Monday, 29 June 2009

makan dengan laki..

hahaha.. poyo gila tajuk kt atas tu.. mesti org meluat kan? tp pedulik hapa aku. ni blog aku. hahaha.. lgpon bkn hari2 aku leh makan semeja berdua ngan encek mohd hasben tu.. tp bkn skrg aku nk cerita psl tu.. last2 nanti aku cerita..

weekend lepas cam besa, encek mohd hasben datang.. dia datang hari jumaat, so aku kena amek dia kt pudu. gerak dari opis lepas maghrib.

hari sabtu ptg kami pi main bowling ngan kengkawan opis.. rugi la kalau tak pi sbb kampeni bagi subsidi utk main.. main la smpai patah tangan. 3 game.. gagah jap tgn aku.. hahaha..

sabtu malam tu mak pi umah jamila. nak tgk anak dia. memandangkan encek laki tak rekues utk pulang haritu (dia main balik camtu jer), so, takleh la kami kuar jejauh. kot ada benda urgent tetiba ka kan.. terpaksa kami jalan2 carik pasal dari lepas main bowling smpai malam.. buat apa? dating kt tasik titiwangsa la.. dgn 2 org lagi member sekampung.. deting la sgt. ngumpat psl org kg ada la.. hahahahaha..

ahad plak pi car boot mkn kuetiaw gureng. nmpknya encek mohd hasben dah kena dadah org jual kuetiaw tu.. dari hari sabtu dia ckp nk mkn kt situ. pahtu masa nak blk, ada mamat mana tah nk jual henset kt dia secara sorok2.. N95 dgn harga 3rat.. 3rat? ya.. harga bebetul 1k lebih kalau tak silap.. nmpk baru gak. setelah dia ckp2 kt org tu, dia beli dgn harga rm250. (ok.. aku tak masuk campor aa..) tetiba dtg lg sorg nak jual n95 tu.. hish.. sindiket apa plak ni.. n95 baru & ori weh.. tp xtau la kalau aku tak reti tgk. so far ok je.. cuma dia tak reti nk pakai sbb takdak manual..

berbalik kepada cerita mkn tadi, blk tu aku masak utk dia memandangkan tadak org kt umah. sbb slalunya mak yg masak. hahahaha.. ni la lauk pauk yg aku masak (selepas dipaksa utk masak) dgn tgn aku sendiri (bkn tangan jiran.. hehe..) & buat fes taim dia rasa..

(p/s: telur dadar dia yg masak.. pilih yg senang aje.. ;P)

"amacam? sedap? brapa bintang nak bg ni?", aku tanya..

"hm.. ok gak.. bagi 3 bintang la.."

"3 dari 3 bintang ka? hahahaha.."

"bkn, dari 1 bintang.." - ecece.. amek ati la konon

"tp kalau abg masak leh dpt 5 bintang", dia ckp lg tp kali ni dgn nada riak..

"hm.. dari 10 bintang kan? hahahaha.."

tetiba dia bertukar menjadi hulk dgn berpandangan kerek dan serius.. terpaksa aku teruskan makan smbil gelak dalam ati.. kehkehkeh..

oleh kerana dia suka membasuh, abih minggan mangkuk, kuali dll dalam sinki tu dia basuh. elok la tu..

sekian..

>> 3 minggu lg baru encek mohd hasben nak balik.. ada program time weekend la pulok.. takpa, kalau dan, next wik i p terjah.. wonderpet.. wonderpet.. kami datang.. haha..

No comments: