?
aizat - sungai lui.. aiceh..

7. Wallpaper phone yang anda gunakan sekarang?
gambar aufa dan encek hasben di PD..

8. Orang yang pertama dalam contact list?
Abg ~my husband.. senang nak call.. hehe..

9. Orang last dalam contact list?
Zzz.mak lijah.. mak kepada member aku bernama Zz, member skolah kedah dulu.. no mak dia pon aku ada ha.. hahaha..

10. Phone yang di idam-idamkan?
tepon igauan ramai bagi yang mampu dan mempunyai duit lebih... iphone4.. :D

TAG series dikenakan kepada :
macam pid kata, sesiapa yang sudi laa.. hehehe..

Friday, 17 June 2011

Selamat Hari Abah..

aku tak penah sambut hari bapa sbb masa abah ada, aku masih belajar di skolah. masuk skolah menengah, dok asrama plak, mana sempat nak wish2 ni.. lgpon time tu kesedaran sivik tak ada lagi.. duit nk beli hadiah pon takdak.. kalau ada pon, tu duit abah..

jadi, tunjukkanlah rasa kasih dan sayang anda kepada bapa anda (dan ibu juga) sementara mereka masih ada.. bukan masa hari-hari tertentu sahaja, tp hari-hari..

dikesempatan ini, sekalung doa dan Al-Fatihah untuk arwah abah, Hj. Che Ani Hj. Ismail (20 Oct 1952 – 27 Feb 1998).. bagi saya, sesungguhnya tiada abah yang lebih best melainkan abah.. Semoga Allah merahmati hidup abah dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.. amin ya rabbala’lamin..

dan..

Selamat hari abah/bapa/daddy/ayah..........etc.. buat seluruh kaum lelaki yg mempunyai anak..

semoga menjadi contoh yang paling terbaik untuk anak-anak, dunia dan akhirat..

for you too, Abah Aufa..
we love you..
:)


________________________________
ciPuding_7 posted via email.. \(^_^)/

Monday, 13 June 2011

apdet la haiii...

lama tak apdet..
jadinya, kena apdet secara pukal lah..

antara cerita bes..

1. ujung bln lepas naik 1 gred.. naik gred, naik gaji.. promotion, salary adjustment, increment.. suma aku bolot.. wang besar.. wang besar.. hehe.. Alhamdulillah.. rezeki Aufa.. :)

2. awal bln ni balik kg.. bes la sbb bleh mandi sungai.. org takdak plak tu.. kuak lentang dgn Aufa la.. encek hasben tak mandi sbb jual mahal.. kg dia la katakan.. jdnya, dia tgk dari tepi sungai saje..

3. blk kg ada tujuan lain jgk.. my cousin merangkap photographer aku masa kawen dulu, sang jasmin akhirnya berkahwin dgn pilihan hatinya, Jue.. bkn jue aziz okek.. hehe.. sama2 cantik, sama2 padan.. org sungai petani saje.. bertambah cousin aku.. lepas ni berlumba tambah cicit tok kami plak..

nah layan gambar beliau sedas..

hai cikgu.. muka cuak nmpk.. tu tok imam nak bg soklan spot tu. hahaha..

Hang jasmin..

Jasmin & Juliana..

cerita tak bes plak..

kisah Aufa yg di cakari masa kt taska.. kisah selanjutnya ada kt SINI..

hm.. yg penting, semuanya dah selesai.. sang jasmin dah mula hidup baru.. Aufa dah dok kt baby-sitter baru.. aku? dgn gaji baru la.. alhamdulillahhhh.. hehehe..

>> malehnya nak apdet..