"..Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1..," kata Menteri Kesihatan.
- dari tajuk: Korban ketiga H1N1..
keadaan ni sama macam adik pid..
dia pegi suma klinik kerajaan, diorang bagi ubat & setiap kali pegi klinik tu, suh tunggu seminggu.. nak tgk betul ke kena H1N1.. kalau pi 2 klinik, seminggu x 2 = 2 minggu.. huh..
pahtu dia pi spital..
pi hospital kalau kena giliran ke 400 pon, tak guna jgk..
sempat virus tu merebak kt org lain yg jadi pesakit luar tu..
jd, jgn heran la kalau org makin ramai kena virus tu..
hasil pencarian aku tentang vaksin tu plak..
Utusan Malaysia - Selasa, 21/07/2009
Vaksin H1N1 diperoleh akhir tahun
KUALA LUMPUR 20 Julai - Vaksin selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka mula berada di negara ini pada penghujung tahun.
Menteri Kesihatan berkata, kerajaan telah membuat tempahan pantas bagi mendapatkan bekalan tersebut.
"Vaksin hanya akan siap pada akhir tahun tetapi kerajaan telah membuat penempahan awal," katanya di sini hari ini.
Tambah Tiong Lai, kerajaan belum memutuskan sama ada pemberian vaksin secara massa kepada penduduk negara ini perlu dilakukan pada masa ini.
Namun, katanya, 200,000 pekerja barisan hadapan seperti doktor dan jururawat akan menjadi kumpulan pertama menerima pelalian penyakit itu.
come on KKM, pls do something.. <-- meklong, sambil2 wat projek tu, pls pass ayat aku kt org berkaitan eh.. hehe..
pid, aku doakan adik ko baik-baik saja & cepat sembuh.. amin..
kepada semua, sila jangan merayau..
(tp tgh sale skrg ni.. camna ni.. huhu..)
>> encek mohd hasben dpt cuti seminggu sbb faculty dia ditutup akibat junior dia 7 org kena H1N1.. dia tgh berseronok kt kg nu..
No comments:
Post a Comment