Wednesday, 29 April 2009

hari ini 29 april 2009..


sapa nak panggil aku 'cik', masih ada masa lagi..
sapa nak ngorat pon masih ada masa lagi..
sapa nak berfoya2 ngan aku pon masih ada masa lagi..
sbb aku masih bujang dalam 30 hari ni..
lama lagi tuh..
hohoho..

>> sesi conference mxar minggu dpn.. (jumaat mlm sabtu mebi) so, pls take note.

Tuesday, 28 April 2009

gunung tahan..


hm.. ekspidisi gunung tahan..
beskan?
sapa kata aku pi?
yang sebenarnya aku tak pi..
sbb sedang menjaga kecantikan.. <-- alasan
saja gedik² taruk untuk mencantikkan lg entry aku ni..
hehehe..

btw, aku tgh tunggu bonus time² gawat ni..
gawat dalam zaman gawat..
bak kata kabar angin an, mebi tgh bulan 5 ni..
aaaaaammmiinnnn..

>> produktiviti merosot.. huh..

Monday, 27 April 2009

nak kena pos kad..

malas la nak apdet blog..
sbb aku tgh lapar...
huh..

apa yg jadi minggu lepas eh..

hm.. anak2 menakan aku yg 4 tawon tu main gunting..
hang gunting rambut aku, aku gunting rambut hang..
bertobek 2-2 org budak pompuan tu..
selamat..

pasal kad lak..
(ni jd benda plg mls nak amek tau.. haha..)
kad utk mak2 & pak2 menakan dah pakat2 distribute dah.
yg pos aku baru nak pos harini..
ingat nak ragging despatch kt opis ni.
tak nmpk plak dia lalu sini..
mcm tau2 lak aku nak suh dia tlg poskan..
hm.. kena wat sendiri gak..
huh..

kakak (tudung itam) & abg Mr.A

p/s: lina, utk riben kain kt bakul tu aku dah sub kt mak sedara aku yg expert tu.. lega..

>> nak posa.. tp bkn harini.. adeh..

Thursday, 23 April 2009

cerita yang tiada arah tuju..

ya ampunnnn.. mengantuk giler babas harini..
lapar tapi mengantuk..
kalau kt umah ni, mmg dah slamat dah aku balut dalam selimut..
kat opis tak bes la nak tidor..
saket tulang belakang..
dah la kerusi baru..
oh.. tercerita dapat kusi baru plak..

ok.. td aku tgk kt countdown tu. 1 month 6 days left.. selagi kt month tu tak jadi 0, aku tak cuak lagi.. tapi aku mungkin tak sempat nak tgk countdown timer tu jadi 0 month, o weeks, 1 day sbb time tu aku dah kt kampong.. tengah pakai inai kot..

hahaha.. gila lama tak pakai inai..

sapa ada tips @ reminder apa saja utk last2 minit (blom last minit lg kot) ni, sila la bagitau.. jgn kedekut ilmu wei.. tak baek.. dosa..

kedua-duanya adalah pakngah aku.. sorg sebelah mak, sorang sblh abah.. same action eh? hehe..

>> harini aku nak test kt newyork skin solution tu.. tgk jadi apa plak.. bertukar jadi siti ke kan.. hahaha.. kena pau lagi ada la.. mampos~

Tuesday, 21 April 2009

dah mintak cuti..

tadi ada sorang kawan aku yang penah aku cerita dulu tanya bila aku nak 'bercuti panjang'.. aku ckp aku dah decide tp lom apply lg.. pahtu tengah malas buat kerja, aku pi la apply 'cuti panjang' tu.. mmg panjang tul la ni.. haha..

cuti free kampeni bagi.. 3 hari je ke? ;P

sambung lagi..

tak brape nak melampau sgt kot.. almaklum la.. cuti taun lepas ada 6 hari.. kasik abih la.. kang expired plak..

makin lama makin x tau plak aku nak prepare apa plak skrg ni.. apsal aku rasa macam tak brapa ada kerja ni? takkan suma preparation aku dah siap kot.. cam pelik2 saje..

>> senyum sorang²..

Monday, 20 April 2009

aku dan bas ekspres..

sabtu lepas aku blk kg pi carik tempat muffin tu. oh.. jauh gak sket. dah la tak sempat nak google map kt situ. macam amazing race plak.. seb bek ada co-pilot yg hanya tau mkn dan tido kt seat sblh.. ok la.. leh panik room sesama..

pahtu aku blk shah alam dari sp mcm amazing race jgk.. ni la akibat dah lama tak naik bas. bas g setia alam pon aku panik. btw fiza, tima kaseh atas info yg aku mintak tu. tp seb baik aku tak caye kt info ko bg tu. aku x turun kt terminal tu. takdak bas pon kt situ.. huhu..

lps tu bas tu g shah alam. haa.. kemana kita membeli bendera hendak menuju? ok.. amek teksi jer.. sampai umah? jgn la harap kan. kang kena byr utk 1 lg harga tiket bas. dgn langkah mudah, aku suh teksi tu hantar kt anggerik mall. ok, rupanya bas g kl takde kt situ.. demmm..!

dgn bantuan angah, dia suh aku menapak kt kompleks utk ambik bas g kl dan turun kt umah. dgn ditemani co-pilot td, mukanya yg sedia ketat tu dah makin ketat bila aku suh dia jalan ke sana plak. dan tiba2 aku jadi baik sbb tak berckp sepanjang jalan kaki dari anggerik mall ke pkns, naik bas dan turun kt umah. rasa mulut dah kena jahit sbb rasa membuat kerja budus kt dia. patut awal2 lg aku turun kt kl dan ambik bas ke arah klang tu.

tp takpe.. lps aku pura-pura nak belanja dia makan masa nak hantar kt umah encek kezen, muka co-pilot yg ketat tu dah tak ketat. last2 dia yg belanja makan. hm.. menjadi gak tektik penjimatan aku.. ;P

aku rasa dia lapar kot time tu. hahahaha.. naseb. skrg dia tgh bes2 berdengkur kt umah encek kezen tatkala aku kena pi kerja.

huh.. <-- muka letih + dengki.

teh-o ais ber background kan sunset kt sungai petani..

p/s: lina, pls collect ur muffins as requested. seplastik. haha..

Friday, 17 April 2009

pokok keluarga..

atau dalam bahasa omputehnya.. Family Tree..
tadi aku buat kt facebook..
pahtu aku stop sbb otak aku dah jem nak ingat nama betui sorang²..
baru aku tau, ada yg selama ni aku x tau nama depa..
oh.. malunya sebagai ahli keluarga..
hahahaha..

ok.. lenkali plak sambung buat..





apapon.. congrats kt nad dan tokyeh dgn kewujudan anak sulung dia yang bernama Muhammad Adam pada 13 april yang lalu.. kaget tgk gambar baby masa baru kuar tuh.. hoho..

>> nak blk kg cuci mata jap sok.. hehe..

Wednesday, 15 April 2009

coming soon..


nantikan kemunculannya di peti-peti surat rumah anda yang terpilih..
apa-apa hal pon, malam ni layan seround dulu..


stat bulan depan aku bersara jap arena sukan aku ni..
ke selamanya? adeh..

>> dah balut 45 biji = 4 hari.. lagi 155 biji tu bila taun nak siap.. kalau tak dan, pospone taun depan je la bagi.. haha..

Tuesday, 14 April 2009

semalam aku MC..

semalam pid msg aku..
dia tanya suma staf UEM cuti ke?
aku tak online..
wawa tak online..
an tak online..

orang lain aku tak tau..
tp aku MC smlm..
masalah penghadaman yang tak stabil dan mengakibatkan aku pengsan seharian kt umah..
flat on plan..
hm.. rasanya berat dah turun 4kg..
hehehehe..

>> noma.. hepi besday cayam.. dah tua rupanya ko..

Friday, 10 April 2009

kisah minyak kereta aku..

sebulan brapa byk duit yang korang kena spend utk minyak kete? biasanya depends kt jenis kereta & cc kereta tu... ok mai aku cerita psl laki aku plak..

menurut harga minyak skrg, encek BuJaL biasanya pau aku kira-kira RM50 seminggu. kos ni termasuk la kos pergi balik dari rumah (shah alam) ke tempat kerja (taman desa, KL), kos jem tahap gaban tiap2 hari dan juga jalan-jalan dihujung minggu di sekitar shah alam. so setiap ahad petang @ malam aku akan isi semula smpai penuh.

berbanding masa harga minyak jadi RM2.70 dulu, kos RM50 hanya utk pergi dan balik kerja sahaja. tak masuk aku melencong dan jalan-jalan kemana pon..

ok.. hari ni plak..
aku isi minyak pada isnin haritu. RM 47 (sbb ada 2 bar lg.. full tank adalah kira-kira RM60). minggu ni aku cam biasa, pergi balik kerja, jem macam biasa, pahtu di luar masa pergi balik kerja tu aku ada pi Pudu skali, pi Subang Jaya skali.

dan belen minyak aku pada pagi tadi adalah seperti berikut..


hanya 2 bar yang luak pada minggu ini.. sepatutnya dah luak dlm 4 @ 5 bars.. BuJaL dah makan natang lain plak ke? risau plak aku? hoho..

ke sbb aku pakai alat pengesep minyak tu? tp dah lama aku install beb.. atau mungkin sbb aku baru servis kereta kot? ahhh.. lantak la.. janji sep. hehe..

>> sok sabtu dah.. besnya.. krohhhhh..

Thursday, 9 April 2009

Tagged by Pid

oleh kerana pid telah menge'tag' aku, aku buat je la.. nak amek ati.. hahaha..

A. Nama-nama timangan anda :-

1. Poon @ Che Poonz
- wujud slps masitah pinjam nametag aku masa skolah dulu.. "Nama saya farah", kata mass. "saya pooonn..", kata aku plak.. kan dah betul2 dpt nama camtu.. hamek!

2. Pa'ah
- ada la segelintir panggil camni..

3. ciPud
- nama panggilan dari kawan² maya..

4. makcik @ Cik Parah
- mesti la anak menakan aku yg panggil..

5. _______ (rahsia)
- panggilan dari Mr.A.. (psstt: bkn poshbag yer.. haha..)

B. Anda seorang yang :-

- Mempunyai instinct yang kuat kalau ada barang sendiri yang ilang.
- sangat bagus menaip (kes ceting la ni) dalam memberikan kata² motivasi.. (baru je sedar ni.. hehe). kalau ckp, jgn la harap.
- sangat berdebar² ketika menunggu giliran. even tunggu giliran kt pejabat pos atau bank. adeh..
- a good racer.. carik la aku kalau korang kesuntukan masa.. charges apply.. haha..

C. Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda :-

1. Mr.A
- sbb InsyaAllah aku bkl menjadi sebahagian rusuk yang telah dianugerahkan oleh Allah untuknya.. (huiyoo ayat..)
- walaupon super cengey (harap maklum), ada lg beberapa sifat lain yg extraordinary yg korang tak tau.. contohnya; bleh senyum.. hahaha.. yang lain takleh bagitau.. (rahsia lagi)

2. Family (of kos)
- tanpa family, siapalah kita..

3. Friends (MXARians, The Yuls, set² GOSIPPPP.., etc)
- orang kata, kawan yang baik bknlah org yang sentiasa bermulut manis di depan kita. tp dia adalah yang suka kutuk kita kaw2 punya tanpa rasa bersalah.. siap gelak² lagi.. nak lagi dahsyat, siap smekdaun.. hehe..
- kawan² ni la yang tolong aku hidup secara independant smpai skrg..

D. Lagu kesukaan anda:
- Yuna - Dan sebenarnya <-- pid, aku ske gak lagu ni
- Hujan - Ku Mahu Kau Tahu
- Amy Search - Tiada Lagi.. hahahaha..
- Peterpan - Semua Tentang Kita

E. Makanan kesukaan anda :-

- mamak style (err.. patutkah aku letak semua menu Hakim @ Rafi kt sini? haha..)
- western food
- mak aku masak
- masakan aku <-- terpaksa la puji diri sendiri.. sorry..

F. Warna kesukaan anda :-

- coklat (slps terjebak dalam idup pid)
- Itam & Putih <-- pastel forever

G. Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :-

1. Wallet
2. Henpon
3. Kunci Umah

H. Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :-

- bila tu takleh nak mention sbb mcm slalu jer (haha..) sbb kena marah dgn org yang cengey tu.. nasebb.. hahahaha..

I. Tag 6 rakan anda :

- kepada 6 orang yang saya tak sebutkan namanya kt sini, bleh la buat yer.. hehe..

..ok.. tamat..

>> lapar.. nak makan..

Wednesday, 8 April 2009

petua orang dulu²..?

tadi aku jumpa web ni, mai aku spot beberapa perkara utk tatapan anda.. (perhatian: especially utk orang² yang berkenaan shj)

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga. <-- lina, aku takleh tido kt umah ko la.. hehe..

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. <-- kalau mak aku masak, kena la mkn..

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari <-- oh.. ni mcm susah sket.. kalau aku skip bleh tak? hehe..

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari <-- ni aku dpt full marks.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul <-- berlangir tu nate gapo?

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. <-- oit.. musim jambu batu aa skrg.. mane bleh x makan..

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. <-- ngantuk ke teleng?

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. <-- bersulam tu apa?

hah.. yang lain tu byk berkaitan dgn pihak ketiga.. sapa leh jawab persoalan aku tu, silakan menjawab..

sireh junjung masa bertunang..
>> ofis dah bertukar jadi petiais skrg..

Tuesday, 7 April 2009

emo di hari selasa yang hujan..

pagi-pagi lagi mood aku dah spoil..
sebab apa?
sbb aku smpai opis lmbt..
8.36..
kampeni hanya allow 5 minit lewat saja..
mean, smpai 8.35 je..
bila masuk 8.36, anda akan dicop lewat..
apsal aku lewat?
sbb ada beberapa biji kereta yg bapak lembabnya..
aku xtau dia nak pi kerja atau nak bercinta dlm kereta..
(bak kata Mr.A, "dia tgh picit jerawat sambil drive tu..")

dah la harini aku kluar rumah seawal 7.45 pagi..
(biasanya kuar kul 8)

sebab apa aku jadi bengang?
sbb aku dah dapat bos baru..
bos kepada bos aku..
sgt super cerewet ok..
dia hanya mementingkan attendance..
lps tu ko nak ngulor smpai ptg pon dia tak amek port..
sbb tu yg dibuat oleh staff dia..
demmm..
aku lmbt seminit je..
pahtu buat keje smpai ptg..
huh..

ok..
pahni kalau aku kena buang keje..
korang dah tau la sebabnya..
~emo~

>> malas dah nak wat keje..

Monday, 6 April 2009

saya mengantuk di ofis..

sekadar selingan..

sebelum..

selepas..

ok.. 1 bab penting dah selesai..
kita ke bab seterusnya..

>> ngantuk giler harini..

Friday, 3 April 2009

dah hujung minggu?

memandangkan esok adalah hari minggu, adalah baik jika anda mengemaskan bilik sendiri.. kepada yang rasa bilik dia mcm tongkang pecah, elok2 la kemas.. bawak2 la lipat baju yang ada selonggok tu.. dah macam kedai dobi plak org tengok.. tak pon, dah jadi mcm penempatan org endon. huhu..

pahtu kalau agak2 almari tu dah sarat, kini dah tiba masanya untuk memilih baju2 yang berkenaan sahaja untuk disimpan. kain baju yang layak dibuat kain buruk tu, bleh la buat lap lantai bilik yang basah akibat bumbung yang bocor tu. eh.. ni rumah batu ke rumah kayu ni? konpius lak cerita aku ni..

kendian, kalau ada masa lebih sket, frame tingkap tu elok la repaint.. dah reput nampaknya. ada org ke tak kt umah ni? mcm rumah tinggalan pon ada.. hishh.. teruk betui la..

eh.. aku cerita pasal bilik sapa ni?

err.. sekian je la..

nota kaki:
things to do..
1. servis keta..
2. wrap door gift <-- sapa rajen, mai la tgk.. mai tgk je..
3. pi facial.. <-- tiap2 minggu aku buat.. puas ati aku.. haha..


>> sat je dah abih seminggu.. ish.. ish..

Thursday, 2 April 2009

insuran nyawa..

harini saya nak cerita psl nak memperbaharui insuran nyawa encek BuJaL yang dikasihi (sblm aku menduakan beliau)..

entry kali ini khas kepada mereka-mereka yang bajet hebat di jalan raya tetapi tak reti nak renew insuran kereta dan road tax macam aku.. jika anda orangnya, teruskan membaca.. kalau dah reti, p belajar parking keta kt column tengah tu..

ok, ini adalah tahun kedua saya nak renew insuran nyawa encek BuJaL. tahun lepas ada orang lain tolong buatkan. taun lepas saya guna takaful ikhlas (if i'm not mistaken).. ingat taun ni nak tes etiqa.. (bleh tes² ke?) so kali ni ingat nak buat sendiri sbb nak tau camner insuran itu dibuat.. (ayat mcm jiran sebelah daaa..)

selama ni saya sendiri tak tau apa yang dikaver dlm insuran tu. yg saya tau cuma bawak dan hantar pi servis setelah nmpk ada tanda2 bermasalah (kes tak brapa nak ikut schedule la ni).. setelah membuat sedikit tinjauan secara maya, mai saya terangkan serba sedikit cara merenew insuran kereta dan road tax.

1. First you need to renew the car insurance : Step 1 to 4

STEP 1 : Tell your agent the Sum Insured (RM), Car cubic capacity (CC), Car Year Made, Your age, Past 2 years claim's experience, NCD (No Claim Discount) NCD details , Car Made ( Proton, Honda), Car Model (Wira 1.3 A, Accord 2.0)

STEP 2 : Optional coverage like Wind Screen, Audio, Flood, Riot, Legal Liability and etc

STEP 3 : Car registration details (kindly follow the JPJ Registration details)

  • Vehicle Number / No. Pendaftaran Kenderaan - (eg WHU 1234)

  • Vehicle Registration Card Number / No Siri - (eg 8204123)

  • Owner's detail / Pemunya - (eg Name, IC Number, Mailing Address & Contacts)

  • Engine and Chasis Number / No. Enjin dan Chasis - (eg 5S-1234567 / eg 53SK200X712345)

  • Engine capacity / Keupayaan Enjin - (eg 2164 S.P)


  • STEP 4 : Your correspondence and payment details and wait for your agent confirmation advice by e-mail and SMS

    STEP 5 : e-Cover Note will be issued and sent to JPJ online upon clearance of payment. You wil receive a copy of the ecover note via e-mail or by post (upon request). Your car is insured once the e-cover is issued.(During working days the estimated time to issue an e-cover is around 15 - 30 minutes)

    2. Once you have renewed your car insurance, you can renew your road tax by the following method

    METHOD 1 : At the nearest Post Office or JPJ Office (for those who are holding the JPJ Registration Card)
    METHOD 2 : Inform the Bank to renew your road tax. Some bank will debit the amount to your loan repayment
    METHOD 3 : Get assistance from "runners" to assist you.
    METHOD 4 : Log on to JPJ online system

    Note : Kindly make sure there is no outstanding traffic summon!!

    ekceli ini aku copy paste dari web ni.. dia provide service utk renew insuran. kalau korang pi sendiri tempat insuran tu, ada beberapa item kt atas yang tak perlu dibuat.. piker la sendiri.. letih plak nak eksplen.. hahaha..

    ok, seterusnya.. camner plak nak kira value insuran yang sepatutnya dibayar? oh.. very the kacang pis..
    mai masuk sini plak --> pengiraan jumlah derma kt insuran kampeni
    adehhh..

    pada pandapatan saya, additional coverage utk windscreen (cermin keta) amat penting.. kot2 cermin terkena batu ke kan.. jangan plak saja2 baling batu kt cermin sbb nak bagi pecah.. tu ibarat memecahkan tabung bank anda.. cuba try test la kalau berani..

    kepada yang ada pengalaman dan tips2 berguna, bleh la kongsi2 kat sini.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..
    dan jangan pula dijolokkan.. ahaks..!

    ok.. cukup dulu setakat ni.
    nak study jap..
    (mana nak stat dulu ni..?)

    >> aduyai.. time tgh pembajetan ni plak la nak kena servis keta.. ada sapa yg baik nak derma? hehe..

    Wednesday, 1 April 2009

    1 haribulan empat..

    harini April Fool..
    esok pon masih April..
    20 hari akan datang pon masih April..
    (aku tak pasti apa yg aku cuba perjuangkan kt sini)

    ---------------------------------

    anda ada banyak masa terluang?
    ingin mencuba sesuatu yang baru?
    ingin menjadikan muka korang lain dari yang lain?
    nak lebih kacak? atau menjadi lebih lawak?
    ini mungkin menjadi satu kaedah mengisi masa lapang yang agak keterlaluan tp agak menarik.. mungkin korang bleh cuba teknik camni.. oh yaa.. pastikan anda ada duit kertas dari negara-negara lain.. duit syiling pon bleh kalau ada gambar raja kt situ.. tu pon kalau korang hebat nak lipat syiling tu..

    gudlak..












    hahaha.. mengong je.. aku tau QS frim ni tp aku takleh trace sapa yg aku penah deal dlm kampeni ni.. aku dpt gambar ni dari email..

    >> aku takleh bukak blog lepas jam 9pg.. kampeni block blogger.. tensen je..