Thursday, 6 May 2010

our special day.. ;p

apa yg special sgt dgn 6 Mei ni?
takdak apa pon..
saja-saja mengada..
dah. berenti membaca.
blah dari sini..
hahaha..

ekceli date ni cuma nk imbas kenangan bermulanya kisah me and encek mohd husband..
"hari berterus-terang sedunia secara pesanan ringkas.."
menyebabkan minda masing-masing telah terbuka..
dan bermulalah langkah perubahan dari seorang kawan kepada yang lebih 'special'..
proses mengenali tu tak ambik masa yg lama sbb dah lama sgt kenal..
(mau tak lama.. dari umor 5 tawon kenai dia.. jiran tok..)
cuma sblm ni perasaan tu tak pernah wujud.
time tu baru nk diwujudkan..
nak dijadikan cerita, dalam tahun yg sama, selepas 4 bulan dari tarikh itu, kami bertunang..
dan perasaan masih lg dipupuk.. (oh.. macam tu pon ada ka?)

ada org kata, aku wat kerja gila..
sbb buat keputusan yg drastik. hehehe..
tak kesah apa pon..
semoga 'kerja gila' aku ni mendapat keberkatan dan kebahagiaan selamanya..
InsyaAllah..

walaupon 2 tahun telah berlalu, tp sms tu masih disimpan ok..
hehehehe..

akhir kata, mari dengarkan lagu cinta (konon2 la) yg aku dedikasikan utk beliau secara tak semena-mena selepas insiden 'special day' ni..
masa ni beliau kena belayar ke Indonesia, Singapura & Australia..
kira-kira sebulan setengah..
layannn....


kadang-kadang betul kata org..
confession itu penting..
hehe..

>> 58,000 visitors already.. thanks to all.. :)

No comments: