Monday, 28 June 2010

sempena world cup..


slalu tgk kad merah dgn kuning je kan..?
ape kata pihak persatuan bola mula kenalkan kad2 kaler lain plak..

cadangannya adalah seperti berikut:

1. kad ijau
- utk referee yg suka bukak mulut luas2..

2. kad kaler pink
- utk pemain yg main lemau

3. kad itam
- utk paramedik yg lembab angkat pemain kt tgh padang

4. kad putih
- utk pemain yg pura-pura terbaring tgh padang

5. kad biru
- utk referee yg berat sebelah

haaaaa.. baru la adil dan saksama...
hehehehe..

p/s: byk jgk pemain yg dok berlakon atas padang masa world cup ni.. ish2..

Tuesday, 22 June 2010

kelahiran..

ok. aku lom beranak lagi.
sila jgn salah anggap.
hehe..

makin dkt dengan due date, macam-macam terpikir.
kadang-kadang terpikir benda yg tak masuk akal pon.
contohnya, seperti yg aku dan pid bergosip smlm..
(penceritaan smula)

beranak ni bleh tak ngelat?
macam ngelat dari buat presentation masa study..
ngelat dgn harapan tak terjadi kt diri sendiri tp nk perkara tu berlaku dgn sekelip mata..
bak kata pid, nak beranak normal, tp tak sakit, pahtu nak tiba2 baby dah ada kt sblh..
ok, kami mmg tak btol..
hahahaha..

selain dari cerita tu......

sronok ni shopping barang baby..
lepas 1, ambik 1 lagi..
baju dari 3 pasang, dah jadi 6 pasang..
botol dalam list 2 biji.. tiba2 dalam bakul jadi 4 biji..
topi baby dari selai, time nak bayar jadi 2 lai..
macam suma dah terberanak dalam masa yg sama..
sang bapa sempat jeling partner dia ujung2 mata time nak membayar..
(eleh.. takkan berkira kot... ;p )

balik rumah..
seronok jugak ni belek barang yang dibeli..
basuh kain baju, siap letak softener..
susun leklok dalam bakul..
sambil dok lalala dalam hati..
tiba-tiba..
teringat..
eh, aku ke yg nak beranak ni..

dan-dan muka dah tak dak kaler..
cuak ke?
mana ada..............
................sangat.

haihhhh.........

note semangat: kamon puan F, yu ken du it.. chayok.. chayok..

>> sangat bizi kt opis lately.. plus tekanan jiwa + emosi2 lagi..

Friday, 18 June 2010

mari gelak-gelak secara berjemaah..

bagi mengurangkan stress yang sedia ada, marilah kita menonton kisah partner ni, Jozan dlm cerita Chaparela.. mmg boleh ilang stress ni..


hahahahahaha..
hampeh macam tong geh..

>> dalam dan luar rumah kena ada tangga ok.. haha..

Tuesday, 15 June 2010

expression..

dalam keadaan sarat macam ni..
perut dah mula rasa sengal2..
dan..
beban kerja makin bertambah..
berganda-ganda dari biasa..
tak tau kenapa ada jugak org yg tak faham tahap keletihan sorang pompuan yg mengandung 37 minggu..
even dia jugak seorang pompuan..

pressure aku dah smpai ke limitnya..

ok.
aku sgt emo skrg.
sangat-sangat....

>> bergenang..

Monday, 14 June 2010

kerana udang, lutut binasa..

apa kena mengena udang dgn lutut?
sapa kata takda..
ceritanya camni..

ada sorg pompuan ni, dok kt pintu dapor..
sambil mengunyah kemalasan, beliau melihat sang kuceng mkn kepala udang yg disiang oleh surarumah..
tiba2 surarumah yg sedang menyiang sotong plak berkata..

"hah.. ada 2 ekor udang tertinggal dlm tu.. cepat amek.."

maka, pulun la pompuan tu amek udang dlm plastik yg sedang diserbu oleh 2 ekor kuceng.
nak masuk dlm rumah..

"aaaaaaaaaaa................"

dia tersadung kt step pintu dapor..

jatuh melutut, sempat ditahan kedua belah tgn..
rupa seperti merangkak..

surarumah dgn tangan yg penuh dgn dakwat sotong, panik..
dtg memberikan bantuan..

"jangan angkat.....", kata pompuan itu.

"macam mana? ok ka tak?", tanya surarumah.

"tunggu dulu... bg reda sket...", kata sang pompuan.

dgn berat tidak kurang dari 55kg, kepala lutut yg tanggung suma kesakitan itu.
kuceng pon misti dah gelak gila dlm ati.

tp, mujur sgt tak termeniarap..
kalau tak........
huuuuuuuuuuuuu...

kesimpulan, jgn kedekut dgn kuceng..
hanya kerana udang 2 ekor, lutut akan jadi binasa..
ingat tu.

sekian.

>> dah kena smyg dok atas kusi plak..

Friday, 11 June 2010

animasi zaman dulu - hikayat sang kancil..


sesekali layan video-video lama ni bes gak..
teringat zaman skolah rendah..
zaman liat buat kerja skolah..
cuti 2 minggu, alih2, hari ahad last sblm skolah bukak baru kalut nak wat keja skolah..
kan dah kena buat keja skolah sambil menitik ayaq mata..
pressure sbb byk sgt nak kena wat..
hahahaha..

>> jangan monyet...

Thursday, 10 June 2010

tahniah cikgu_tadika..

rakan lama aku..
puan nur farihan a.k.a ciKGu_TaDiKa..
tu nick name dia suka pakai masa kami mula-mula ceting dulu..
panjang kisahnya camna kami bleh kenal..
tak yah cerita la kot.
kisah lampau.. :D

apapon, tahniah kt beliau dan suami dgn kelahiran anak keduanya yg bernama Muhammad (menurut sms encek suaminya) semalam..
dah sepasang dah..
2 tahun kawen 2 anak..
rezeki dari Allah..
Alhamdulillah.. :)

gambar fareh dan hadi..
(curik dari blog dia..)

p/s: bak kata my cousin, si Jamila, mari tambahkan usia perkahwinan seiring dgn pertambahan baby.. pengsan~~
(dia pon dan nak masuk 2 dah, insyaAllah bln 10 ni..)

>> driving license dah mati 2 minggu, baru perasan.. hoho..
>>> org opis ckp perut dah nmpk 'turun' sket.. hohoho.. (adakah aku nmpk cuak?)

Tuesday, 8 June 2010

sesi mengeteh dgn mxarians..

lama tak ngeteh ramai2..
slalu ngeteh pon berdua.
tu pon tak slalu.
baik minum teh kt rumah.
bleh minum teh sambil baring lg..
hohoho..

oleh kerana dah lama tak ngeteh ramai2, maka elyn dgn tiba2 telah meng'setup' aktiviti mengeteh. butir-butir sesi ngeteh adalah seperti berikut:

tempat: lambaian sepender ijau (baca: hakim baru)
tarikh: 4 jun (jumaat)
jam: 8.30 malam
ahli yang telibat:
- aku
- encek mohd hasben
- adik
- zaman
- aziem
- ella
- hafiz
- nayli
- elyn
- haikal
- kimi
- mass
- lina
- fiza

sesi borak2 hanya berkisarkan kisah semasa kehidupan masing2 (cewah, bunyi macam dah lama tak bertanya kabar).. dan membincangkan kisah ibu-ibu mengandung, bersalin dan seterusnya..
seperti biasa, fiza yg solo lagi bujang lebih expert dari org yg dah nak masuk anak 2, ella.. untung la sapa kawen dgn dia weh. ilmu dah penuh di dada. hahahahaha..

meh layan gambar..

amboi.. ketatnya muka aziem.. tau la anak tentera. haha.. (berpotensi gak aku ni nanti. haha..)

aku yg bulat dgn fiza..

elyn gosip dgn hafiz.. tah apa yg diborakkan tah.

me & husband..

adik dan aziem lg..

mereka lagi.. tp kali ni aziem kena paksa dgn mak dia suh tgk kamera. haha..

nayli amek gambar cawan..

"meh sini nak ajar amek gambar uncle tu (baca: encek mohd hasben)..", kata mak dia..

haa.. terus amek gambar encek hasben secara curik2.. cuak2 + malu tp nk gak amek.. rasanya dlm gambar ada rambut 'uncle' tu je la kalau kamera dah mendongak gitu.. haha..

ohh.. baru pasan lina tiada dalam gambar..
ko pi mana lina?
hehehehe..

sesi ngeteh diakhiri pada jam 12.00 malam..
tu pon lepas sorg-sorg budak2 kecik dah stat pejam mata..
mak bapak (mak2 ekceli, sbb bapa2 dah pakat menguap dah time tu) masing2 baru stat ada kesedaran sivik nak blk rumah.
hahaha..

apapon, mmg bes ah..
smpai 2 pinggan nasik candu aku balun.
puas ati den.
baru la bleh berpantang dgn tenang nanti.
hahaha..

>> sok nk letak video perut berkocak kt blog kawen..

Thursday, 3 June 2010

kisah pulaN ke kampuN..

balik kampung 5 hari..
mmg bes..
sbb dapat melupakan kerja2 kt ofis sana..
macam cuti raya pulak..

oleh kerana ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 5 hari tu, mai nak buat cerita secara berperingkat..

hari pertama - jumaat

perjalanan pulang bermula dari jam 10 mlm (kamis) dan tiba di bukit merah pada jam 1 pagi. berenti utk tidor dalam kereta smpai jam 6 pagi. nak turun dr kereta utk semayang subuh, tup2 surau tgh renovate. hah.. mencanak gerak ke RnR yg seterusnya..

rupanya takdak RnR dah lepas tu (sebelum sg petani). sumanya just layby. yg ada cuma toilet dan wakaf. takkan nak semayang kt wakaf? macam tak bersih pulak atas tu. lagipon too open.

last2 smpai tol juru. semayang kt situ. lega.

akhirnya nmpk bendang.. bila nmpk bendang, lagi2 tgh menghijau, rasa tension2 suma ilang.. rasa dah dekat nk sampai pon ada..


bendaN..

encek drebar yg eksitet..

smpai kt kg jam 10 pagi.. lepas singgah mkn roti canai kat Pelita Nasik Kandar. pahtu singgah market..

ptg tu melawat kakak ipar (kakak kepada encek mohd hasben) yg dok dkt jugak dgn rumah mertua. baru kluar spital. haritu dia warded 6 hari sbb air ketuban dia turun. tp tak kena bersalin pon. boleh balik sbb air dah tak turun. dia pregnant kurang sebulan dari aku. mean dah 7 bulan stgh lebih kurang.

dkt maghrib, lepas tata encek hasben pi surau utk smyg maghrib, aku masuk rumah. kt pintu ada tangga. kena naik 1 step utk tutup pintu. pahtu terus nk ke toilet amek air semayang, turun 1 step td tu. tah macam mana, kaki terpelecok. kaki 1st yg turun pulak tu. siap bunyi "prappppp...". huih.. fes time la jadi camtu. selama aktif sukan ni pon tak penah bunyi teruk sgt macam tu.

mujur sepat pegang meja tepi tangga. kalau tak, terguling dah kt situ. sbb panik, duduk sat, dan taktau camna nk gerak. takdak sapa nmpk pon sbb suma dok dlm bilik. nak bgn takleh. hohoho..

kemudian ada biras kuar dari bilik tanya apsal. kenapa dia tanya 'apsal'? ya la, ape kejadah dok kt tangga sorg2 time maghrib2 ni. buang tebiat? hahahaha.. last2 bgtau dia apa yg dah jadi. masa terpelecok tu dah bengkak terus kt buku lali. mebi urat dah tertarik kt situ. dia pusing2 sket kaki. sakit, tp bleh la gerak ke bilik air. jadi si capik la pulak.. ades..

hari kedua - sabtu

jam 1 pagi hp encek hasben bunyi. kakak dia call suh hantar dia ke spital sbb air ketuban dia turun lg. hasben dia kerja malam. so, encek hasben suh aku dok rumah sbb kaki aku tgh sakit. nanti ada 2 pasakit dlm kereta, susah plak.. kakak ipar kena tahan kt wad. ecnek hasben pi tidor kt umah kakak ipar. teman anak2 buah dia.

masa subuh nk amek air smyg tp kaki sakit terlampau. so, dah siang sket, pi klinik. dokter letak ubat dan bandage. ok la sket rasa..

harini ada kenduri adik kepada kawan baik encek mohd hasben.. rumah dia kt kg tu jugak. ni salah satu purpose nk blk kg kali ni. biasa la.. bila ada kenduri, ramai la kawan2 dia akan blk kg.. time ni la nk berpenyakit mulut. bagi can...

lepas maghrib, encek hasben belanja makan kt tepi laut (dalam 10-15 minit perjalanan) sempena ulangtahun perkahwinan 1st kami.. deting la konon2nya.. haha..

cerita selanjutnya ada kt blog kawen..


sedang memilih ikan..

si capik.. hoho..

hari ketiga - ahad

takdak xtvt apa pon.. kaki masih sakit..
lepas masak tgh hari, kami pi mandi sungai kt Tupah.
oleh kerana skrg tgh kemarau dan sgt panas smpai x tau nk dok celah mana yg sejuk, sungai pon dah jadi camni..


tinggal batu? nak mandi hapa camni.. buku lali pon tak tenggelam.. hishh..

ni saje lopak yg boleh diterima pakai utk mandi. mujur tenggelam gak pusat. haha..

hari keempat - isnin

tgh malam masuk isnin tu kakak ipar dikatakan nak kena operate. lantas encek mohd hasben dan hasben kakak ipar (my biras la) bergegas ke spital.

dia dah masuk bilik operate dan dah dipakaikan apa yg patut. tinggal nak bius saje. tp dia mintak nk teran skali walaupon time tu tak ada contraction pon. tah camna, skali teran dah kuar terus baby.. dan takdak apa2 yg perlu dijahit.. (oh.. kagum..)
maka, lahirlah anak dia tanpa perlu dioperate.

kul 4 pagi baru encek hasben balik..

kul 1 tgh hari, ketika memasak, ada org dtg rumah. bagitau......

"anak shom (my SIL) dah meninggal td. laki dia call dari spital td. mintak pi ambik bawak blk.."

sedihnya.. cuma 12 jam baby tu hidup. masa jenazah baby dibawak blk, sempurna tubuh dia. walaupon lahir 7 bulan tp saiz dia besar macam org beranak 9 bulan tp versi kecik sket. kalau 9 bulan, tah besar mana agaknya baby tu. sgt comel dan putih juga.. bapak dia org sarawak. kulit ikut bapak dia..

jam 6 petang semuanya selesai smpai dikebumikan.

pada hari itu jugalah baru aku tau, kalau baby2 meninggal masa lahir, lepas mandi jenazah tu, perlu ditayamumkan.. bayangkan baby kecik ditayamumkan camna. org yg mandikan tu cuma guna 1 jari dia utk angkat tgn baby.. sgt tersentuh hati.. huhu.. x apa lah.. dia dah tunggu mak bapak dia kt 'sana'..

mak dia sedih jugak masa mula2 smpai rumah tu. tp lepas tu dah ok. dia ckp, kalau anak dia pompuan, lagi dia ralat. dia dah anak lelaki 3 org. yg baby ni pon lelaki. lagipon tak nmpk lg baby tu bergerak depan dia, so, dia masih mampu bercerita kt org peristiwa yg dia alami tu. emosi stabil seperti biasa. seperti tiada apa yg berlaku.

hari kelima - selasa

hari utk pulang ke shah alam..
pagi tu tak buat apa, just merepek amek gambar kt tangga rumah.. pemandangan pagi mmg cantik.. berkabus jugak kadang2..


dari tangga rumah.. ujung bendang sana umah mak ai.. kalau dia sidai baju, ai bleh nmpk.. hehe..

ni sebahagian anak buah encek mohd hasben.. (except for budak pompuan & budak laki atas skali belah kiri tu). yg 3 org dok bawah tu abg2 kepada baby tu..

jam 6 petang, kami gerak pulang ke shah alam..



maka, tamatlah cerita kisah cuti selama 5 hari itu..

ni sekadar gambar hiasan..
snap dari album gambar encek mohd hasben..
cuba teka yg mana 1 dia..
hahaha..



p/s: pid, cuba ko teka At yg mana.. penat aku gelak tgk gambar diorang ni.. kecik2 comel.. dah besar, sendiri pikir. hahahaha.. aku keji..

>> video sempena our wedding anniversary.. bleh tengok kt blog kawen nanti..