Thursday, 3 June 2010

kisah pulaN ke kampuN..

balik kampung 5 hari..
mmg bes..
sbb dapat melupakan kerja2 kt ofis sana..
macam cuti raya pulak..

oleh kerana ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 5 hari tu, mai nak buat cerita secara berperingkat..

hari pertama - jumaat

perjalanan pulang bermula dari jam 10 mlm (kamis) dan tiba di bukit merah pada jam 1 pagi. berenti utk tidor dalam kereta smpai jam 6 pagi. nak turun dr kereta utk semayang subuh, tup2 surau tgh renovate. hah.. mencanak gerak ke RnR yg seterusnya..

rupanya takdak RnR dah lepas tu (sebelum sg petani). sumanya just layby. yg ada cuma toilet dan wakaf. takkan nak semayang kt wakaf? macam tak bersih pulak atas tu. lagipon too open.

last2 smpai tol juru. semayang kt situ. lega.

akhirnya nmpk bendang.. bila nmpk bendang, lagi2 tgh menghijau, rasa tension2 suma ilang.. rasa dah dekat nk sampai pon ada..


bendaN..

encek drebar yg eksitet..

smpai kt kg jam 10 pagi.. lepas singgah mkn roti canai kat Pelita Nasik Kandar. pahtu singgah market..

ptg tu melawat kakak ipar (kakak kepada encek mohd hasben) yg dok dkt jugak dgn rumah mertua. baru kluar spital. haritu dia warded 6 hari sbb air ketuban dia turun. tp tak kena bersalin pon. boleh balik sbb air dah tak turun. dia pregnant kurang sebulan dari aku. mean dah 7 bulan stgh lebih kurang.

dkt maghrib, lepas tata encek hasben pi surau utk smyg maghrib, aku masuk rumah. kt pintu ada tangga. kena naik 1 step utk tutup pintu. pahtu terus nk ke toilet amek air semayang, turun 1 step td tu. tah macam mana, kaki terpelecok. kaki 1st yg turun pulak tu. siap bunyi "prappppp...". huih.. fes time la jadi camtu. selama aktif sukan ni pon tak penah bunyi teruk sgt macam tu.

mujur sepat pegang meja tepi tangga. kalau tak, terguling dah kt situ. sbb panik, duduk sat, dan taktau camna nk gerak. takdak sapa nmpk pon sbb suma dok dlm bilik. nak bgn takleh. hohoho..

kemudian ada biras kuar dari bilik tanya apsal. kenapa dia tanya 'apsal'? ya la, ape kejadah dok kt tangga sorg2 time maghrib2 ni. buang tebiat? hahahaha.. last2 bgtau dia apa yg dah jadi. masa terpelecok tu dah bengkak terus kt buku lali. mebi urat dah tertarik kt situ. dia pusing2 sket kaki. sakit, tp bleh la gerak ke bilik air. jadi si capik la pulak.. ades..

hari kedua - sabtu

jam 1 pagi hp encek hasben bunyi. kakak dia call suh hantar dia ke spital sbb air ketuban dia turun lg. hasben dia kerja malam. so, encek hasben suh aku dok rumah sbb kaki aku tgh sakit. nanti ada 2 pasakit dlm kereta, susah plak.. kakak ipar kena tahan kt wad. ecnek hasben pi tidor kt umah kakak ipar. teman anak2 buah dia.

masa subuh nk amek air smyg tp kaki sakit terlampau. so, dah siang sket, pi klinik. dokter letak ubat dan bandage. ok la sket rasa..

harini ada kenduri adik kepada kawan baik encek mohd hasben.. rumah dia kt kg tu jugak. ni salah satu purpose nk blk kg kali ni. biasa la.. bila ada kenduri, ramai la kawan2 dia akan blk kg.. time ni la nk berpenyakit mulut. bagi can...

lepas maghrib, encek hasben belanja makan kt tepi laut (dalam 10-15 minit perjalanan) sempena ulangtahun perkahwinan 1st kami.. deting la konon2nya.. haha..

cerita selanjutnya ada kt blog kawen..


sedang memilih ikan..

si capik.. hoho..

hari ketiga - ahad

takdak xtvt apa pon.. kaki masih sakit..
lepas masak tgh hari, kami pi mandi sungai kt Tupah.
oleh kerana skrg tgh kemarau dan sgt panas smpai x tau nk dok celah mana yg sejuk, sungai pon dah jadi camni..


tinggal batu? nak mandi hapa camni.. buku lali pon tak tenggelam.. hishh..

ni saje lopak yg boleh diterima pakai utk mandi. mujur tenggelam gak pusat. haha..

hari keempat - isnin

tgh malam masuk isnin tu kakak ipar dikatakan nak kena operate. lantas encek mohd hasben dan hasben kakak ipar (my biras la) bergegas ke spital.

dia dah masuk bilik operate dan dah dipakaikan apa yg patut. tinggal nak bius saje. tp dia mintak nk teran skali walaupon time tu tak ada contraction pon. tah camna, skali teran dah kuar terus baby.. dan takdak apa2 yg perlu dijahit.. (oh.. kagum..)
maka, lahirlah anak dia tanpa perlu dioperate.

kul 4 pagi baru encek hasben balik..

kul 1 tgh hari, ketika memasak, ada org dtg rumah. bagitau......

"anak shom (my SIL) dah meninggal td. laki dia call dari spital td. mintak pi ambik bawak blk.."

sedihnya.. cuma 12 jam baby tu hidup. masa jenazah baby dibawak blk, sempurna tubuh dia. walaupon lahir 7 bulan tp saiz dia besar macam org beranak 9 bulan tp versi kecik sket. kalau 9 bulan, tah besar mana agaknya baby tu. sgt comel dan putih juga.. bapak dia org sarawak. kulit ikut bapak dia..

jam 6 petang semuanya selesai smpai dikebumikan.

pada hari itu jugalah baru aku tau, kalau baby2 meninggal masa lahir, lepas mandi jenazah tu, perlu ditayamumkan.. bayangkan baby kecik ditayamumkan camna. org yg mandikan tu cuma guna 1 jari dia utk angkat tgn baby.. sgt tersentuh hati.. huhu.. x apa lah.. dia dah tunggu mak bapak dia kt 'sana'..

mak dia sedih jugak masa mula2 smpai rumah tu. tp lepas tu dah ok. dia ckp, kalau anak dia pompuan, lagi dia ralat. dia dah anak lelaki 3 org. yg baby ni pon lelaki. lagipon tak nmpk lg baby tu bergerak depan dia, so, dia masih mampu bercerita kt org peristiwa yg dia alami tu. emosi stabil seperti biasa. seperti tiada apa yg berlaku.

hari kelima - selasa

hari utk pulang ke shah alam..
pagi tu tak buat apa, just merepek amek gambar kt tangga rumah.. pemandangan pagi mmg cantik.. berkabus jugak kadang2..


dari tangga rumah.. ujung bendang sana umah mak ai.. kalau dia sidai baju, ai bleh nmpk.. hehe..

ni sebahagian anak buah encek mohd hasben.. (except for budak pompuan & budak laki atas skali belah kiri tu). yg 3 org dok bawah tu abg2 kepada baby tu..

jam 6 petang, kami gerak pulang ke shah alam..



maka, tamatlah cerita kisah cuti selama 5 hari itu..

ni sekadar gambar hiasan..
snap dari album gambar encek mohd hasben..
cuba teka yg mana 1 dia..
hahaha..



p/s: pid, cuba ko teka At yg mana.. penat aku gelak tgk gambar diorang ni.. kecik2 comel.. dah besar, sendiri pikir. hahahaha.. aku keji..

>> video sempena our wedding anniversary.. bleh tengok kt blog kawen nanti..

No comments: