Monday, 29 March 2010

sweet weekend.. :)

finally...


walaupon tak canggih mana, kira ok la..
janji ada..

tapi kan..
ada org tu beli blackberry..
walaupon blackberry cap ayam (yg sale 70% tepi jayen 13 tu) , tp ok gak dari hp aku yg takdak kemudahan wifi ni..

apa motip tunjuk kotak?

dah la beli hp, beli levi's lagi..
smpai dah xtau skrg ni sambut besday sapa sebenarnya..
haihhhhh..

tengkiu my husband.. ai lebiu too..
(dpt kad baru nk ailebiu² yer..) ;p

>> tunggu pc fair 16-18 April.. nk survey (baca: beli) laptop.. (lagi dkt nk beranak, lagi over belanja nmpk..)

Saturday, 27 March 2010

aku dah 27?

27..
hm.. nombor yang spesel kan..
tarikh 27 mac 2010 aku dah berumor 27 tawon..
(siap kira dgn kalkulator sbb tak percaya)
hehehehehe..

apa yang perbezaan kt aku tahun lepas dan masa umor 27 ni..?

1. status
- 26 tahun - masih bujang.. tp dah bertunang.
- 27 tahun - dah kawen, extra with a 6-months-old baby in my womb. alhamdulillah..

2. kerjaya
- 26 tahun - ok la, agak bizi tp gaji ttp sama..
- 27 tahun - kurang bizi, tp gaji naik sket. haha..

3. berat
- 26 tahun - 42kg..
- 27 tahun - 51kg (dgn bantuan sang bayi)..

4. rupa paras
- 26 tahun - masih tak cun..
- 27 tahun - makin tak cun. hahaha..

5. kesihatan
- 26 tahun - ok saje..
- 27 tahun - alhamdulillah.. sang bayi dan encek mohd hasben pon sehat.

6. hadiah besday utk diri sendiri
- 26 tahun - handbag yg plg mahal yg penah dibeli..
- 27 tahun - digital camera cap ayam. (nk tunggu bonus ujung bln ni.. lalala~)

itu saja yg nak di highlight..

"semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan, ditingkatkan iman, sentiasa disayangi, diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat and tak lupa.... semoga ditemui apa yang dicari, wahai che poonz..."


InsyaAllah.. :)

>> Allah selamatkan saya.. Allah selamatkan saya.. Allah selamatkan saya dan semua orang.. Allah selamatkan saya..
>> support Earth Hour.. :)

Tuesday, 23 March 2010

kejadian jenayah jam 6 pagi..

hm.. lama aku tak apdet.
bizi, malas suma ada. complete.
pembawakan.. <-- alasan kukuh. hehe..

ha.. saspen tak tajuk di atas?
mmg saspen.. aku saspen gak.
ni cerita betul. tak tipu punya..
ceritanya macam ni.

pada pagi sabtu lepas yg hening, kira-kira jam 6 pagi, dari tingkap bilik, aku dgr bunyi ala-ala bunga api 1,2 das.. terpikir gak, sapa main bunyi api besar tu pagi2 ni.. masuk das ke 3, bunyi kaca berderai, bunyi das ke 4, bunyi kaca berderai lagi.. bunyi macam kecoh2 sket..

1 je aku terpikir..

"bangun.. bangun!! ada ketuk cermin kereta..!!!!", kata aku kt encek mohd hasben.

punya la panik smpai aku dah lupa kereta aku parking kt mana. hohoho.. tengah kecoh2 nak turun bawah, mak aku dah menjerit2 panggil abg aku.. tiba-tiba terbunyi alarm keta abg aku.

semua org keluar umah tgk..

nah..
umah tok sami sebelah kena serang dgn geng cucu dia kot. pasu bunga dalam gate umah pecah berderai, moto cucu dia yg baru beli tak smpai 24 jam yg di park kt porch pon berderai gak.. tak lupa van tok sami yg berderai hampir semua cermin kereta dia kecuali cermin depan..

bukan itu saja..
selang sebuah rumah dari umah tok sami, adalah rumah sorang pulis mata-mata gelap. kereta wira dia kemek kt tepi, kelisa anak dia pecah cermin belakang..

ada lagi..
selang lagi 2 buah rumah dari rumah pulis tu adalah rumah yang sewa oleh bebudak politeknik. proton saga baru ber plate BKL kepunyaan salah sorg bebudak tu, retak cermin depan.

tgk kereta abg aku lak.
dia park kt luar.. nmpk ok saje..
tapi...
rupanya kt spoiler dia kena tetak dgn parang.
pahtu berlubang..
patut la kereta dia bunyi alarm tu.
sbb bunyi alarm tu penjenayah tu suma lari.
kereta dia mmg sensitif gegaran.
bunyi guruh kilat yg kuat pon kereta bleh bunyi..
huhuhu..

fuh... seb bek kereta aku park dalam pagar umah..
dah la kereta aku takdak alarm.. spoiler pon takdak.
kalau kena tetak, mau berderai cermin blkg tu..
alhamdulillah...
encek BuJaL terselamat.. <-- very the tacing..

dgr dari cerita adik pada cucu tok sami (tuan punya moto baru yg berderai tu), geng abg dia jeles sbb abg dia ada moto baru. pahtu ada bisness sendiri lak. aduyai.. kalau nak ketuk pon, ketuk yg berkaitan dah la.. jiran2 ni takdak kaitan ok..

lepas wat polis report, mak, adik, abg & akak ipar aku suma blk kg. cadangnya depa nak blk lepas subuh tu sbb nk mkn 2 kenduri kt Kulim. last2 gerak lewat sbb kejadian ni.

aku?
mujur laki ada tlg temankan..
hari kamis ni baru depa suma blk shah alam..
huhuhu..
takuit.. <-- takut dlm loghat perlis.

moral:
parking la kereta dlm pagar umah. pastikan pagar berkunci. dan lebih bagus lagi kalau pasang alarm kereta.. hoho.. (tp porch umah aku muat 1 kereta saje.. huhu..)

>> ahad shopping brg baby lg. dah tamat sesi shopping. almost complete cuma ada certain benda ja lg nk kena beli nanti mcm pampers & jamu2 tu.. hoho..

Friday, 19 March 2010

mak aku jual telekung - versi pembetulan-

* ini sticky post *

ok.. sila abaikan iklan yg kt last entry.
ni iklan yg betul2 punya..
sila fokus.. <-- poyo tul. hehehe..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Spesifikasi;

  • Jenis kain macam stretch² sket tu.

  • Kemasan di bahagian muka yang tak perlu pakai serkup kepala.

  • Dari paras dada ke atas di jahit 2 lapis supaya tak jarang.

  • Kain pakai mempunyai getah pada pinggang.

  • Mempunyai 3 jenis design. (Sila rujuk gambar di bawah)

  • Mempunyai size. S, M, L, XL.

  • Saiz yang biasa dibeli adalah M dan L.

  • Tiada sulam-sulaman.


  • para model memakai telekung bersaiz M..

    part bawah tu just renda saje..

    Harga = RM 60.
    Postage = RM 7 (below 500gm)
    Cara Pembayaran: Cash before delivery (kecuali rakan2 ;p)


    Buat masa sekarang, tiada stok dalam simpanan.
    Saya hanya menyediakan stok berdasarkan order sahaja memandangkan tailor berada di Kedah.
    Stok akan datang insyaAllah pada awal April hujung Mac ini (tarikh akhir order pd 26 19 March) dan seterusnya pada awal Jun (tarikh akhir order pd 23 Mei).

    Jika ada yg berminat, sila la order melalui email (ciPuding_7@yahoo.com) dan berikan butir-butir seperti berikut..

  • Nama

  • Alamat (utk penghantaran)

  • No Telefon (utk dihubungi)

  • Email

  • Pilihan Design

  • Size

  • Kuantiti


  • No akaun akan diberikan melalui sms/email setelah tempahan diterima. Pembayaran perlu dibuat sebelum telekung dihantar kepada anda, makluman akan dibuat melalui sms. Sila maklumkan butir-butir pembayaran kepada saya setelah berbuat demikian.

    Kepada yg nak buat penghantaran terus kepada mak @ mak mertua di kampung, wife di kejauhan, dan kekasih² gelap di sekitar Semenanjung Malaysia (Sabah/Sarawak - kena tgk rate postage dulu), boleh juga berbuat demikian.

    Nak mintak tuliskan surat cinta & attached dgn telekung pon bleh..
    (Jgn menyesal.. haha..)

    PROMOSI BUKAK KEDAI: utk 5 belian terawal, aku bagi diskaun. hanya RM 55/telekung (excluding postage). ewah..

    bleh juga order kt sini..

    p.s. war-war la kt rerakan yg lain.. tq.

    Terima kasih.

    Yang benar,
    Anak Saudagar Telekung.. haha..

    Tuesday, 16 March 2010

    keluhan..

    aku dengar2 tak lama lagi aku akan dapat warning letter dari HR sbb slalu datang lmbt ke opis. slalu? hmm.. masa awal pregnant mmg selalu. sbb nak melayan loya ape suma bagai tu.. tp skrg dah improve sket.

    lmbt aku tu merujuk kepada 5-10 minit melebihi dari waktu masuk kerja. maksudnya, masuk kerja pada jam 8.30. tp aku touch pada jam 8.36 - 8.40. ini melibatkan kes nak carik parking, berebut lif.. tu tak termasuk jem luar biasa.

    kekerapan?
    masa awal pregnancy, almost sebulan gak la. sbb pepagi sakit kepala sbb mlm tak bleh tidor.. bgn pagi otak weng2.. dah la kena drive sendiri. kereta manual plak. jauh plak lagi.. kentalnya aku.. takmo amek MC.. tetap pi ofis walaupon sedikit tak sehat & dah agak terlambat. skrg ni dlm sebulan ada la 2,3 kali.. lewat dlm 5 minit. tu pon aku berlari2 anak sambil membawa perut.. huuuuuuu..

    dan aku akui tu suma kesilapan diri sendiri.. walaupon dah keluar jam 7.30 pagi dan bersesak dgn org lain yg nak pi kerja + budak skolah.
    jadi, mmg patut aku dapat warning letter tu nanti.

    tapi, macam mana plak kira org yg dtg lewat tp tekan bell suh org bukak pintu (tak touch dgn kad sendiri sbb dah lewat)?
    dan aku la org yg kena buka pintu itu sbb aku pegang remote pintu tu..

    ataupon, kad mereka yg org lain tolong touch kan?
    bukan kadang-kadang, tp hari-hari..

    ataupon, staf HR yg selama ni sama lmbt dgn aku, tp tak penah dgr kena sound pon?

    aku lmbt dan kena tindakan, tp ada org lain yg hari-hari menipu utk mengelak dari kesilapan, langsung tak kena apa-apa..

    adilkah??

    >> bukan sengaja lambat. tp perkara luar biasa boleh berlaku pada bila-bila masa..

    Monday, 15 March 2010

    Blog telekung plak..

    nah..
    memperkenalkan blog jualan telekung aku supaya org tak meluat tgk aku citer pasal telekung plak kt sini..
    blog aku yang ke-7..
    tadaaa...
    BLOG TELEKUNG..
    hahaha..

    since dah ada form yg aku letak kt situ, so takyah la nak manage dah blog tu. sapa yang berminat, just isi form tu saje okeh?

    meh order.. <-- sempat lagi promote :D ada masa lagi utk order bulan ni.. next week InsyaAllah dah bleh dapat.. hehehe.. >> aku insap.. cukup² la kot create blog baru.

    Thursday, 11 March 2010

    mak aku jual telekung..

    sejak dahulu kalaa, mak aku ada koleksi telekung yg cantik2 dan sgt selesa..
    dari kain cotton smpai ke kain licin.
    kadang2 aku suka curik telekung dia. hehe..
    bila dia jumpa yg cantik dan selesa, dia akan hadiahkan kt anak2 menantu dia..
    serta berkongsi keselesaan dgn kawan2 dia.
    mean, dia tlg belikan utk kawan2 dia di atas permintaan diorang..

    pada suatu hari, dia jumpa org jahit & jual telekung kt kg.
    pahtu dia beli & rasa telekung tu sgt selesa dipakai.
    oleh kerana mak aku ni mengajar ngaji kt umah, anak2 murid dia (yg terdiri dari org dewasa) ni dok belek2 telekung dia pakai.
    pahtu masing2 kemain testing pahtu mintak suh belikan.
    siap yg terus order 5 lai pon ada.
    sbb tu mak aku stat nak amek order.
    senang kira.

    asalnya dia letak renda2 tp mak aku dah suggest kt dia utk ubah sket design dia utk keselesaan pemakai.
    kain sgt lembut dan tak perlu pakai serkup pale sbb dia mmg ngam2 dgn muka dan part dada ke atas, dijahit 2 lapis.
    kain macam ala-ala stretch sket.
    tak panas dan ringan.
    kain pakai ada getah kt pinggang.

    kalau org macam saiz aku, pakai saiz S.
    (kalau aku beli baju kurung pon saiz S - so agak2 la aku besar mana, bagi yg tak kenal aku la kan.. hehe..)
    kalau pakai M ok gak sebenarnya tp aku rasa dia dah nk smpai dkt2 anak rambut. kalau sapa muka besar sket dari aku dalam 2cm (camner nak sukat? haha..), elok amek M.

    so size ada byk.
    S, M, L, XL

    sapa nak tempah dgn saiz muka skali pon bleh.
    kiraan dalam inci..
    bleh ukur kt telekung yg korang pakai skrg.

    Harga?
    RM 60. (excluding postage)
    utk semua saiz.

    sapa yg berminat, bleh la tempah dari skrg.
    bln ni mak aku blk kg lg kot.
    so bleh la suh org tu jahit.
    next stock mebi bln 5 lak.

    sesuai utk hadiah utk diri sendiri, emak, mak mertua, bini, tunang, kekasih gelap, dll..

    nanti aku letak gambar.

    oh ya..
    sapa nak order, bleh email kt aku nama, email, alamat, no telefon, size dan kuantiti telekung kt email aku kt ciPuding_7@yahoo.com.
    tengkiu.

    p.s. sebagai promosi, utk 5 belian terawal, aku bagi diskaun RM 55/telekung (excluding postage). ewah..

    >> baru nak amek 1.. tp mak tak bg sbb yg dia bawak blk suma org dah book. huuuu..

    Wednesday, 10 March 2010

    Wishlist 2010..

    tak penah2 ada wishlist, tetiba terada plak..
    purpose?
    saja gatai..
    takdak kena-mengena dgn perkabaran bonus yg digembar-gembur di pejabat..
    kalau kena pon, mungkin sket la kot.
    heee..

    1. laptop/notebook
    - org lain dah lama menikmati keseronokan menggunakan laptop. aku? masih pakai desktop yg slalu restart sendiri tu. dah format pon jadi gak. nak gak guna wifi kt umah tu.. huhu..
    - tujuan asal: senang nak mentenet time pantang nanti. takkan nak naik 1st floor bukak kompiter. tak elok utk kesihatan kalau naik turun tangga. cewah..

    2. digital camera
    - nak beli 1 la. yg murah2 pon jadi..
    - tujuan asal: sempena nak menyambut sang bayi.. (bunyi macam nak stat sawan gambar dah tu..)

    3. kereta oto
    - ni merangkap wishlist encek mohd hasben. tensen blk raya haritu punya psl la ni. 6 jam bawak gear 1 & 2 saje. hahaha.. masih dalam perbincangan.. BuJaL? mebi trade-in kot.. ada yg minat dgn BuJaL aku ka? owned by a careful lady tau.. ;p
    - tujual asal: mak buyung emo setiap kali pi blk kerja ngadap jem dgn kereta manual. laki pon dah naik tensen dgr rungutan. hahaha..

    tu saje kot..
    ada rezeki lebih, bleh la cek beli..
    takdak pon takpa..
    bersyukur dgn apa yg sedia ada..
    sekadar kemahuan.. bukan keperluan..
    (ayat baik la plak.. ;p )

    >> rasa nak tidor sepanjang hari..

    Tuesday, 9 March 2010

    makanan dari bandung..

    bos baru blk bercuti kt indon.
    rasanya dia pi shopping utk wedding anak teruna dia..
    cam biasa, dia beli apa2 utk kami..
    (haritu blk mesir, bg keychain besi sorg 1.. baiknya bos)

    buah salak dgn kerepek pisang (kerepek ke?)

    sangat sedap.. (smpai lapik dgn kertas Appendix to COC.. haha..)

    dulu aku penah mkn kerepek pisang ni..
    ada staff sini beli gak.
    tp aku x tau nama betul mknn ni apa..
    dia nipis mcm kerepek.
    rangup tp dlm isi yg nipis tu mcm liat2 sket.
    tp yg buat dia superb, rasa sebijik macam mkn pisang goreng okeh.
    pisang goreng yg kita masak kt umah tu..
    tak rasa langsung macam kerepek2 pisang yg biasa kita beli.
    tp dpt rasa 3 pcs je la..
    kalau ada sepeket kt meja aku ni, kompon abih on the spot.

    so, sapa nak pi bandung, beli la kt aku sepeket.
    sedap la..
    nak pi beli, jauh plak.
    kt mesia ada jual ke?
    (perhatian: ini bukan mengidam)
    ;p

    >> gambar sang bayi baru diupload kt blog kawen.. jemput jenguk.. :)

    Monday, 8 March 2010

    hari wanita muslimah :D

    selepas encek mohd hasben pi kerja pada jam 6.40 pagi..
    amek baju ni, try... ketat.
    amek baju ni plak, try... sendat.
    amek baju lain lagi, try... padat.

    mau lmbt pi kerja ni..
    emo.

    kan aku dah pakai jubah pi kerja harini.
    puas ati den..

    ~ muslimah.. heeee..

    nak kena beli lagi baju yg sesuai ni..

    >> hari ni insyaAllah nak pi scan.. jeng3...

    Friday, 5 March 2010

    merepek masa mengantuk..

    cerita 1.
    bab daftar haji tu..
    baru daftar td.
    tp confirmation subject to tabung haji punya semakan dulu.
    21 tahun lg turn aku.
    21 + 27 (eh.. thn ni dah 27? hahaha..)
    48 tahun..
    ok la tu.. anak sulung pon dah umor 21 kan time tu.
    heee..

    cerita 2.
    kt rumah, ada org yg bersaing perut dgn aku..
    dia baru perasan berat dia dah bertambah 4kg.
    skrg baru kalut nak turunkan berat badan.

    semalam dia carik bendalah angkat berat abg sulung aku punya.
    tp last few weeks, abg dah mai amek bendalah tu.
    skrg dia rasa nak kayuh beskal setempat tu plak.
    dulu mmg ada beskal tu kt umah ni.
    tp dah bg kt abg ipar aku.

    maka, aku suh dia pi jogging.
    kalau jogging mmg berkesan penurunan tu.
    dia jawab..

    "ala.. penat la jogging"
    - ni la jawapan bagi org yg langsung tak minat sukan.

    dah. kalau camtu, biar naik 5kg lg..
    biar susah nak masuk next kursus.

    >> letih la sehari dua ni..

    Thursday, 4 March 2010

    kesengalan di bank..

    bos takdak harini dan esok..
    tp dah ckp kt dia smlm, harini kami (aku dan seketeri bos) nak jalan2 carik bank..
    byk benda nak urus..
    main point: bukak akaun CIMB..
    sbb sejak 2 tahun lepas, guna akaun mebeng utk gaji..
    tp kampeni prefer CIMB..
    so, gaji aku akan float 2-3 hari tiap2 bulan..
    rugi2..

    sebelum pi CIMB, p ke mebeng terdekat dulu..
    kluar duit.
    alang2 kluar duit, pi masuk sket kt ASB..
    (eksited sbb baru ada buku sendiri haritu.. batak! haha..)

    borang dah isi kt bawah, amek nombor & naik kaunter kt tingkat atas.
    masa naik 1st step, dah dgr no aku dah dipanggil..
    ada hampir 20 step lg nk smpai 1st floor..
    oh.. dah mula mengah.

    smpai kt kaunter, bg semua yg ada kt tgn kt akak kaunter.
    sambil mata tgk kt staff lain kt situ.
    dan meredakan mengah naik tangga td..
    muka slamber dikaunter..

    tiba2 mata akak kaunter tgk aku.
    tak ckp. tp rasa mcm dia mintak sesuatu.

    "kenapa kak? oh.. nak IC ke?"
    sambil seluk beg nak carik wallet..

    "tak. nak duit.."

    tiba2 muka rasa panas.
    macam baru kena lempang.
    malu giles.
    nak simpan duit tp duit tak bagi.
    sangat sengal ok.
    hahahahahahaha..

    moral: kalau nak simpan duit, lenkali kluarkan duit awal2.

    tamatlah kisah sengal.

    >> singgah kt restoren jaring kt sunway. mesti anak aku terhibur dpt mkn kerabu td.

    Wednesday, 3 March 2010

    mari daftar haji..

    oh.. tajuk sangat berkobar bunyiknya kan? hehe..
    kalau tak cuba utk berkobar dari sekarang, maka, kuranglah peluang nak pi haji..
    sebab apa?
    semalam ada sorg kawan nak daftar haji..
    giliran dia tahun 2031..
    skrg umor dia 30 dan belum kawen (perlu ke mention?)..
    jadi, umor dia 51 baru dia leh pi..
    :D

    oleh kerana sebahagian duit mas kahwin aku ada lagi, mak suruh guna duit tu utk daftar haji..
    bukak web tabung haji, rupanya bleh daftar secara online..
    tp kena make sure simpanan dalam tabung haji ada at least RM 1300..
    dan duit tu mmg takkan bleh dikeluarkan dah lepas kita daftar haji melainkan diisytihar muflis dan yg berkenaan dgnnya..

    aku try nk daftar td.
    tp tak ingat no akaun..
    esoklah torai lagi..

    >> bos cuti sok lusa.. heeeeeee..

    Monday, 1 March 2010

    xtvt weekend.. org kawen..

    last saturday..
    gerak dari shah alam jam 11..
    menuju ke rumah lina.
    selain lina, turut disertai oleh fiza, angah, iylia, zaim, bitun..
    menuju ke kenduri kawen wati, kembar si wani..
    ex-smkaks..
    kenduri combine dgn adik dia si yana..
    kt tanjung karang..


    wati ni roommate aku masa form 4-5.. 'dorm pusat'. hahaha..

    lepas tu, menuju ke umah minah..
    tgk minah nikah dgn encek gaban dia..
    tahniah...
    kepada yg taktau, gaban adalah adik cikgu rahim yer..
    dlm ertikata lain, minah dah jadi adik ipar cikgu rahim.. :D

    dgn ini, minah telah diisytiharkan menyertai married club anjuran aku. haha..
    (encek mohd hasben tak semena-mena terduduk kt barisan saksi pengantin.. over ok..!! haha..)

    kt sana ada ella dan irm.. bersama anak memasing..
    meh tgk gambar, mana yg ada..


    minah.. detik2 terakhir masa masih bergelar cik..

    sawan gambar dah bermula..

    setelah selamat dinikahkan..

    nayli, anak si ella yg bad mood pada hari berkenaan.. macam nak bergambar, tp malu pon ada.. tgk celah jari pon jadi..

    ahad plak..
    kenduri pak uban kt ijok..
    ex-classmate masa diploma kt uitm..
    kawen dgn org teluk intan..
    meh layan gambar..


    banner pengantin.. kemain posing eh.. mentang2 abg dia punya pakej pengantin..

    gambar dgn pengantin..
    (ok, aku tak redi masa ni.. huh..)

    pengantiM tema pink.. ;p

    khas utk pid: gambar kete pak uban.. masih setia dgn hello kitty dia.. cuma kt ekzos tu dah takde objek kuceng tu.. haha..

    blk kenduri pak uban, aku shopping kt JJ plak..
    shopping brg baby..
    1st round..
    heeeee....
    (baby fair + jcard member sale.. rugi kalau tak shopping..)

    >> bln ni insyaAllah dpt bonus.. rezeki baby lagi.. alhamdulillah..